CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14284|Reply: 261

[Tempatan] Hanya 418 pelajar ditawar jurusan perubatan, elak lambakan doktor

[Copy link]
Post time 22-8-2014 10:19 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Kerajaan menawarkan tempat kepada hanya 418 pelajar yang benar-benar layak untuk mengikuti jurusan perubatan (Ijazah Pertama) ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi pengambilan tahun ini.

Timbalan Menteri Pendidikan P.Kamalanathan berkata tawaran tempat yang terhad itu adalah bagi mengawal jumlah siswazah perubatan baharu dan mengelakkan berlakunya kebanjiran doktor baharu di pasaran kerja.

"Sebanyak 1,163 pelajar yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 telah memohon untuk jurusan perubatan tetapi hanya 418 tempat sahaja ditawarkan dan pengambilan pelajar juga bergantung pada sesi temuduga.

"Kita mengambil keputusan ini setelah berbincang dengan Kementerian Kesihatan dan Majlis Perubatan Malaysia (MMC)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata baki pelajar yang tidak dapat tempat dalam bidang perubatan telah ditawarkan kursus lain yang masih relevan dan berkaitan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas aduan mengenai pelajar-pelajar yang mempunyai keputusan 4.0 dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Matrikulasi tetapi gagal mendapat tawaran jurusan perubatan di IPTA.

Kamalanathan bagaimanapun menyeru semua pelajar yang tidak mendapat tempat di IPTA supaya membuat rayuan kepada Kementerian Pendidikan melalui laman sesawang rasmi kemasukan di upu.moe.gov.my sebelum 23 Ogos ini.

Keputusan pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat mengikut program pengajian di IPTA selepas pendaftaran pelajar baharu.

"Sejumlah 37,467 telah mendapat tawaran di IPTA, mungkin ada pelajar yang tidak selesa dengan kursus mereka. Saya syorkan mereka terima kursus berkenaan dan daftar dulu. Kemudian tulis surat rayuan terus kepada universiti berkenaan," kata beliau.

Katanya, kementerian pendidikan juga memastikan semua pelajar yang mempunyai PNGK 4.00 mendapat tawaran di IPTA bagi sesi Akademik 2014/2015.

Kamalanathan berkata dasar pengambilan dan pemilihan kemasukan ke IPTA adalah berdasarkan prinsip meritokrasi termasuk 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum tanpa mengira agama, bangsa, keturunan dan negeri.

Beliau berkata terdapat banyak bidang lain termasuk bidang perundangan, kejuruteraan dan komunikasi yang masih boleh diceburi oleh pelajar serta kesemua bidang ini mampu memberi masa depan yang cerah.

Pelajar yang mendapat tempat di IPTA harus bersyukur kerana terdapat 29,821 calon yang layak tidak mendapat sebarang tawaran, katanya.

Seramai 37,467 daripada 74,071 iaitu 55.6 peratus calon telah berjaya mendapat tawaran di 20 IPTA bagi sesi akademik 2014/2015.

Daripada jumlah itu, seramai 21,800 calon (58.2 peratus) adalah daripada aliran Sains manakala 15,667 (41.8 peratus) daripada Sastera.

Mengikut jantina pula, sebanyak 26,030 atau 69.6 peratus adalah pelajar wanita manakala 11,437 atau 30.5 peratus adalah lelaki.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2014 10:22 AM | Show all posts
hari tu nak doc ramai dkt malaysia nih..skrg xnak kebanjiran doc muda lak..ddonia suma nih..
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Hasilkan doktor yg berkualiti dan yg benar2 nak jadi doktor.bukan student yg dipaksa ambik jurusan perubatan oleh parent.nanti lepas houseman.terus berhenti....rugi duit cukai
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 10:24 AM | Show all posts
ramai laa nanti pi Gadjah Mada Uni buat medic....

xpun pi kat India punya Uni
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 10:29 AM | Show all posts
ada jer yg amik kos mdic end up jadi towkey tudung peridah....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2014 10:30 AM | Show all posts
dulu masa desakan lulusan dari negara India diberi pengiktirafan terbongkar la rupa2nya ada yg SPM Gred 3 je!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-8-2014 10:44 AM | Show all posts
R2D2 posted on 22-8-2014 10:30 AM
dulu masa desakan lulusan dari negara India diberi pengiktirafan terbongkar la rupa2nya ada yg SPM G ...

