CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: crossfire

[Tempatan] MH17 Waris mangsa belasah jurugambar NST

[Copy link]
Post time 3-9-2014 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Ade je family yg request privacy, xde mslh rasenye. Jd ape bezanye yg ni eh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2014 03:11 PM | Show all posts
ellekarma posted on 3-9-2014 03:09 PM
Ade je family yg request privacy, xde mslh rasenye. Jd ape bezanye yg ni eh?

Menurut apa saya baca, mesej family tak disampaikan pada press. Ada break down in communication kot.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 03:15 PM | Show all posts
Siapa dia lelaki yang belasah fotographer. Persoalan masih tak terjawab.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 03:17 PM | Show all posts
budget citer tamil kah..ada kematian tumbuk org lepas geram..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2014 03:36 PM | Show all posts
munchkin posted on 3-9-2014 03:11 PM
Menurut apa saya baca, mesej family tak disampaikan pada press. Ada break down in communication ko ...





Jurugambar Ditumbuk  Ini Penjelasan Keluarga MH17




SEMALAM, berlaku kekecohan di Pusat Peringatan Nirvana Sungai Besi, Kuala Lumpur apabila seorang jurugambar New Straits Times (NST), Mohd Aizuddin Akmal ditumbuk oleh salah seorang ahli keluarga mangsa nahas pesawat MH17.

Akibatnya, dia mengalami kecederaan di bahagian muka dan hidung akibat tindakan lelaki tersebut.

Menerusi akaun Facebook salah seorang kenalan atau keluarga mangsa MH17, Suthan Mookaiah, dia memberi penjelasan mengenai punca berlakunya insiden itu:


“MH17: Saya disana hari ini. Pihak media telah di beritahu untuk tidak cover event melalui Mas, Nirvana serta ahli keluarga sebelum isu ini berlaku- tetapi mereka tetap mengendahkan dan meneruskan mengambil gambar dan video.

“Saya ulang- Berulangkali mereka telah diberitahu. Malah sudah dinasihat sejak sekian lama termasuk semalam ( lihat fb saya untuk bukti, dan juga ahli keluarga lain) …

“Di Nirvana, pintu depan disekat, pintu belakang mereka masuk- Menuding lensa kearah kereta jenazah dan ahli keluarga lain. Darah siapa yang tidak membuak, apabila orang tidak mendengar berkali-kali, malah ingin memorialisasikan gambar kematian jenazah keluarga tercinta tanpa mengira sentimen dan hati ahli keluarga untuk khalayak umum secara global. Tidak cukupkah gambar aib mayat MH17 yang telah anda lihat selama ini??

“Tidak bolehkah, keluarga mangsa meratapi anak dan keluarga mereka tanpa puluhan kamera kamera?? Sukakah anda sekiranya jika ada kematian berlaku dikeluarga anda, dan tiba-tiba puluhan kamera membanjiri rumah anda dan ber’share’ gambar untuk kpentingan peribadi mereka sendiri?

“Sejak awal lagi, keluarga ini tidak pernah meminta coretan media. Sebarang penulisan tidak pernah keluar dari keluarga (hanya rakan taulan dan kawan sekerja) . Mereka juga telah berulang kali meminta privasi mereka dipentingkan-dan ini telah disalurkan secara official dan ‘black and white’ kepada pihak kerajaan, MAS, dan Nirvana. Malah, semalam juga, kerajaan dan MAS tersilap langkah apabila mengedarkan maklumat peribadi alamat mereka walaupun berulang kali diminta untuk tidak berbuat demikian. Kesabaran mereka juga ada batasnya..

“Jadi salah kan pengamal media yang tidak tahu adab, yang tidak menghormati permintaaan keluarga untuk meratapi ahli keluarga mereka yang tersayang. Ini masa mereka yang terakhir.

“Ini bukan isu perkauman untuk disensasikan, ataupun isu politik… ini isu pengebumian 3 orang yang mempunyai keluarga tersayang- yang telah ditolak ke batas maksima oleh media yang lebih mahu berita sensasi dari menghormati keseriusan majlis pengebumian ini.

“Saya ulang apa yang saya beritahu semalam. #RespectMH17 bukan hanya dari sisip nukilan FB anda, tetapi juga teladani melalui tindakan dan kesedaran untuk menghormati mereka yang telah pergi.”

Sehari sebelum kejadian, dia turut memuatnaik status yang meminta agar ahli keluarga mangsa diberikan ruang privasi untuk berkabung tanpa gangguan pihak media.



Bagi kami, biar apapun sebabnya, adalah tidak wajar untuk menggunakan kekerasan bagi ‘menghalau’ pihak media yang sebelum ini tidak putus-putus menyampaikan maklumat penting kepada rakyat Malaysia.

Pada masa yang sama, pihak media juga perlu menghormati permintaan ahli keluarga mangsa dan tidak menunggu hingga mereka hilang sabar.

Pendek kata, bertolak-ansurlah…
















Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 03:38 PM | Show all posts
munchkin posted on 3-9-2014 03:07 PM
Dah larang tapi kalau tak jalan perlu guna keganasan? Undang2 hutan mana ni?

kita tak ada di tempat mereka, rasanya kalau kita pun akan marah...dah larang byk kali lah ni..jangan..jangan..tapi buat juga...mungkin dah marah sgt spontan la tumbuk org tu..mcm kita marah dan larang anak kita jangan buat benda yg kita tak suka..contohnya jgn pukul adik dia, kita kata jgn..jgn..dia ketuk juga kepala adik dia, tak ke spontan tangan kita tampar tangan dia...mungkin kita ni tak da lah sekuat org yg menumbuk tu tapi nk bagitau kita pun boleh secara tak sedar pukul anak kita kan? kenapa marah sgt dgn waris tu sebab dia india? india tumbuk melayu? cuba baca pos dari crossfire tu...
Last edited by abbyhoney on 3-9-2014 03:40 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2014 03:42 PM | Show all posts
crossfire posted on 3-9-2014 03:36 PM
Jurugambar Ditumbuk  Ini Penjelasan Keluarga MH17

Kalau dah tak terkawal, call police, call rela utk bantu. Isu MH17 ramai orang bagi perhatian dan fokus. Bukan nya lesen utk jadi i am the law and taking the law into their own hands.

