CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11956|Reply: 135

[Tempatan] Fernando Torres dan Mario Gomes bakal ke JDT?

[Copy link]
Post time 2-9-2014 10:49 PM | Show all posts |Read mode

TMJ buru Fernando Torres untuk musim 2016

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan baginda telah memulakan rundingan awal bagi mendapatkan khidmat penyerang Sepanyol, Fernando Torres bagi pasukan Johor Darul Takzim (JDT) untuk musim 2016.
   
Baginda yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) bertitah telah pun bertemu dengan ejen bekas penyerang kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea itu yang kini dipinjamkan ke kelab AC Milan selama dua tahun.
   
"Kami telah memulakan rundingan untuk mendapatkan Torres yang akan menjadi 'penjaring paling penting' untuk kita pada musim 2016. Beliau akan menggantikan penyerang JDT, Luciano Figueroa yang akan bersara pada musim 2016," katanya pada majlis taklimat dengan media dan penyokong JDT di Stadium Larkin hari ini.
   
Selain Torres yang menjadi sasaran JDT untuk musim 2016, pasukan Harimau Selatan itu juga berminat mendapatkan khidmat penyerang antarabangsa lain jika usaha mendapatkan bekas penyerang Chelsea itu gagal, titahnya.
   
Tunku Ismail bertitah antara pemain antarabangsa terbabit termasuklah penyerang kelab Juventus, Fernando Llorente, Mario Gomez yang kini bermain dengan kelab Fiorentina di Itali dan pemain kelahiran Argentina, Javier Saviola.

Saviola kini bermain dengan kelab Serie A Itali, Hellas Verona.
   
Ditanya mengapa JDT berminat mendapatkan Torres walaupun beliau gagal menyinar ketika di Chelsea, Tunku Mahkota bertitah, penyerang Sepanyol itu merupakan pemain yang berkualiti, berpengalaman dan berkebolehan.
   
"Walaupun prestasinya di Chelsea kurang memberangsangkan, tetapi kita juga kena lihat prestasinya ketika di Liverpool dan ketika bermain untuk pasukan kebangsaan Sepanyol," titahnya.
   
Selain itu, Tunku Mahkota Johor itu juga mendedahkan bekas penyerang utama kelab Itali, Inter Milan, kelahiran Argentina, Diego Milito turut berminat bermain untuk Harimau Selatan.
   
Baginda bertitah, kesemua pemain import JDT pada musim ini akan dikekalkan untuk musim 2015, manakala barisan pemain tempatan akan diubah dengan kemasukan muka baru daripada beberapa pasukan.

Tunku Ismail bagaimanapun enggan mendedahkan lima pemain tempatan JDT yang bakal digantikan dengan muka baharu itu dengan alasan ia akan mengganggu moral pemain Harimau Selatan yang sedang beraksi dalam Piala Malaysia.
   
Empat pemain import JDT pada musim ini adalah Figueroa dan Jorge Pereyra Diaz dari Argentina, pemain pertahanan Brazil Marcos Antonio Santos serta Hariss Harun dari Singapura.
   
Ditanya mengenai kegagalan mendapatkan khidmat penyerang kelahiran Cameroon, Samuel Eto'o, baginda bertitah, bekas penyerang terbaik Afrika itu meminta bayaran tinggi dan di luar kemampuan pasukan selatan tanah air itu.
   
"Dia (Eto'o) meminta bayaran tinggi," titah baginda tentang rundingannya dengan Eto'o yang kini beraksi dengan kelab di Merseyside dalam Liga Perdana Inggeris, Everton.
   
Mengenai masa depan ketua jurulatih JDT, Bojan Hodak, baginda bertitah, kedudukan pengendali kelahiran Croatia itu adalah selamat dan akan terus mengendalikan juara Liga Super itu pada musim depan.
   
JDT 2 pula kata baginda, akan mempunyai jurulatih import pada musim depan, manakala bekas penyerang pasukan Johor pada tahun 80-an, Ervin Boban pula akan melatih pasukan Johor pada Piala FAM musim depan.
   
-Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2014 10:55 PM | Show all posts
Tahniahlah kerana belasah kelantan 3-0 td.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
indon dna srmbang kencang
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Melampau sembangnya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2014 11:01 PM | Show all posts
famri7 posted on 2-9-2014 10:59 PM
Melampau sembangnya..

torress tengah tak perform

mungkin value dah jatuh

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
sembangannya teramat kencang, maka terkencing set2 jdt, peminat since 2013
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-9-2014 11:10 PM | Show all posts
Brape agaknye nak byr torres tu?
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
yg penting sembang kena kencang


nanti klu tak jadi.. tu belakang kira... bleh create story... torres sakitnperut ke?? torres tak sesuai dgn tempe jawa ke



sama seperti apa berlaku pada pablo aimar.... kenapa dia lari dari
jdt???  paham2 sudah la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2014 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
famri7 posted on 2-9-2014 10:59 PM
Melampau sembangnya..

kencang sgt... sampai tercabut kopiah peyno pki ni...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
peYno posted on 2-9-2014 11:14 PM
kencang sgt... sampai tercabut kopiah peyno pki ni...

tinggal kat JB ni. dekat sangat dgn angin dia. rambut gua serabai dibuatnya
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 11:18 PM | Show all posts
peYno posted on 2-9-2014 11:13 PM
yg penting sembang kena kencang

baca ni exit clause...
Selain Torres yang menjadi sasaran JDT untuk musim 2016, pasukan Harimau Selatan itu juga berminat mendapatkan khidmat penyerang antarabangsa lain jika usaha mendapatkan bekas penyerang Chelsea itu gagal, titahnya.


Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 11:26 PM | Show all posts
kayanya.. kat Europe tu pun cuma berapa kelab ajer yg mampu bayar gaji dia sekarang..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Magika posted on 2-9-2014 11:01 PM
torress tengah tak perform

mungkin value dah jatuh

Mcm beli saham time tak laku..lulz
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
sahamboi posted on 2-9-2014 11:18 PM
baca ni exit clause...
Selain Torres yang menjadi sasaran JDT untuk musim 2016, pasukan Harimau S ...

dah stand by alasan

tapi sembang kena kencang duluuuu
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Dzeko posted on 2-9-2014 11:26 PM
kayanya.. kat Europe tu pun cuma berapa kelab ajer yg mampu bayar gaji dia sekarang..

see... sslah sorang yg dag termakan sembang kencang mereka


itu yg mereka mauu
haha
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 11:36 PM | Show all posts
peYno posted on 2-9-2014 11:31 PM
see... sslah sorang yg dag termakan sembang kencang mereka

sembang mau kencang bro.. kah kah kah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2014 11:37 PM | Show all posts
untung la.... kaya...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 11:42 PM | Show all posts
klu value torres jatuh pn apa igt dia mau ke stakat byr rm20,30 juta?sedeyyyyhh...

amek jela player yg xda nama, pastu groom la jd hebat....nk yg ada nama besar je
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Nsb baik tores kalo suarez mau lari semua pihak lawan kang blm main dah kn gigit
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Sy rasa liga Malaysia pilihan terakhir Torres kekeke .. Sbb masi ada liga pak arab dan MLS .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:15 AM GMT+8 , Processed in 0.076035 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list