biar betul??? lepas tu kerajaan pun iktiraf lah mereka tu ek??? memang naya pesakit...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 10:51 AM | Show all posts
tak dapat jadi doktor diIPTA, diorang ambik jurusan tu kat Rusia ke, India ker...IPTS ker...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2014 11:01 AM | Show all posts
harap2 di masa depan sistem pendidikan negara kita akan berubah menjadi semakin elok..skrg nie caca marba tukar menteri pendidikan tukar la segalanya..sian kat budak2..tp aku harap2 anak2 aku dpt la belajar n jadi doctor...bukan per masa masuk wad 10 hari ari tu..aku tengok doktor2 pelatih memang bgs, doctor biasa pon bgs gak lagi bagus doctor pakar..nama pun pakar..penah sekali ms doktor pakar nie mak dia tipon..dah tua dah doktor tu dlm 40an mak dia tipon tanya kat mn best je dengar doc tu jawab dia kat wad tengah check doc pelatih n doc biasa check pesakit..bestnya la dengar mcm nie..aku pon terfikir nak anak aku jd doctor lar...senang hati sikit tak de la merempit kat tengah jalan raya mati katak jer..sekurang2nye ada la sumbangan ke atas masyarakat...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 11:04 AM | Show all posts
gomen paling bangang ialah UMNGOK.

Bukan lambakan doktor tapi hospital tak cukup.  Kalau ada lambakan tak de lah org kena tunggu berjam2 kat hospital utk diberi penadol.

Bodoh betul gomen UMNGOK.  Ini ke yg PAS masih tetap gatal nak mengurat????
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok...kerajaan sekarang x nak dokter berlambak.....mai pakat2 join akademi fantasia....
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 11:08 AM | Show all posts
sama juga gomen UMNGOK yg bangang kata ada lambakan guru.

Padahalnya sekolah yg tak cukup sampai kena sumbat 50 budak dlm satu kelas.

Ko bikin sekolah byk2 dan bila dah setiap kelas maksima 25-27 murid baru cakap pasal lambakan.

Bodoh betul gomen UMNGOK.  Ini ke yg PAS masih tetap gatal nak mengurat????
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 11:08 AM | Show all posts
a_gen2 posted on 22-8-2014 11:04 AM
gomen paling bangang ialah UMNGOK.

Bukan lambakan doktor tapi hospital tak cukup.  Kalau ada lamb ...

ms nie dia org kata la lambakan..esok lusa dia org leh import lagi doctor2 dr india..tu dpt la komisyen lagi..mesti pandai la memanipulasikan keadaan..yg penting poket sendiri penuh...rakyat merana peduli hapa...

pas mengorat je berani..nak lebih2 mana leh takut ke pkr n dap...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
a_gen2 posted on 22-8-2014 11:04 AM
gomen paling bangang ialah UMNGOK.

Bukan lambakan doktor tapi hospital tak cukup.  Kalau ada lamb ...

Kalau mcm tu Germany pun bodoh...lambakan doktor pun berlaku di sana sampai kena hantar ke UK sbb rakyat UK kurang pintar utk belajar jd doktor
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang memang dah ramai doktor.yg kurang adalah pakar dan consultant (tu pun tgok cabangbidang medical jugak yg kurang).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2014 11:16 AM | Show all posts

KEPALA BATAS (Oct 7, 2012): The government has given an assurance that the country would not face a situation where there would be an oversupply of doctors in future.
Minister in the Prime Minister's Department Tan Sri Nor Mohamed Yakcop said proper manpower planning by the government would ensure that such a scenario would not happen.
He said the government is in control of the situation as it could obtain an estimate of the manpower needs via the Economic Transformation Programme (ETP) and the various Entry Point Projects (EPP).
He said the information derived from the ETP and EPP would enable the government to gauge how many skilled workers were required and thus train enough people to meet demand.
"The trick is to make sure that supply equals demand," he said at a press conference today after launching the Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS)-Maybank Medical Education Fund.
Under the RM125 million fund, some 5,000 medical science students are eligible to receive up to RM300,000 each to pursue their studies.
Also present at the launching were AUCMS president Prof Datuk Dr Zainuddin Wazir and Maybank president and CEO Datuk Seri Abdul Wahid Omar.
The country currently has 47 public and private medical schools producing about 2,000 medical graduates annually. The government aims to have a ratio of one doctor for every 597 and one nurse for every 200 persons by 2015.
In October last year, the then Malaysian Medical Association (MMA) president, Dr Mary Suma Cardosa had reportedly said the number of doctors in Malaysia was increasing too fast.
If the situation was not checked, she had warned, doctors may find themselves needing to be retrained as nurses in order to find jobs, citing the Philippines as an example.
The spectre of too many doctors in Malaysia was raised in 2010 by MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek who reportedly said that there would be an oversupply of doctors in five to six years time.
Chua, a former health minister, had said students who wish to pursue medicine should be aware of this trend since the subject is a top choice for those seeking places in public universities.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2014 11:19 AM | Show all posts
scorpionkiki posted on 22-8-2014 11:11 AM
Kalau mcm tu Germany pun bodoh...lambakan doktor pun berlaku di sana sampai kena hantar ke UK sbb  ...

baca la statement aku betul2.

