CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2413|Reply: 22

[Tempatan] Studio bertaraf Hollywood

[Copy link]
Post time 27-8-2014 08:06 AM | Show all posts |Read mode


DEMI meningkatkan kepesatan pembangunan industri perfileman negara, Pinewood Iskandar Malaysia Studios (PIMS) telah dibina di Nusajaya, Johor Bahru sekali gus diyakini mampu meletakkan Malaysia dan Johor sebagai hab produksi filem dan televisyen (TV) di rantau ini.

PIMS dibangunkan menerusi kerjasama Pinewood Studios Group yang terkenal di dunia dan cabang pegangan pelaburan Malaysia, Khazanah Nasional Berhad.

Ia dijangka menyumbang hingga RM1.8 bilion daripada segi perbelanjaan dalam negeri tempatan dan mewujudkan hingga 1,700 pekerjaan bebas (freelance) bagi masyarakat Malaysia dalam tempoh lapan tahun akan datang.   

Studio berkenaan dibina dengan kos RM550 juta dan dilengkapi pelbagai kemudahan teknologi untuk pembikinan filem dan rancangan TV bertujuan merancakkan lagi industri kreatif negara pada masa akan datang.

Lebih bermakna, PIMS dirasmikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Jun lalu.

Dibina di atas tanah seluas 20.2 hektar, PIMS menawarkan pentas filem seluas lebih 9,000 meter persegi dengan kemudahan pejabat, bengkel, tanah lapang, gedung senjata, pyrotechnic serta kemudahan dan perkhidmatan pasca penerbitan digital canggih yang berkeluasan kira-kira 2,000 meter persegi.

Menariknya, studio itu turut menyediakan tangki air skrin hijau dan penggambaran air dalam terbesar di rantau Asia.

Filem di Malaysia

Pengarah Iskandar Malaysia Studio Sdn Bhd (IMS), Michael Lake memberitahu selepas siri TV pengembaraan Marco Polo dan lima filem dijangka menggunakan kemudahan studio serta kawasan persekitaran PIMS untuk kerja penggambaran.

"Kami sudah mengadakan perbincangan dengan beberapa penerbit luar antaranya dari India, Jepun dan Amerika Syarikat (AS) untuk membuat rakaman di PIMS.

"Kami berharap bukan saja dapat membawa karya bertaraf Hollywood ke Malaysia, tetapi juga produksi besar yang boleh menjalinkan kerjasama kukuh dengan kami," katanya.

Dalam pada itu, Lake berkata, PIMS bercadang untuk menambah sebanyak 12 hektar hutan semula jadi pada masa akan datang selain berhasrat melahirkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada warga tempatan serta membawa produk Malaysia di peringkat antarabangsa.

"Kami menjangka  memperoleh lebih banyak projek menerusi bahagian pemasaran PIMS pada peringkat antarabangsa,” katanya.

Kata Lake, syarikat pasca penerbitan terbesar di Jepun, Imagica Corp melabur RM9 juta bagi membangunkan kemudahan pasca produksi di PIMS.

Kerjasama sulung itu dilaksanakan menerusi anak syarikatnya, Imagica International Asia Sdn Bhd dengan anak syarikat Khazanah Nasional Bhd, Candelon Ventures Sdn Bhd (Candelon).

"Mereka menawarkan perkhidmatan pasca produksi berkualiti tinggi serta kreatif, selain mampu menarik pembikin filem daripada dalam dan luar negara berkunjung ke PIMS," katanya.

Tambahnya lagi, kerajaan juga memberi sokongan dengan insentif Filem di Malaysia apabila menawarkan rebat 30 peratus kepada syarikat penerbitan asing yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM5 juta di Malaysia.

"Bagi syarikat produksi tempatan yang membelanjakan RM2.5 juta juga layak menerima manfaat yang sama.

"Kami amat yakin terhadap potensi industri di PIMS," katanya.

Selain itu, katanya, Universiti Multimedia (MMU) juga bakal menjalankan program Program Seni Sinematik CAP dengan kerjasama Sekolah Seni Sinematik, University of Southern California (USC) yang terkenal dengan penghasilan kerja ilustrasi alumninya seperti Star Wars, Transformers dan A Beautiful Mind.


