CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3774|Reply: 26

[Dunia] Mandarin vs Kantonis

[Copy link]
Post time 3-9-2014 09:26 AM | Show all posts |Read mode
BANDAR RAYA Guangzhou di selatan China mempunyai banyak perbezaan dengan Beijing terutamanya dari segi budaya, fizikal dan bahasa.

Perbezaan ini menjadi punca kemarahan penduduk di bandar raya berkeluasan 7,434 kilometer persegi itu selepas pemerintah tempatan mendesak stesen televisyen Guangdong TV menggantikan rancangan berbahasa Kantonis kepada Mandarin.

Bahasa Mandarin berasal dari utara Beijing, ia juga dikenali sebagai Putonghua yang merupakan bahasa rasmi kerajaan, pendidikan dan media rasmi tempatan.

Kerajaan melihat ia sebagai satu cara untuk melemahkan semangat daerah dan berkongsi identiti yang sama, terutamanya di kawasan pedalaman seperti Xinjiang dan Tibet.

Difahamkan hampir 30 peratus penduduk negara itu atau 400 juta orang tidak boleh bertutur dalam bahasa Mandarin.

Kantonis pula merupakan bahasa utama yang digunakan oleh separuh daripada populasi bandar ketiga terbesar di China iaitu Guangzhou terutamanya di wilayah Guangdong. Kebanyakan penuturnya terdiri daripada warga emas.

Di Tanah Besar China, kebanyakan simbol yang digunakan oleh kedua-dua bahasa tersebut adalah sama, jadi dalam bentuk tulisan ia mudah difahami tetapi tidak bagi pertuturan.

"Saya menentang tindakan mereka mengubah semua perkara ke bahasa Mandarin. Ia satu tindakan yang salah untuk menyekat penggunaan bahasa," kata Huang Yankun, seorang pelajar berusia 17 tahun.

Katanya, bertutur menggunakan bahasa Kantonis di Guangdong merupakan satu adat yang harus dikekalkan.

Menurut laporan akhbar China Daily, bahasa Kantonis digunakan lebih 60 juta orang di China. Ia setanding dengan penutur bahasa Itali.

Bimbang

Namun sesetengah pihak di Guangzhou mula bimbang bahawa golongan muda dan ibu bapa akan memberi tumpuan kepada penggunaan bahasa Mandarin atas dasar akademik dan kerjaya sehingga meminggirkan bahasa Kantonis.

"Kebanyakan kanak-kanak hanya bercakap menggunakan bahasa Mandarin di sekolah. Di rumah, apabila ibu mereka bercakap menggunakan bahasa Kantonis, kanak-kanak tadi akan menjawab menggunakan bahasa Mandarin," kata Huang Xiaoyu, seorang pekerja media berusia 28 tahun.

Tambahnya, kanak-kanak pada hari ini yang boleh bertutur menggunakan bahasa Kantonis sangat sedikit. Dia juga tidak dapat membayangkan, sekiranya seorang datuk ingin bercakap dengan cucunya jika tidak menggunakan bahasa Kantonis.

Empat tahun lalu, usul serupa pernah diutarakan oleh Guangdong TV sehingga tercetusnya tunjuk perasaan bagi menggambarkan kemarahan kepada pihak berkuasa. Insiden serupa berlaku di Hong Kong yang masih menggunakan bahasa Kantonis.

Menurut Profesor Bahasa dan Kesusasteraan Cina di Universiti Pennsylvania, Victor Mair, pihak berkuasa telah mempromosikan bahasa Mandarin sejak 100 dahulu.

Katanya, walaupun tujuannya untuk menyelaraskan penggunaan bahasa di negara tersebut, namun keadaan sebaliknya di bahagian selatan apabila penduduknya masih menggunakan bahasa Kantonis, Hokkien dan dialek Shanghai.

"Situasi ini tidak hanya berlaku di China, malah di negara-negara lain seperti Quebec, Belgium dan Ireland," katanya.

Ujar Victor, bahasa Kantonis menjadi bertambah lemah sejak tertubuhnya Republik Rakyat China pada tahun 1949. Namun, jika tidak kerana Hong Kong, bahasa Kantonis akan terus terpinggir.

Tidak faham

Sementara itu, seorang wanita berusia 58 tahun yang menggunakan nama keluarga Yang dari wilayah Shandong berkata, dia tidak faham bahasa Kantonis kerana kebanyakan orang bertutur menggunakan bahasa Mandarin.

Zhang Yiyi, 72, seorang profesor Perancis dari Naning yang telah menetap di Guangzhou sejak tahun 1988 berkata, sebagai seorang profesor dia perlu bertutur menggunakan bahasa Mandarin.

"Tadika, sekolah rendah, menengah, dan tinggi serta kolej menggunakan bahasa Mandarin. Bahasa Kantonis hanya bahasa daerah," katanya.

Bahasa Kantonis mempunyai nada bunyi yang lebih baik berbanding Mandarin terutamanya kepada masyarakat Barat. Namun, seorang aktivis bahasa Kantonis dan editor, Lao Zhenyu berkata, bahasa Mandarin terlalu banyak bunyi serta nyaring.

Katanya, bahasa Kantonis mempunyai sejarah hampir 1,000 tahun manakala Mandarin hanya sekitar 100 tahun. Ia dapat diketahui apabila membaca puisi purba Kantonis.

