CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2918|Reply: 39

[Tempatan] 160 ketua bahagian umno sokong najib, mahathir melopong

[Copy link]
Post time 28-8-2014 01:55 PM | Show all posts |Read mode

Ketua Umno bahagian berkumpul tanda sokong Najib
Oleh The Malaysian Insider

Published: 28 August 2014


Kira-kira 160 ketua Umno bahagian dijangka berkumpul di Putrajaya hari ini bagi menunjukkan sokongan kepada kepimpinan presiden parti Datuk Seri Najib Razak, satu langkah yang dilihat sebagai mencerminkan serangan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap perdana menteri tidak mendapat sokongan dari dalam parti.

The Malaysian Insider difahamkan pihak penganjur cuba mendapatkan semua 193 ketua Umno bahagian hadir memberikan sokongan kepada Najib, yang mula mengambil alih jawatan tertinggi Umno itu pada 2009 daripada pengganti Dr Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Kita dijemput untuk menunjukkan sokongan. Saya fikir sekurang-kurangnya 160 akan hadir," kata seorang 'panglima perang' Umno kepada The Malaysian Insider.



Sumber lain berkata, langkah itu bertujuan memencilkan Dr Mahathir dan kritikan yang dibuatnya melalui blog pada 18 Ogos terhadap Najib, yang dilaporkan secara meluas dalam portal berita tetapi tidak disiarkan media arus perdana.
Seorang sumber Umno berkata, beberapa pemimpin Umno memberi maklum balas terhadap kritikan Dr Mahathir walaupun dalam cara berdiplomasi kerana mereka ingat bagaimana serangan beliau terhadap Abdullah sehingga membawa kepada peletakan jawatannya pada 2009.

“Umno bersikap hati-hati dengan Dr Mahathir tetapi ketua bahagian ingin memberitahu mereka gembira dengan Najib,” katanya.

Dalam blognya, Dr Mahathir menyelar pentadbiran Najib dan mengumumkan menarik balik sokongan kepada beliau kerana kesal tegurannya tidak diendahkan.

"Saya cuba menyampaikan pendapat saya secara langsung kepada Datuk Seri Najib.

"Saya tidak ada pilihan selain dari menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur," tulis Dr Mahathir di blognya ‎chedet.cc.

Dr Mahathir turut berkata prestasi Najib lebih buruk daripada penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dr Mahathir berkata beliau berharap Najib mengambil pengajaran daripada pencapaiannya yang teruk dalam pilihan raya umum lalu tetapi nampaknya beliau tidak berbuat demikian.

Umno menang 9 lagi kerusi persekutuan tetapi gabungan Barisan Nasional hilang 7 kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-13. Gabungan itu kemudian memperolehi satu lagi kerusi menerusi pilihan raya kecil.

Menurut Dr Mahathir, banyak dasar, pendekatan dan perbuatan kerajaan pimpinan Najib "merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara".

Katanya, kelemahan Najib bermula apabila beliau melayan tuntutan musuh dengan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri pada 2011 serta Akta Buang Negeri, yang memberi kuasa kepada kerajaan menahan sesiapa disyaki terlibat jenayah tanpa proses mahkamah.

"Jikalau tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur. Saya pernah dipecat oleh Tunku Abdul Rahman, dipulau Datuk Seri Abdullah dan difitnah ramai. Jika kerana menegur saya akan didera, terpaksalah saya terima.

"Bukanlah saya tidak sayang pemimpin. Tetapi saya lebih sayang bangsa dan negara saya," kata Dr Mahathir.

Bagaimanapun, bekas timbalan perdana menteri Dr Mahathir yang pertama, Tun Musa Hitam berkata bekas majikannya itu akan hanya gembira jika ada seseorang yang seperti Dr Mahathir menjawat jawatan itu.

"Beliau hanyak akan berpuas hati jika terdapat klon Mahathir yang menjadi pemimpin berkuasa di Malaysia," kata Musa dalam satu temubual eksklusif dengan The Malaysian Insider.

Selepas Najib dipilih sebagai pengganti Abdullah, Dr Mahathir secara terbuka memuji perdana menteri pilihannya itu dan menasihati Najib dalam banyak perkara.

"Tapi selepas Najib mula mentadbir mengikut caranya sendiri dan mengambil keputusan mentadbir tanpa gangguan, ia menjadi lebih buruk dan buruk kepada Mahathir.