Tawar penerbitan kandungan TV

Dalam pada itu, baru-baru ini, IMS bekerjasama dengan Astro Production Sdn Bhd (APSB) untuk menawarkan perkhidmatan penerbitan kandungan TV bertaraf dunia di PIMS.

Menerusi perjanjian lima tahun itu, PIMS dilantik menjadi pembekal eksklusif kelengkapan dan perkhidmatan bagi penerbitan kandungan televisyen di dua studio televisyen definisi tinggi (HD) yang dimilikinya.

Ketua Pegawai Eksekutif PIMS, Rezal A. Rahman, memberitahu, kerjasama itu akan memberikan peluang kepada penerbit tempatan dan serantau untuk membangunkan kemudahan penerbitan bertaraf dunia.

Menurutnya, PIMS menyasarkan untuk memacu pembangunan sebuah ekosistem kreatif yang sesuai dan komited bagi menyokong perkembangan kandungan kreatif demi meningkatkan kemahiran bakat dalam industri ini di Iskandar Malaysia.

Katanya, kolaborasi itu akan menjamin perkhidmatan penerbitan penuh yang merangkumi multikamera, kamera definisi tinggi, sistem pencahayaan dan bunyi yang canggih serta trak penyiaran luar yang terkini.

"Kami berupaya membekalkan penerbitan berkualiti tinggi bagi penerbit serantau dan antarabangsa," tegasnya.

Penggambaran Marco Polo

'Kecemerlangan' PIMS dapat dilihat apabila dalam tempoh dua bulan beroperasi, studio itu sudah ditempah oleh syarikat penerbit dan pengedaran multimedia dari AS, The Weinstein Company bagi rakaman 10 episod siri TV mengenai pengembara Itali terkenal pada abad ke-13, Marco Polo.

Siri TV ciptaan John Fusco itu menampilkan barisan pelakon Itali, Lorenzo Richelmy sebagai Marco Polo, Benedict Wong, Zhu Zhu, Tom Wu, Remy Hii dan Rick Yune yang mengisahkan pengembaraan Marco Polo selain memaparkan babak peperangan dan seni mempertahankan diri serta bakal ditayangkan di AS.

Kata Rezal, PIMS menjadi lokasi pilihan penggambaran Marco Polo berikutan kemudahan penerbitan filem dan TV yang bertaraf antarabangsa selain cuaca Malaysia yang baik.

Mengulas mengenai pembikinannya, Rezal memberitahu, kerja penggambaran sudah bermula selepas studio menandatangani perjanjian dengan The Weinstein Company, April lalu.
"Pembinaan set di PIMS bermula pada Januari lalu dan penggambaran bermula di Venice, Itali termasuk Kazakhstan sebelum ke Johor," katanya.

Menurutnya, penggambaran membabitkan 700 kakitangan dengan 60 peratus daripadanya adalah warganegara Malaysia selain menelan perbelanjaan sebanyak RM100 juta.

"Kami sangat teruja apabila The Weinstein Company menyatakan hasrat mahu menggunakan kemudahan di PIMS untuk penggambaran Marco Polo, sekali gus menjadi syarikat produksi pertama studio ini.

"Pembabitan projek besar ini secara tidak langsung membantu mempromosikan Malaysia di mata dunia," katanya.

Kini, PIMS sedang rancak mengadakan promosi untuk menarik produksi antarabangsa menggunakan kemudahan sedia ada di studio yang terbesar seumpamanya di Asia Tenggara.

"Dengan kemudahan bertaraf dunia dan terbaik, kami yakin PIMS dapat menarik lebih banyak pelaburan daripada produksi antarabangsa ke sini pada masa depan, sekali gus mendorong kami untuk memperluaskan lagi kemudahan studio yang ada di sini," katanya.

Cawangan lain Pinewood Studios

Selain di Malaysia yang bertapak di Johor Bahru, Pinewood Studios turut menyediakan perkhidmatan di Toronto, Kanada; Republik Dominica; Berlin, Jerman, dan Atlanta, Amerika Syarikat.

Pinewood Studios ditubuhkan pada 30 September 1936 oleh Sir Charles Boot dan J Arthur yang bertujuan untuk membangunkan industri perfileman British di Buckinghamshire, United Kingdom.

