CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10198|Reply: 67

rumah ku. rumah mu jua.

[Copy link]
Post time 23-8-2014 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
selok belok rumah aku dan bagaimana kami menetap di sini.
------------------------------------

haaaa. power tak tajuk ? ekekeke. ok before aku bukak cerita kat sini, biarlah aku cerita kat korang pasal rumah n fmly baba aku k. rumah ni rumah pusaka arwah nenek aku, which is baba aku punya mak angkat (nek esah). baba aku ni anak cina ampang. tapi arwah nenek betul aku tu (aku namakan nek mah) dari baba aku kecik dia hantar suruh nek esah jaga. smpai lah baba aku nk masuk sekolah, nek esah jaga. sebab baba aku ni tak nak berenggang dgn nek esah. jadi nek mah pun ok lah. baba aku ni dah jadi mcm darah daging nek esah sendiri. nek esah ada anak perempuan n lelaki but both of them meninggal dah.

ok. lepas nek esah meninggal, rumah ni diwariskan atas nama baba aku. so masa tu memang rmai yg tak puas hati sebab dorang ckp baba aku ni anak angkat je. tak layak dpt. hamboiii. masa nenek aku nyanyuk dlu smua dorang serah kat baba aku. kutip taik, basuh cebuk smua mah aku yg buat tau. bila orang tu dah meninggal time tu lah sibuk mencari segala harta dlam rumah aku. tepak sirih, dulang tembaga apa smua dorang sapu. tapi baba aku x kisah. sebab dia ckp bkn bawak masuk kubur pn nanti. hehe.

oh lupa. belakang rumah aku ni ada pokok tanjung. besaqqq gila wey. klau aku buat rumah ala2 tarzan pun boleh ataihh tu. kalau nk kerat, ada jahh masalah. hehe. ada ceritanya tu. nnti ceqq cita nohh.

ok tamat untuk pengenalan. now aku akan cerita pulak misteri psal rumah ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-8-2014 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
BUNYI TAPAK KAKI BERJALAN SEMASA MAGHRIB
---------------------------------------------------------------


ok. cerita pertama. rumah aku ni. atas papan bawah batu. klau orang berjalan kat atas, orang kat bawah sure boleh dengar. kadang2 kalau mak aku kejut time nak solat ke apa ke, aku selalu buat2 jalan dlam bilik sat kasi dia dengaqq (konon mcm aku dah bangun la) then aku sambung tidur balik. ekekeke. ok jgan ikut perkara setan tersebut ok.

oritee. benda ni dah jadi lama dah. dalam 7years back sampai laaa ni. memula aku takut la jugak tapi bila lama2 aku dah terbiasa. sebab dia dok pernah muncul. so aku biarkan sahaja nokharom tu. sebab dia tak kacau pun.

asal maghrib je, selalu kitorang 1 family mmg akan ada kat bawah pasai selalu puasa isnin khamis. so klau nak buka puasa tu memang mkan kat bawah lah. nanti time lepas azan maghrib tu mula la dia busy jalan2 kat atas tu. aku dengan adik aku si debab tu pernah gak try intai. hamjad. bila kitorang naik tangga je dia diam. 3,4 kali doh aku try intai. takut sebenarnya klau tiba2 dia pun intai aku. tapi aku curios nk tau apa jadah yg jalan tu. so lama2 aku biarkan sahaja. debgan harapan tulus ikhlas, jangan lah ekau munculkan diri.

tapi sejak aku kawen ni agak kurang lah bunyi tu. kadang2 je. hmm. adakah dia merajuk ? ekekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 10:50 PM | Show all posts
haih la nama kau. taik pekat.adeehh.hahahahha.sila sambung.

biasa la.harta.sapa taknak.pak aku pon,klau dia amek,bising kemain.tp org lain amek,watlek watpis je.hmm.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2014 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
ORANG (YEKE?) BAGI SALAM SEWAKTU MAGHRIB DAN SUBUH
-------------------------------------------------------------



ni cerita pasal aku dengan mak aku.

kadang2, bkan selalu eh, kitorang selalu kena buli. time maghrib je, ada suara laki bagi salam. bila bukak pintu takde orang. padahal klau nak keluar dari lorong rumah aku tu jauh tau. klau kau lari cepat pun belum tentu kau boleh menyorok bila aku bukak pintu.

kadang2, mak aku tengah baca yassin kat bawah kan, dia mula lah bagi salam. lembut je suara laki tu. mak aku selalu solat kt bilik bawah. bilik tu memang khas untuk solat. so bila mak aku bukak, takde orang dah. time subuh pun sama.

