CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7090|Reply: 103

[Tempatan] "Rumah Mampu Tengok" Pesat diBina di JayBee

[Copy link]
Post time 29-8-2014 10:42 AM | Show all posts |Read mode

"Rumah Mampu Tengok" pesat dibina di JB


Di kala kerajaan negeri Johor di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sibuk merangka program untuk membina lebih banyak rumah mampu milik, namun apa yang sedang berlaku di Iskandar Malaysia ketika ini adalah sebaliknya.

Perkembangan di Iskandar Malaysia kini terutamanya di Johor Bahru dan Nusajaya menyaksikan kepesatan pembinaan satu lagi kategori perumahan khusus untuk golongan berkemampuan yang dipanggil oleh segelintir warga Johor Bahru "rumah mampu tengok".

Penduduk Johor Bharu menggelar kategori rumah itu sedemikian kerana harga yang ditawarkannya adalah jauh di luar kemampuan sebahagian besar daripada warga tempatan di negeri selatan tanah air ini.

"Harga-harga seunit kondominium yang ditawarkan oleh pemaju-pemaju itu mencecah RM800,000 bagi unit permulaan seluas 800 kaki persegi dan ke bawah manakala harga unit dengan keluasan 1000 kaki persegi dan berhadapan dengan laut pula akan melebihi RM1 juta."

"Sebab itu, saya dan penduduk JB yang lain menggelarkan kategori rumah ini sebagai 'rumah mampu tengok" kerana kita hanya mampu melihatnya dan tidak berkemampuan untuk memilikinya," menurut pekerja swasta, Hezree Abdul Samad, 35, kepada Malaysia Gazette hari ini.

Beliau yang sudah berumahtangga menjangkakan, kebanyakan atau kesemua daripada pembeli "rumah mampu tengok" itu adalah warga asing terutamanya dari Singapura serta China yang dilaporkan amat berminat untuk melabur di dalam sektor hartanah di Johor.

Menurut beberapa laporan media sebelum ini, dianggarkan terdapat lebih daripada 10 pemaju asing terutamanya daripada China dan Singapura sedang bergiat aktif di dalam sektor hartanah di Iskandar Malaysia dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) keseluruhan projek-projek mereka dianggarkan mencecah RM50 bilion.

Sejak dilancarkan pada 2006 sehingga kini, Iskandar Malaysia telah berjaya menarik sebanyak RM140 bilion pelaburan daripada dalam dan luar negara dengan 60 peratus daripada pelaburan yang diterimanya adalah di dalam sektor hartanah.

Lokasi projek-projek hartanah "rumah mampu tengok" oleh pemaju asing ini terletak di kawasan pesisir Selat Johor, berhadapan dengan Singapura.

Angka berkenaan projek hartanah asing di Iskandar Malaysia itu, bagaimanapun tidak termasuk projek-projek hartanah yang sedang dilaksanakan oleh pemaju tempatan seperti UEM Sunrise, Mah Sing Group, SP Setia, Damansara Realty, Johor Land dan lain-lain.

Syarikat hartanah tempatan juga tidak terkecuali turut serta dengan keghairahan membina ribuan rumah-rumah serta pangsapuri mewah di Iskandar Malaysia.

Menurut Hazree, harapannya untuk memiliki rumah di Johor Bahru kini bergantung kepada program-program seperti Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) oleh kerajaan negeri Johor atau Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) oleh kerajaan persekutuan.

Bagaimanapun, projek-projek inisiatif kerajaan pusat dan negeri ini berjalan amat perlahan dan kuantiti rumah yang ditawarkan di Johor Bahru tidak dapat menampung permintaan yang tinggi daripada penduduk yang dahagakan kemudahan rumah mampu milik.

PRIMA dijangka membina 8,000 rumah mampu milik di Johor Bahru dengan kerjasama agensi kerajaan negeri termasuk Johor Corporation, manakala program RMMJ sebagaimana disebut oleh Exco Perumahan Negeri Datuk Latiff Bandi pula menawarkan sekitar 25,000 rumah seumpama itu di seluruh negeri.