Kemudiannya, studio berkenaan terus mencipta nama sebagai lokasi penggambaran filem British menerusi filem popular The Red Shoes, Black Narcissus dan Carry On.

Begitu pun, pencapaian terbesar Pinewood Studios adalah daripada siri filem terkenal James Bond, diikuti Harry Potter dan The Hobbit.

Difahamkan, sebanyak 23 siri James Bond telah dirakamkan di pentas studio berkenaan dengan filem pertama adalah Dr No pada 1962. Sayangnya, pentas itu didapati terbakar pada 1984 sebelum dibina semula pada 1985 dan kemudian dinamakan The Bond Stage sebagai tanda peringatan kepada penerbit filem itu, Albert R Broccoli Bond.

Antara pencapaian lain, Pinewood Studios dan Shepperton menerima anugerah BAFTA Award pada 2009 berikutan sumbangan studio berkenaan dalam industri perfileman British.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2014 08:12 AM | Show all posts
Jgn jadi mcm E-Village sudah!!! Panggil Jackie Chan utk rasmi tp skrg jadi semak samun.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 09:39 AM | Show all posts
boleh la buat filem2 hantu dan ada selit2 babak2 lawak sampah sarap.....kat studio ni

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2014 09:41 AM | Show all posts
ctaz posted on 27-8-2014 09:39 AM
boleh la buat filem2 hantu dan ada selit2 babak2 lawak sampah sarap.....kat studio ni

mesti ada babak jampi lawan hantu....dan lawak2 bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 10:02 AM | Show all posts
perlu utamakan bagi anak tempatan peluang guna studio nih seperti bocey dan sepah...
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 10:11 AM | Show all posts
org malaysia jangan berangan le, itu semua film bikin kualiti yg bagus, yg sampah mana boleh ka masuk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-8-2014 10:27 AM | Show all posts
sembang harus kencang
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 10:36 AM | Show all posts
marilah bersangka baik... nnt adelah rakyat rakyat malaysia jadi pak pacak dlm filem hollywood uolllssss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2014 10:53 AM | Show all posts
pastu babak lumbe kete kat highway,org kat tepi ramai beratur tengok
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 10:54 AM | Show all posts
annehuda posted on 27-8-2014 10:36 AM
marilah bersangka baik... nnt adelah rakyat rakyat malaysia jadi pak pacak dlm filem hollywood uolll ...

teringat anan & the king

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 10:57 AM | Show all posts
supernaturalee posted on 27-8-2014 10:54 AM
teringat anan & the king

samelah mcm entrapment ramai jugak pak pacak org malaysia

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 10:58 AM | Show all posts
annehuda posted on 27-8-2014 10:57 AM
samelah mcm entrapment ramai jugak pak pacak org malaysia

don






Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 11:05 AM | Show all posts
Mohon David Teo reshoot klip video "Kacang" di studio ni, harus meletops!
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 11:26 AM | Show all posts
E-Village tu kat mana? ada gambar?
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 11:38 AM | Show all posts
kalau movie org putih kokesen patutkah terselit tepi2 jalan berlatar belakang org2 asia berkerak, penari2 berkerak dan kayu, padahal kisah menceritakan kehidupan omputeh
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 02:27 PM | Show all posts
studio bertaraf hollywood, tapi kualiti filem bertaraf apa plak...?
diharapkan dgn wujudnya studio ni, industri perfileman malaysia lebih berkualiti dan baik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2014 04:47 PM | Show all posts
tk pyh nk studio tarap hollywood sgt...
perbaiki kualiti filem dlu..baru leh cita panjang
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 04:59 PM | Show all posts
ade ambik andartu sebagai pekerja tak?
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 05:09 PM | Show all posts
secanggih studio mana pun, balik2 masih movie ganster dan rempit...
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 05:20 PM | Show all posts
Bell posted on 27-8-2014 08:12 AM
Jgn jadi mcm E-Village sudah!!! Panggil Jackie Chan utk rasmi tp skrg jadi semak samun.

A'ah apa sudah jadi dengan E-VIllage tu ehhh.. rasanya tu projek masa zaman Jins Shamsudin kan... sapa tau tolong refresh balik.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.086468 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list