Adalah menjadi satu kebodohan apabila berkata terdapat lambakan doktor padahal pesakit terpaksa menunggu berjam2 utk mendapatkan penadol.  Ini menunjukkan bukan terdapat lambakan tetapi kekurangan hospital yg serius. Lambakan terjadi sebab pengambilan tidak dapat dpt dibuat kerana hospital yg terhad.  Takkan nak suruh doktor merawat bawah pokok.

Jika pesakit tak perlu menunggu 2-3 jam utk mendapatkan rawatan baru boleh bercakap pasal lambakan.

Sama juga bila UMNGOK kata ada lambakan guru.  Guru2 skrg begitu terbeban nak handle hingga 50 org dlm satu kelas.  Gomen bangang senang2 kata ada lambakan guru.  Padahal kegagalan mereka menyediakan bilangan sekolah yg cukup.  Sekolah tak cukup.  Guru2 skrg terpaksa ajar 45-50 murid dlm Kelas.  Hampir mustahil mereka boleh mengawal sebgitu ramai budak2. Sebab itu hubungan murid dgn cikgu makin jauh tak mcm dulu.  Dah jadi mcm dewan Lecture/Tutor pulak.

Apabila bilangan murid sekitar 25-27 org dlm Kelas, then baru gomen boleh cakap pasal lambakan.

Tapi tak apa.. bodoh2 UMNGOK pun PAS mahu mengurat jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 11:20 AM | Show all posts
znuyul posted on 22-8-2014 10:22 AM
hari tu nak doc ramai dkt malaysia nih..skrg xnak kebanjiran doc muda lak..ddonia suma nih..{:3_101: ...

pakai la akal menulis. lambakan tu ambil kira medic student yg tgh bljr skrang.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 11:33 AM | Show all posts
a_gen2 posted on 22-8-2014 03:19 AM
baca la statement aku betul2.

Adalah menjadi satu kebodohan apabila berkata terdapat lambakan  ...

Last month aku menunggu 6 jam kat clinik O&G hospital sungai buloh. Appointment dengan pakar pukul 9 tapi jumpa dokter pukul 3 petang.Xde sorang pon nurse datang bagitau yg dokter yg di assign jaga kes aku tu ade emergency case kena attend. Aku ni dok tunggu nombor terpacul kat screen. Bila jumpe nurse, suroh tunggu.

Lambakan dokter konon tapi service still x improve. Okeh, orang akan cakap kalau nak cepat gi hospital swasta tapi aku bayar cukai ribu2 setahun maka aku pon berhak mendapat layanan kat spital kerajaan. Dah la kena bayar RM5 pulak tu sebab kerja swasta.

Dah la tempat mununggu kecik giler, ramai la ibu2 mengandung yg berdiri2 tunggu giliran. Nasib baik la perut aku kecik lagi, boleh berdiri sambil tunggu. Yg paling naik darah, ade pulak suami2 sibuk nak duduk sebelah isteri padahal dah terang2 ade notis priority untuk pesakit. Nak duduk kat luar klinik (tempat register), banyak makcik2 yg berdiri juga. kesian tengok dorang ni.

Mungkin sungai buloh ni jadi tumpuan sbb banyak klinik pakar/kemudahan. Aku pon kalau xde complication mmg nak gi hospital klang/tanjung karang. Dah tiba masa kerajaan naik taraf hospital2 yg sedia ade supaya x la hospital2 yg canggih di overload dengan pesakit. Hospital besar + ramai dokter pakar baru la boleh layan ramai pesakit.

just my 2cents.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
a_gen2 posted on 22-8-2014 11:19 AM
baca la statement aku betul2.

Adalah menjadi satu kebodohan apabila berkata terdapat lambakan  ...

Aku rasa hang hidup dlm fantasi... Semua negara complain pasal medical facilities hatta di negara maju sendiri... Mana lah dunia yg perfect skrg ni. Kalau hati tak suka mcm mcm keburukan yg nak di cari..PR tu baguslah yer sbb dipimpin oleh peliwat dan kaki kelentong.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:15 AM GMT+8 , Processed in 0.176269 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list