CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3142|Reply: 35

[Jenayah] UPDATE #32:Bapa Rogol Sejak Dari Usia 13 Tahun

[Copy link]
Post time 3-9-2014 09:18 AM | Show all posts |Read mode
JERTIH - Harapkan pagar, pagar makan padi. Itulah perumpamaan yang boleh digambarkan kepada seorang bapa di sebuah kampung di sini apabila dipercayai tergamak merogol anak kandungnya sendiri sejak empat tahun lalu.

        Suspek yang berusia 41 tahun sepatutnya menjadi pelindung kepada gadis itu sebaliknya bertindak di luar kewarasan akal apabila merogol anak perempuannya itu sejak mangsa berusia 13 tahun.

        Namun kerana tidak tahan menjadi mangsa pemuas nafsu bapanya sendiri, pelajar tingkatan empat sebuah sekolah di sini nekad melaporkan perbuatan keji suspek kepada polis di Balai Polis Jertih pada Khamis lalu.

        Menurut sumber, aduan tersebut dibuat selepas suspek didakwa merogol mangsa untuk kali terakhir ketika mangsa sedang tidur kira-kira jam 2 pagi pada Rabu lalu di rumahnya di sebuah kampung di sini.

        Katanya, mangsa yang tersedar daripada tidur terkejut melihat suspek berada di hujung kakinya sebelum bertindak merogol mangsa.

“Sebelum itu mangsa membantah perbuatan bapanya namun dengan kudratnya sebagai wanita menyebabkan dia tidak mampu menolak perbuatan keji bapanya itu,” katanya.

        Kata sumber itu lagi, tidak tahan dengan sikap kebinatangan bapanya dan tidak sanggup berterusan diperlakukan begitu lagi mangsa kemudiannya membuat laporan polis pada jam 1.15 petang sehari selepas kejadian.

        Difahamkan juga, mangsa mengakui menjadi mangsa rogol bapanya yang bekerja sebagai jurujual di Jertih itu sejak dia di tingkatan satu lagi dan perbuatan tersebut berlaku di rumah.

        Sementara itu Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan serta tindakan lanjut sedang dijalankan.

        Menurutnya, mangsa telah dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan untuk pemeriksaan lanjut.

        Bertindak atas laporan sepasukan anggota polis kemudian giat memburu suspek sebelum lelaki itu ditahan di depan sebuah kedai di bandar Jertih, kira-kira jam 5 petang pada Khamis lalu.

“Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula Jumaat lalu untuk membantu siasatan,” katanya.

        Menurutnya kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 (B)Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.
[url=]
[/url]Sumber: http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/anak-pemuas-nafsu-bapa-1.313261

Last edited by GhostWalking on 5-9-2014 01:43 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2014 09:20 AM | Show all posts
kepelekang tanpa batasanggg
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 09:39 AM | Show all posts
ni bukan BAPAK ni BABI

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 09:45 AM | Show all posts
jahatnya ...

mana mak dia ... sian budak tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 09:47 AM | Show all posts
lepas ni ada yg salahkan mangsa punya. rogol dr 13 tahun kenapa  tak report? sedap lettewww.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 09:47 AM | Show all posts
tranung darul rugul...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2014 09:48 AM | Show all posts
Pembetulan Simpulan Bahasa

Harapkan pegar, pegar makan padi Last edited by intriQue on 3-9-2014 10:34 AM

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 09:48 AM | Show all posts
kasihannya..




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2014 09:51 AM | Show all posts
intriQue posted on 3-9-2014 09:48 AM
Pembetulan Simpulan Bahasa

Harapkan pegar, pegar makan padi

pegar tu kan suka mkn padi knp nak harapkan dia..bongok kan
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 09:57 AM | Show all posts
durjana punya bapak...

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 10:05 AM | Show all posts
Bapak sendiri pon mcm vavi...
Kang ank jadik bohsia ko ngaruk mcm vavi jugak....
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 10:13 AM | Show all posts
inilah akibat terlebih hiburan....atau...terkurang hiburan...
semua nk cuba try test buat.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 10:16 AM | Show all posts
bapak asik nk mengotey je kejenyaa.. mak xckup balun anak plak..
hukum sebat kt kotey beliau..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
I cant brain this.
Tolongla bg hukuman berat, biar insaf sket, hidup bkn utk mghancurkan hidup org lain!
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 10:42 AM | Show all posts
kenapa wartawan sinar ni tak tahu peribahasa dengan betul?
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 10:48 AM | Show all posts
tiada apa nak kata..kesian kat anak tu,jadi pemuas nafsu serakah bapak sendiri..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2014 10:51 AM | Show all posts
cak! posted on 3-9-2014 09:51 AM
pegar tu kan suka mkn padi knp nak harapkan dia..bongok kan

Orang Melayu rumpun Astronesian di Asia tenggara ni memang kaya peribahasa terutama belah2 semenanjung dan sumatera..dulu Burung ni memang tugas halau burung lain dari makan padi..last dia pulak makan padi...so bila pakcik Melayu ni nampak..dia katalah "Harapkan pegar, pegar makan td" sambil marah
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 10:56 AM | Show all posts
the_killer posted on 3-9-2014 10:51 AM
Orang Melayu rumpun Astronesian di Asia tenggara ni memang kaya peribahasa terutama belah2 semenan ...

dah nama pon burung, dia jaga kawasan makanan dia kot
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 10:57 AM | Show all posts
the_killer posted on 3-9-2014 10:42 AM
kenapa wartawan sinar ni tak tahu peribahasa dengan betul?

peribahasa paling tepat Haruan makan anak
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 10:59 AM | Show all posts
cak! posted on 3-9-2014 10:56 AM
dah nama pon burung, dia jaga kawasan makanan dia kot

baik bela helang...helang tak makan padi..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.169661 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list