aku selalu terkena. time maghrib kan dengar mak aku jerit nama aku. aku pun mencicit lah trun bawah. takut le klau aku buat silap ke. sebab kerja aku ni suka memecahkan pinggan mangkok. ekekeke. aku sangat cuai ok. so bila aku pergi kt bilik solat tu. aku teringat ! oh najis (translate ke english) mak aku p masjid dengan baba ! hadoi. aku dah terkena. kadang2 klau mak aku ada pun, bila aku dengar dia menjerit, aku trun n tnya lah dia nak apa. nanti dia ckp bila masa plak mah panggil kau. mak aku tengah kusyuk baca yasin. aduhai.

smpai sekarang klau dgar time magrib je orang panggil aku, aku tak turun. aku ckap kt mak aku, klau nk panggil aku, whatsapp je k. ahahaha. sejak mak aku pkai lenoboo ni berlagak dia panggil aku mkan pun pkai whatsapp. cettt.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 10:52 PM | Show all posts
perkongsian, then bayar sewa tak?
agak kurang paham sikit di babak nek mah, nek baba anak angkat sudara apa semua tu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2014 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
bawaku_terbang posted on 23-8-2014 10:50 PM
haih la nama kau. taik pekat.adeehh.hahahahha.sila sambung.

biasa la.harta.sapa taknak.pak aku po ...

hey shrek !

jangan kau pandang rendah pada namaku ok. I report kt azwana alia selfieza biar dia hentam kau. haha.

btul psal harta adik beradik pun sanggup berbunuh. kau tau smpai almari antik arwah nenek aku pun dorg sapu. haihhh la manusia
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-8-2014 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
AslanZalaf posted on 23-8-2014 10:52 PM
perkongsian, then bayar sewa tak?
agak kurang paham sikit di babak nek mah, nek baba anak angkat ...

nak byar sewa ? haha. baba aku byarkan cukai pintu dorang tau
sebab rumah arwah nenek aku ni bercantum dengan rumah adik dia sebelah. so cukai pintu dorg sruh baba aku byarkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2014 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
DIHEMPAP. OH I DICABULIKAN !

ok. kali ni pulak dlam bilik aku k (sbelum aku kawen). bila dah kawen aku pindah bilik parents aku sebab lagi besauuu.

aku ni jarang balik rumah dlu. bila cuti panjang je aku balik. aku dlu study kt serdang. so walaupun dekat, aku ni jenis malas nk balik sebab malas naik train wey. ekekeke. ada kes masa tu sesak dlam train sebab lawan bola kt bkt jalil. penuh la orang dlam tu. ada bangla plak depan aku. bahalol btul dia berdiri menghadap aku. pehhh bau dia I tell u ! very typical bangla. ekekeke eh ot lak. tp tu la sbb nya aku mls nk naik train. aku x racist ok ! cuma hidung aku je mcm tikus skit cpt bau benda sekeliling. hehe.

ok sambung. so bila aku jarang balik rumah tu, bilik aku tu kosong lah. bergelap je. aku rasa sebab tu lah kot ada benda dok tumpang.

setiap kali aku balik tidur kt rumah je, aku mesti kena hempap. kadang2 aku mimpi kena belit ular n then aku sedar aku sesak nafas mcm benda tu betul2 lilit aku. bnyak kali jgak lah aku mengalami benda ni. sampai kadang2 tu aku maki je nokharom tu. tp setan2 tu buat derkkk je wey.

bila tutup lampu, mesti rasa mcm diperhatikan. pernah aku ternampak mcm mata merah kt hujung bilik. aduhaiii. aku terkedu tau x ! confuse nk bukak lampu ke tak smpai ke subuh. blank tau tak !

lepas kawen aku pndah bilik mah baba aku. dorang ambil bilik adik aku n adik aku ambil bilik aku. adik aku ni bdak maahad kt kedah. so dia tau la psal bilik aku. dia tnya ustaz dia. ustaz dia usha dari jauh. dia ckap kt adik aku. bilik aku dlu tu sarang dia. nak buang senang. kasi al baqarah dekat dia 3 hari berturut. adik aku pun buat lah. bila adik aku baca kan malam, dia dengar org menangis. mendayu je. then dengar bunyi orang jalan atas bumbung. adik aku buat derk je smpai habis baca. so sekarang tak tau ada lagi ke x pasai adik aku ckap dia tak pernah kena hempap lepas buat bacaan tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2014 10:59 PM | Show all posts
orang cakap intai dulu jangan bukak. nanti ada yg masuk lenoboo tu labtop ke handpone? boleh pkai whatsapp pulak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2014 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
nanti sat g aku sambung. biar aku siap taip kt note. klau tak hilang je hasil kerja cerpen aku kt sini. satt naaa. aku guna hp ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2014 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
AslanZalaf posted on 23-8-2014 10:59 PM
orang cakap intai dulu jangan bukak. nanti ada yg masuk  lenoboo tu labtop ke handpone? boleh pkai ...

