CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7084|Reply: 115

[Tempatan] Bila uols mati nanti, uols pasti minta ampun ngan I!

[Copy link]
Post time 2-9-2014 12:21 PM | Show all posts |Read mode
Esok mati, minta ampun pada saya, kata Rosmah kepada pengkritik




                                                   
        Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menyelar pihak tertentu yang memberi persepsi negatif dirinya membangunkan program Permata ‎Negara, kerana ia dilakukan semata-mata demi melihat kejayaan pendidikan anak-anak bangsa. Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu berkata,‎ persepsi negatif membuatkannya semakin cekal kerana apa yang dilakukan program itu adalah ikhlas kerana Allah.      


"Kalau dengar itu, jangan percaya. Saya memang secara ikhlas menyatakan program in‎i bukan untuk saya, tetapi untuk anak bangsa kita maju dalam pendidikan mereka."Tetapi tak apalah saya cekal. Saya ikhlas. Saya tahu apa yang saya buat ini ikhlas kerana Allah. Apa dia hendak kata, dia katalah.
      

"Esok kalau dia mati, dia minta ampunlah pada saya. Orang bukan suka kita berjaya," katanya ketika berucap di Majlis Konvokesyen Picoms kali ke-2 di PWTC. Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusoff dari PAS ketika di Dewan Rakyat pada Jun lalu membangkitkan persoalan kepada kerajaan mengapa tidak diperkukuhkan agensi seperti Kemas dan Tadika sebaliknya memilih untuk membangunkan Permata Negara yang dinaungi Rosmah.


Beliau bertanya kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim adakah Permata Negara agenda untuk menaikkan nama isteri perdana menteri. Shahidan berkata Permata Negara bukan bertujuan untuk menaikkan nama Rosmah sebaliknya untuk menaikkan nama Malaysia dan isteri perdana menteri tidak menerima gaji untuk melakukan tugas tersebut.


Rosmah berkata rakyat secara keseluruhannya perlu menyedari bahawa peruntukkan untuk program Permata Negara bukanlah disalurkan kepada dirinya sebaliknya kepada kementerian berkaitan.Katanya, persepsi negatif terhadap dirinya perlu dihentikan kerana Permata Negara ditubuhkan bertujuan murni bagi membela nasib anak-anak di luar bandar.


"Kalau perdana menteri masukkan dalam bajetnya, Permata Negara, janganlah kata Rosmah punya. Ini bukan saya punya tetapi untuk anak kita semua."Saya tidak dapat satu sen pun. Macam-macam orang bercerita bercakap saya dapat inilah. Ini Najib, tu Rosmah punya. "Duit pun saya tak nampak. Semua disimpan Kementerian Kewangan. Saya ini membela nasib anak-anak dari luar bandar. Jadi janganlah marah dekat saya pula," katanya.


Beliau menyeru rakyat tidak mudah percaya kepada apa yang ditulis di blog mengenai kritikan negatif terhadap dirinya mengenai Permata Negara.
Katanya, apa jua usaha murni yang dilakukan kerajaan akan mendapat tentangan pihak tertentu maka ia perlu dianggap sebagai cabaran bagi mengecapi kejayaan.

"Apa yang dia cakap kat blog tu jangan percaya. Blog tu memanglah dia tak suka anak-anak kita berjaya. Siapa yang angkat Permata Negara ni, inilah Rosmah buat. Dia tak suka. "Kalau kita berjaya bukan semua orang suka tengok kita berjaya. Yang mana tak seronok tu, dia mengatalah kita macam-macam," katanya. – 1 September, 2014.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2014 12:29 PM | Show all posts
sape yg terasa cpt mtk mahap
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 12:32 PM | Show all posts
budak tingkat 4, budak handbag dua2 bayangan kepada paklah dan najib.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 12:38 PM | Show all posts
Maafkan kami penunggu gua
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 12:44 PM | Show all posts
tak salah permata pintar tu...kalau ikhlas kerana allah...tutup aurat tu kehendak allah..buatlah yang wajib dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 12:45 PM | Show all posts
bila tengok kepada carian internet ni, mmg takde lansung yg positif pasal rosmah ni ...nak salahkan sapa ?

http://yakboktamkelih.blogspot.c ... esearch-rosmah.html
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-9-2014 12:45 PM | Show all posts
abisla..nek mah dah sentap..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 12:48 PM | Show all posts
klu dah ngata n ngutuk n mempitenah rosmah ataupun sesape sila lah pi mintak mahap dgn org itu ye...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2014 12:51 PM | Show all posts
ye aaaa tapi kalau tax payer tak halal kan setiap sen yg di guna kan esok... cari juga laaa kami ye esok mati..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko yg carik kami dlu di pdg masyar nnti
Da tanggjwb pemimpin berat kan..
Soaljawab timbangan pon ko la paling lame
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 01:04 PM | Show all posts
xcekal lagi tu...klu cekal xsentap!
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 01:07 PM | Show all posts
tu la, kenapa Tadika Kemas senyap je....takde peruntukan dah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 01:09 PM | Show all posts
nanti para pemimpin ni mati byk menanggung dosa juga
sbb tanggungjwb pemimpin tu lagi berat kak mai oiiii
kalau buat bnda baik, x yah sentap2 ye kak mah
standard la awak jadi isteri pemimpin
dikecam dihina dipuji dicerca
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 01:12 PM | Show all posts
bagus datin seri berjuang untuk negara tanpa ambik satu sen pun.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 01:15 PM | Show all posts
bagi porumer tegar yg sering menghencap ahkak pink..selayaknya uoul minta mahap dekat ahkak sebelum uoul mati...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Terasanya......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2014 01:53 PM | Show all posts
Bila pemimpin buat projek besar dgn iringan kata2 saya/kami ikhlas, jujur, tiada keuntungan dsbnya, adalah amat sukar utk membezakan ianya betul atau sebaliknya.

Lebih wiser jika pemimpin hindari menyebut perkataan2 tersebut di hadapan umum.

Biasanya orang melihat keuntungan dari projek besar dalam bentuk wang ringgit. Ini standard mindset kita.

TAPI, nama disanjung, populariti bertambah, darjat terangkat, keburukan silam di KIV, kesalahan semasa dicover-up juga adalah bentuk2 keuntungan hasil merealisasikan projek2 besar.

Lebih untung wang sendiri tak keluar tapi semua keuntungan selain wang ringgit dapat.

Maka, kata2 atau ucapan2 saya atau kami tidak untung dari projek2 besar ketika menjadi tetamu kehormat launching pun sudah 1 keuntungan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 02:01 PM | Show all posts
please la jangan buat mama sentap, nanti tak pasal-pasal barang naik harga lagi. Bukan senang nak handle stress tau
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 02:05 PM | Show all posts
eco_internet posted on 2-9-2014 01:07 PM
tu la, kenapa Tadika Kemas senyap je....takde peruntukan dah ke?

peruntukan habis kat permata yang hilang.  hari wilayah dinner, hari merdeka dinner, kucing beranak dinner, ayam bertelo dinner, kejap2 dinner.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 02:06 PM | Show all posts
Naurah_rik posted on 2-9-2014 02:01 PM
please la jangan buat mama sentap, nanti tak pasal-pasal barang naik harga lagi. Bukan senang nak ha ...

senang je, bagi duit shopping hilanglah stress
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.083352 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list