"Mahathir berasa Najib tidak mendapatkan nasihatnya dalam isu yang penting tetapi dikatakan terpengaruh dengan orang luar," kata Musa.

"Itu adalah Mahathir, jangan percaya dengan kata-kata beliau mengatakan kritikan ke atas Putrajaya adalah bertujuan untuk nasihat yang baik.

"Matlamatnya adalah untuk menyingkirkan Najib dari Putrajaya," katanya. – 28 Ogos, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.XjYTA9yr.dpuf


kesian pulak aku tengok mamak kerala ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2014 02:00 PM | Show all posts
biasa la..u scratch my back..i scratch ur back..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 02:03 PM | Show all posts
MAKAN POPCORN ..HULUBALANG UMNGOK NAK DTG RAMAI2 KUMPUL
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 02:06 PM | Show all posts
kata2 hero2 rasis:

an: ni cuma masalah cawan...
dijek pula akan alih topik kepada cina dap...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 02:07 PM | Show all posts
Siapa yang ada kuasa, orang itu akan disokong dan disanjung...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 02:08 PM | Show all posts
Aku tak  pun ada competion sokongan antara che det dan tok jib
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2014 02:10 PM | Show all posts
ada berani ker ketua bahagian tak nak sokong Najib? simpan dalam hati je laa rasa tak sokong tu

biar pecah diperut , jangan pecah di mulut
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2014 02:43 PM | Show all posts
cak! posted on 28-8-2014 02:03 PM
MAKAN POPCORN ..HULUBALANG UMNGOK NAK DTG RAMAI2 KUMPUL


dah mula dah...hingga ke perhimpunan agung bulan 11 nanti....kena stock banyak2 popcorn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2014 02:50 PM | Show all posts
malaysianinsider = pigs

tukang buka thread = ahso gemuk berjerawat

sama spesis la tu



Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 02:53 PM | Show all posts
d'zeck posted on 28-8-2014 02:50 PM
malaysianinsider = pigs

tukang buka thread = ahso gemuk berjerawat

kanzzz! tang mana mahathir melopong? dia tak heran-lah. Vongoks punya TT.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 02:58 PM | Show all posts
d'zeck posted on 28-8-2014 02:50 PM
malaysianinsider = pigs

tukang buka thread = ahso gemuk berjerawat

.....melopong la spesis hulubalang julang keris



Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 02:59 PM | Show all posts
deanswify posted on 28-8-2014 02:53 PM
kanzzz! tang mana mahathir melopong? dia tak heran-lah. Vongoks punya TT.

melopong ketawa menangis

itu je la modal ahso gemuk

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 02:59 PM | Show all posts
madey ni walaupun..ehmm u know..ehmm gosh astagfirullah...tapi dr madey 200 persen lagi jauh dari najib....ikhlas dari penyokong pakatan.....

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 03:00 PM | Show all posts
alaaa. ketua bahagian UMNO ni.. semua macam lalang. aku ingat lagi masa zaman PM Abdullah orang tu duk teriak pasal hadari semua melaung sokong setuju, ya itu idea terbaik.. itulah inilah.. tapi lepas dia letak jawatan, semua kutuk kata paklah tido lah apa lah..

masing2 depan je manis.. kang kalau ingkar kena buang parti ..lucut jawatan .. ntah pape lagi plak karang kan?

sama je semua partti PR pun sama je.. masing2 nak suara pendapat sendiri walau benda betul pun takut.. dalam PR terutama PAS.. alaaaaaaahai...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 03:01 PM | Show all posts
d'zeck posted on 28-8-2014 02:59 PM
melopong ketawa menangis

itu je la modal ahso gemuk

kahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 03:02 PM | Show all posts
kita sokong org yg ada kuasa je.

yg dah pencen tu toksah la fefiling 'masih berkuasa'.
stok2 pencen (contohnya pencen tm) je yg dok layan mamat tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2014 03:02 PM | Show all posts
Seteruk teruk tun det tu... tak dak la dia suruh tun hasmah jadi mb... ops lupa pulak kata abang non...jijah presiden parti...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 03:03 PM | Show all posts
Dalam partai nih.......mana ada BERKECUALI or MENENTANG.
Nak cari nahas.

"Either you are with me or them" - Bush
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2014 03:07 PM | Show all posts
ada jugak macai2 felda pprt yang ingat semah botak tu pernah jadi presidin bn...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 03:16 PM | Show all posts
apa lagi mader mahu.. mader mudah lupa
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.076731 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list