Kuantiti pembinaan rumah mampu milik di Johor Baharu itu bagaimanapun gagal menandingi kepesatan pembinaan "rumah mampu tengok" dengan pemaju China, RF Properties Ltd sahaja merancang untuk membina 30,000 pangsapuri mewah di bawah projek mewahnya Princess Cove di Tanjung Puteri.

Sebuah lagi pemaju perumahan China, Country Garden Ltd pula akan membina 9,000 unit kondominium di bawah projek hartanah di Danga Bay, membuktikan lagi selera besar pemaju-pemaju asing ini untuk memenuhkan Johor Bahru dengan projek-projek "rumah mampu tengok" mereka yang bernilai jutaan ringgit.

Bagi Hezree, beliau masih menunggu notis daripada pejabat Setiausaha Perumahan Negeri Johor tentang permohonannya untuk mendapatkan salah satu unit rumah mampu milik bernilai RM80,000 yang ditawarkan di bawah RMMJ ~ MALAYSIAGAZETTE

p/s : calling2 @peyno-sila komen luaskan kuasa mu ahpek2 JDT Darul Tengok

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2014 10:46 AM | Show all posts
hahaahh sentap spe yg tk mampu nak beli
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 10:48 AM | Show all posts
tak payah JB. ape bezanya KL, Selangor, Penang, semua mampu tengok juga.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 10:49 AM | Show all posts
hidup jawa!
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 10:49 AM | Show all posts
blackred99 posted on 29-8-2014 10:48 AM
tak payah JB. ape bezanya KL, Selangor, Penang, semua mampu tengok juga.

kena cari andartu...duit banyak...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 10:57 AM | Show all posts
suka dgn tajuk thread ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2014 11:07 AM | Show all posts
ummah johor dapat tengok game bola JDT seminggu sekali sambil terjerit-jerit 'luaskan kuasamu!' kira dah cukup bersyukur walaupun tanah makin byk tergadai/dibeli singapore
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 11:09 AM | Show all posts
skrg mmg byk rumah mampu tgk je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2014 11:10 AM | Show all posts
anak kecil main api..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 11:12 AM | Show all posts
bukan kat sana je...kat memana pun skang....rata2 deme singapore and foreigner lain yang beli....
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 11:15 AM | Show all posts
kt mane2 pun sama gak.
Kekadang rumah2 yg mahal ni dibeli oleh mrk yg dh ada rumah.
Mrk jual rumah yg sedia ada, so beli rumah baru. Sbb dh ada modal yg lebih hasil jualan rumah lama.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 11:16 AM | Show all posts
aku ske tajuk ni...mmg logik akal pikiran
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 11:20 AM | Show all posts
tumpang tengok jer la nak beli x mampu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 11:34 AM | Show all posts
mampu tgk
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 11:55 AM | Show all posts
kat mana2 skrg ni mmg banyak sgt yg buat rumah mampu tengok....x heran dah lah....
klau rumah mampu milik tu barulah terkejut baca..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Betui..betui..betui..lps ni kita pakat2x bli kontena wat umah mcm drama bukan aku x cinta..kuikui
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2014 12:06 PM | Show all posts
hahaha.. rumah mampu tengok..

rumah mampu nganga pun bole gak


Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 12:07 PM | Show all posts
TAJUK WIN!!!!)


Syabass betteee Syabasss
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 12:08 PM | Show all posts
BotakChinPeng posted on 29-8-2014 10:57 AM
Kondo dikata rumah. Bodohnya pekerja akhbar yg huni flat pprt tuh.

Dah tau projek swasta sasarkan ...

kondo pun rumah juga. Adakah bila seseorg ajak kawan dia ke kondo mereka akan sebut "jemputlah ke kondo saya".. atau "jemputlah ke rumah saya".

Inilah bahana bila dah terlalu taksub dgn istilah. Sebab itu aku label ko antara forumer CI yg paling bangang.. dan mmg sah ko bukan lulusan matrikulasi...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
a_gen2 posted on 29-8-2014 12:08 PM
kondo pun rumah juga. Adakah bila seseorg ajak kawan dia ke kondo mereka akan sebut "jemputlah ke  ...

Dia tu bukan bekas student matrik ataupun stpm tu sebab otak dia bengong sikit..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:42 PM GMT+8 , Processed in 0.369256 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list