mana lah smpat nak mengintai. dah eksaited nk tengok siapa yg datang. haha. hp la. takkan leptop blh whatsapp. maju uolsss.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 11:07 PM | Show all posts
taikpekatt posted on 23-8-2014 11:01 PM
mana lah smpat nak mengintai. dah eksaited nk tengok siapa yg datang. haha. hp la. takkan leptop b ...

betul, sebab orang cakap tu trick "diorg" je untuk masuk kedalam rumah. terkadang ada rumah yg benda ni tak boleh tembus

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 11:09 PM | Show all posts
taikpekatt posted on 23-8-2014 11:01 PM
mana lah smpat nak mengintai. dah eksaited nk tengok siapa yg datang. haha. hp la. takkan leptop b ...

sebab tu malam/ maghrib kena tutup pintu tingkap sebagainya

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2014 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
AslanZalaf posted on 23-8-2014 11:07 PM
betul, sebab orang cakap tu trick "diorg" je untuk masuk kedalam rumah. terkadang ada rumah yg ben ...

aku prnah terbaca. orang ckap, kt setiap rumah, kt pntu masuk tu ada setan kecik nama apa ntah.. klau kita tak bagi salam setiap kali masuk rumah, dia akan kucar kacirkan kehidupan org dlam rumah tu. sebab tu selalu jadi pergaduhan n so on. klau sesiapa jmpa artikel tu tolong tepek pls. aku lupa aku baca kat mana.

benda ni mcm vampire lak. haha. tak boleh masuk selagi org x bagi. ekekeke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2014 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
KISAH SI TANJUNG YG REDUP

-----------------------------------


aku ada mentioned psal pokok tanjung belakang rumah aku kan ? ok.

pokok ni makcik aku cerita, ada sejak arwah nenek aku punya mak baru menetap kat situ. umur nenek busu (adik nek esah) sekarang dah 76tahun. so lama da lah kan.

dulu belakang rumah aku ni ada sungai. selalu bapak aku p mancing belakang rumah. tapi sekarang dah tutup. dorang buat jalan atas tu. sebab x silap aku untuk elak banjir kot.

ni antara cerita orang yg aku dengar psal pkok tanjung ni ok :

1. kak christina tengah ambil periuk belakang rumah. lalu ternampak kain putih dia atas pokok. bila kak christina menjengah, dia nampak cik pon dok pandang dia. kak christina pengsan dibelakang. lepas tu kak Aguilera nampak kak christina terlantar. lalu dia kejutkan beliau. kak christina meracau.

2. abang dude harlino (indon) tengah sedap hisap rokok di seberang sungai. dia dengar suara orang tegur dari belakang. abang dude lantas mengucap dan lari bertempiaran akibat penampakan cik pon.

ramai lah orang nampak actually tapi aku tak ingat cerita lain. plus cerita sama je kot. tapi Alhamdulillah sepanjang aku duduk sini, tak nampak lagi n aku pun tak nak berjumpa dengan beliau sdn bhd. plus orang ckap sejak sungai tu dah takde, dah jarang dorg dengar cerita orang nampak akak pon kt pokok tu. hehe. actually kan, pokok tanjung tu belakang bilik aku je. dahan dia tu dah smpai ke atap bilik aku tau. redup sangat. dulu baba aku larang aku kluar duduk kt balkoni atas ni. tapi sejak aku dah kawen ni, suami aku hari2 duduk kt balkoni tu. hisap rokok, n all. pkul 2; 3 pagi ok. n aku pun dah jadi berani. sekarang ni pntu bilik aku menghadap pokok tu tgah terbukak la ni smbil bercerita. ekekek.

dulu aku ada marah suami aku sebab pasaipa dia p bukak pintu tu kan. kang tak pasal2 nampak benda tak penting. dia boleh gelakkan aku wey. dia ckap aku kalut. klau kat negara dia dah lama aku kena gelak. pasai percaya sangat hantu2 ni. sampai hati beliau mentertawakan aku.
Last edited by taikpekatt on 23-8-2014 11:33 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2014 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
AslanZalaf posted on 23-8-2014 11:09 PM
sebab tu malam/ maghrib kena tutup pintu tingkap sebagainya

kitorang mmg tutup smua. eee ckup2 lah dlam rumah ni je. tak payah dah nak join masuk yg lain. ekekeke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-8-2014 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
ok sambung esok. suami aku kena chicken pox plak. haritu kena sapa dlam rumah. haha. trus demam. nanti aku cerita ok.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki ko orang mana wei..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2014 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz posted on 23-8-2014 11:38 PM
Laki ko orang mana wei..

ummah arab sunni. ekekekeke.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
taikpekatt posted on 23-8-2014 11:39 PM
ummah arab sunni. ekekekeke.

Oooo..dpt anak musti ensem.n cun weiii..

Aku cukup sensitip bile dengar orabg lalu..sebab kat kg aku pon sama..siap masak n ketok lesong lg..cuma xbau je apa yang dia masak....huhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.082671 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list