Ramai nak jadi i am the law.

Kalau tak buat coverage nanti, ada pulak kata certain people disisih and benda ni mungkin dipoliticise oleh pihak tak bertanggungjawab. Bila bagi coverage gini pulak jadinya.

Ada undang2 ikut undang2.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 03:44 PM | Show all posts
abbyhoney posted on 3-9-2014 03:38 PM
kita tak ada di tempat mereka, rasanya kalau kita pun akan marah...dah larang byk kali lah ni..jan ...

Malas nak reply banyak2. Semak balik posting aku. Baca dengan betul dengan teliti. Ada aku sebut pasal bangsa or kaum? Ada ke? Kalau ada kat mana? Cuba point out.


Last edited by munchkin on 3-9-2014 03:52 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2014 03:48 PM | Show all posts
kalau boleh mcm ni kira lesen la sapa2 yg kena ambik gambar atau video tp tamau kena amik gambar gi belasah jah... mcm amik bideo polis saman orang.. adakah polis tuh leh blasah jah mamat tu?
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 03:51 PM | Show all posts
Menurut setengah orang boleh. Sebab dah cakap tapi tak jalan juga. Haih
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 04:05 PM | Show all posts
Kita tgk je la apa tindakan yg berkenaan... salah tetap salah... x payahla sampai tumbuk menumbuk....
Last edited by fairiza on 3-9-2014 04:07 PM

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian nye waris bila jurugambar2 ramai yg bdegil... x hormat privasi org yg sdg kehilangan... ai yg tgk liputan kt umh pn nangess... ini kan keluarga yg menanggung..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 04:12 PM | Show all posts
cakap elok2 boleh kan ? nak tumbuk pasal apa ?

apa ingat Nirwana tu bleh bawak ke syurga firdaus ke ?

haktuihhh !!! pegi mampuih sama Nirwana ...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
“MH17: Saya disana hari ini. Pihak media telah di beritahu untuk tidak cover event melalui Mas, Nirvana serta ahli keluarga sebelum isu ini berlaku- tetapi mereka tetap mengendahkan dan meneruskan mengambil gambar dan video.

“Saya ulang- Berulangkali mereka telah diberitahu. Malah sudah dinasihat sejak sekian lama termasuk semalam ( lihat fb saya untuk bukti, dan juga ahli keluarga lain) …


1. I dont even know ur fb acc fik, chances org lain pu  bukan tentu baca ur msg jugak.
2.  r u sure msg tru MAS n Nirvana tu sampai ke pihak media dik?
3. We r Malaysian, budaya tendang jurugambar tu org PRC je yg buat (iols tgk tv maa mh370 dulu)
4. Ni national issue, semua orang nak tau, n mmg tugas press laporkan berita.
5. Kalau cakap baik2 ngan press kata mintak hormati privacy, i m sure xkan ada yg sampai hati menolak.

Sekian
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 05:56 PM | Show all posts
Babai posted on 3-9-2014 01:45 PM
So otometik dapat lesen bedok orang la ek?

bukan la dapat lesen...

dah org tak bagi tu....
bagi lah kerja sama...

klu dah ckp bnyk kali tapi tak dgr...jugak...mau la hangin member...
wartawan ni kan kebnykkan nya mmg berani @ degil...

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Daging pada seseorng mungkin racun bg org lain...

Tergamak sungguh hati jurugambar nst tu buat hal...walhal kita bc artkel pendek menyatakan jenazah selamat dikebumi pon dah puas dan faham dah...tak perlu gambar bagai....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2014 07:01 PM | Show all posts
keluarga lain pun terbunuh gak dlm tragedi ni. Di mana2 tpt pengkebumian semua penuh dgn org sama ada press dan org ramai yg ambik video peribadi. Tak ada pun nak bertumbuk segala,

Auta lebih la keluarga yg meninggal ni....benda gini pun nak kecoh. Biar jer la..mendiang pemain hoki negara hari tu pun x de kecoh. lagi la keluarga yg meninggal ni. namapun org tak ingat.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 07:07 PM | Show all posts

kalau keling paria pukul - ''bangsa tu memang pangai begitu''
kalau mulayu pukul - ''ada jugak manusia pangai begitu''.
..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 08:40 PM | Show all posts
seri_mawr posted on 3-9-2014 05:56 PM
bukan la dapat lesen...

dah org tak bagi tu....

Still, bila hangin jer automatik dapat lesen pukul orang ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 09:32 PM | Show all posts
theotherfriend posted on 3-9-2014 04:37 PM
“MH17: Saya disana hari ini. Pihak media telah di beritahu untuk tidak cover event melalui Mas, Nir ...

4. Ni national issue, semua orang nak tau, n mmg tugas press laporkan berita.
**********************
Since when gambar2 ahli keluarga mendiang yg menangis & bersedih menjadi hak tatapan rakyat Malaysia? Those people are private citizen they are not public figure, they have the right to remain private.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.072074 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list