Dia juga memaklumkan bahawa bahasa Kantonis mempunyai perbendaharaan kata yang lebih banyak berbanding bahasa Mandarin dan bunyinya juga lebih jelas, walaupun semakin dipinggirkan.

"Kantonis bukan sahaja bahasa, tetapi bagi penutur asli, ia merupakan sebahagian daripada identiti," ujar Lao. - AFP







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2014 09:37 AM | Show all posts
hokkien duduk di tengah tengah
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 09:39 AM | Show all posts
pada pendapat saya bahasa mandarin lebih manis berbanding kantonis

paling sedap dengar ialah hokkien
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2014 09:39 AM | Show all posts
mandarin gaduh dengan kantonis

hokkien tepuk tangan
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 10:03 AM | Show all posts
igtkn mandarin lg tua

lbh suka dengar bhs kantonis

filem kung fu hustle tu guna bnyk dialek bhs cina...betul tak?
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak pasal filem2 HK tu femes.  Bahasa kantonis akan terpinggir juga
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2014 11:35 AM | Show all posts
saya suka dengar mandarin...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Mandarin lebih sedap dan adalah bahasa pendidikan.

Kantonis dan Hokkien paling baik kegunaannya ialah mencarut. lol

Hokkien Penang adalah Hokkien yg paling sedap didengar berbanding dgn tempat2 lain seperti Singapura, Taiwan dan Fujian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2014 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
bahasa cina yg kebanyakan ditutur di malaysia bahasa apa eh.. rasanya bahasa cina ni sedap di dengar berbanding kantonis dan mandarin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2014 11:52 AM | Show all posts
taikor posted on 3-9-2014 11:45 AM
Mandarin lebih sedap dan adalah bahasa pendidikan.

Kantonis dan Hokkien paling baik kegunaannya i ...

hokkien ni berbeza dengan mandarin ke
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 11:54 AM | Show all posts
sy keliru mana satu bhasa mandarin,kantonis atau hokien
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 11:54 AM | Show all posts
taikor posted on 3-9-2014 11:45 AM
Mandarin lebih sedap dan adalah bahasa pendidikan.

Kantonis dan Hokkien paling baik kegunaannya i ...

bukan bahasa hokkien penang dah jadi carca marba ??hokkien campuq melayu segala...bukan hokkien taiwan yg paling pure ka??

tapi sapa2 nak belajaq bahsa hokkien kena belajaq all the badwords caci maki dlm hokkien then only boleh pass dgn flying colors
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 11:58 AM | Show all posts
cak! posted on 3-9-2014 11:54 AM
sy keliru mana satu bhasa mandarin,kantonis atau hokien

meh nak habaq...jet li pakai mandarin...jackie chan pakai kantonis & banyak drama cina kat tv2 pakai hokkien taiwan

sapa yg bahasa ibunda dia kantonis kalo cakap mandarin dengaq sgt kasar tak smooth mcm asal mandarin

you pi Ipoh most chinese pakai kantonis

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
the_killer posted on 3-9-2014 11:52 AM
hokkien ni berbeza dengan mandarin ke


lebih kurang sama. dan masih ada perbezaan dari segi perkataan dan penggunaan grammar.

contohnya Perbezaan Slang ialah Melayu Kedah kata Sungei Duo, kita pahamlah ianya Sungai Dua. tak banyak beza.

Perbezaan Perkataan macam depa, ambo... dah lain.

Perbezaan Grammar adalah susunan perkataan atau ayat berlainan.

lebih kurang macam tu lah bezanya Last edited by taikor on 3-9-2014 12:03 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2014 12:05 PM | Show all posts
taikor posted on 3-9-2014 12:02 PM
lebih kurang sama. dan masih ada perbezaan dari segi perkataan dan penggunaan grammar.

contoh ...

majoriti cina di malaysia ni ckp dialek apa? teochew pon lain kan?
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
noell posted on 3-9-2014 11:54 AM
bukan bahasa hokkien penang dah jadi carca marba ??hokkien campuq melayu segala...bukan hokkien ta ...

adelah campur sikit. bab ni boleh tanya kawan kita @herrhughie

selalunya bila dengar pompuan Penang cakap Hokkien, saya akan terangsang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2014 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
the_killer posted on 3-9-2014 12:05 PM
majoriti cina di malaysia ni ckp dialek apa? teochew pon lain kan?

teochew lebih mirip Hokkien. Begitu juga dgn Hakka.

Malaysia ni macam Hokkien paling ramai. Kantonis berkumpul kat Ipoh, Kuantan, KL
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 12:08 PM | Show all posts
taikor posted on 3-9-2014 12:05 PM
adelah campur sikit. bab ni boleh tanya kawan kita @herrhughie

selalunya bila dengar pompuan Pe ...

awat???kalo hg mai penang jenuh pancut ka??
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
malaywood.NET posted on 3-9-2014 11:48 AM
bahasa cina yg kebanyakan ditutur di malaysia bahasa apa eh.. rasanya bahasa cina ni sedap di dengar ...

Malaysia macam Hokkien paling dominan. kampung Namewee kat Muar adalah kawasan Hokkien
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
shila amzah patut blaja canto jugak. dia pegi hong kong nyanyi canto tp ckp dgn public mandarin. lol
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.120206 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list