CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anak_Nogori

[Jenayah] Soalan UPSR Bocor - 14 individu termasuk guru sudah ditahan.

[Copy link]
 Author| Post time 20-9-2014 06:28 PM | Show all posts
SABTU, 20 SEPTEMBER 2014 @ 11:56 AM
NUTP tidak akan bantu ahli yang terbabit bocorkan kertas UPSR
  

PRESIDEN NUTP, Hashim Adnan ketika mengadakan sidang media berhubung kes kebocoran kertas soalan Sains dan Bahasa Inggeris UPSR 2014 dalam sidang akhbar di Wisma NUTP di sini hari ini. Turut kelihatan Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng (kanan). - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menegaskan ia tidak akan melindungi anggotanya jika didapati terbabit membocorkan soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Presidennya Hashim Adnan berkata pihaknya memandang serius isu berkenaan kerana ia melibatkan integriti guru dalam menyediakan soalan peperiksaan awam selain menjejaskan imej profesion perguruan di mata masyarakat.

"Guru yang terlibat dalam peperiksaan awam, termasuk pegawas dan pemeriksa peperiksaan telah menandatangani surat untuk menyimpan rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi, dan seharusnya mereka mempertahankan integriti itu," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau meminta anggota masyarakat agar tidak beranggapan negatif kepada lebih 400,000 guru di seluruh negara disebabkan insiden itu kerana hanya segelintir guru yang terlibat.

Kebocoran membabitkan kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dan kertas Sains 018, 028 dan 038.

Setakat ini 14 orang telah disiasat berhubung kebocoran itu yang 12 daripada mereka merupakan guru.

Pada masa yang sama, Hashim berkata, UPSR masih lagi diperlukan sebagai penanda aras untuk menentukan tahap pencapaian murid sekolah rendah, bagi membantu mereka menempatkan diri semasa menginjak ke sekolah menengah.

Beliau berkata, ia hanya perlu ditambah baik untuk mengelak insiden kebocoran daripada berulang dan tindakan kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Bebas Mengkaji Pengurusan Peperiksaan Awam merupakan langkah awal ke arah itu.

Beliau berterima kasih kepada kementerian kerana melantik Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng untuk menganggotai jawatankuasa tersebut yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi.

"NUTP juga bersedia dan berharap agar dapat dilantik sebagai konsultan kepada Kementerian Pendidikan secara percuma dalam isu berkaitan pendidikan negara," katanya.

Hashim berkata, NUTP merupakan pilihan terbaik kepada kementerian dalam memperbaiki sistem pendidikan memandangkan ada antara anggota kesatuan mempunyai pengalaman lebih 35 tahun dalam bidang pendidikan.

Sementara itu, Lok berkata, pihaknya mendapati keghairahan guru termasuk di pusat tuisyen yang mahu memastikan pelajar mendapat 'A' sebagai penyebab berlakunya insiden soalan bocor. - BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-9-2014 11:03 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak_Nogori posted on 21-9-2014 11:03 AM

Uncle AN..
Dari langkah 1dah salah....sepatutnya jangan panggil guru untuk buat soalan...sepatutnya lembaga peperiksaan menyediakan soalan mengikut curriculum spec dan Huraian Sukatan... suruh guru buat soalan merupakan root problem kepada isu ini...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak sbr nk tgk muke2 org seleweng ni.. Pasti kan dibuang keje tros..nyusahkan org je
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Ye la nk jimat.. Cikgu disuruh buat soklan..cikgu jaga pekse..cikgu semak kertas... Suruh la org lain ke.. Nk save budget je kot.

Ada kwn cikgu ni.. Salu gi lembaga peperiksaan buat soalan kot... Pastu balik dgn berlagak ckp da tau soklan Mana kuar..sebijik ITU Ini katenyer... So dr situ Takde integriti Last edited by poison_paradise on 21-9-2014 11:30 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2014 11:19 AM | Show all posts
~anya~ posted on 21-9-2014 11:11 AM
Uncle AN..
Dari langkah 1dah salah....sepatutnya jangan panggil guru untuk buat soalan...sepatutn ...

Mmmmmmmmmmm..ok jugak anya.

Tapi..bagi uncle..tak kisah siapa pun yg menyediakan kertas soalan tu..krn ni semua terpulang pada sikap...kalau lantik org lain..sikapnya tidak bertanggungjawap..bocor jugak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2014 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak_Nogori posted on 21-9-2014 11:19 AM
Mmmmmmmmmmm..ok jugak anya.

Tapi..bagi uncle..tak kisah siapa pun yg menyediakan kertas soalan  ...

Sokong  100 percen... nnt klu bukan guru buat soaln.. merepek2 lak soaln... buat soaln bkn mudah.. alangkh ckg bm nk buat soaln sains ikut spek sains pon x reti... bila lantik pensyarah2.. lagi la soaln terlalu sukar.. x ikut tahap murid... guru jer tahu tahap murid...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 12:49 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 19-9-2014 08:17 PM
hai , are  you a teacher?

Luahan cikgu Hadi ni ...hehehe bukan saya tergelak tapi ada asasnya d ...

i belum jadi cikgu lagi....
aritu my son Form 2 nak buat homework math...
satu mende x faham...aku kena ulangkaji buku text utk memahami...
pas tu aku ajar dia buat hwork...
msk class cikgu discuss jwpn...
dia still pening dgn kaedah cikgu...
dia kata my method lagi easy to understand....
i've to thank my former math teacher dulu2 yg btol2 berdedikasi mengajar...
i really cant digest camner my son tak boleh jwb even 1 soalan pun....
cikgu..cikgu apa je yg mrk buat di sekolah...
ajar shj ke...faham x faham belakang kira



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2014 12:52 PM | Show all posts
Nak buat mcm mana...benda dah jadi...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
monreyes posted on 22-9-2014 12:49 PM
i belum jadi cikgu lagi....
aritu my son Form 2 nak buat homework math...
satu mende x faham...a ...

Aku dulu mcm tu jgk. Cikgu ajar la cemane pn mmg x phm. Bila buat hmwork aku mst akan study dgn kwn yg pndai. Aku ni lmbt pikap. Tp bile dh besar tgk soklan subjek sek men sng sgt rupanya.
Jd pndgn aku jgn la blame kt cikgu shj. Ms yg diberikan pn hnya 45 minit sekali sbjk.
Mgkn student pn dh lost or lth sb mgkn sbjek math tu waktu tghri. Lth sb byk sgt bljr dlm sehari...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
~anya~ posted on 21-9-2014 11:11 AM
Uncle AN..
Dari langkah 1dah salah....sepatutnya jangan panggil guru untuk buat soalan...sepatutn ...

Cikgu boleh buat soalan tp LP yg kna pilih soalan mane utk dimasukkan dlm pepwriksaan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke nk anak dpt upsr bgus spy snang dpt masuk asrama? Bile anak dh di asrma ringan sikit beban mak pak. Ringan dr segi nk amik anta. Ringn dr segi nk risau keselamtn anak...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
emma.giggs posted on 22-9-2014 01:36 PM
Bukan ke nk anak dpt upsr bgus spy snang dpt masuk asrama? Bile anak dh di asrma ringan sikit beban  ...

Risau dari segi nak risau keselamatan... pastu.. bila blaku apa2 pada anak... asik salahkn ckg
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
emma.giggs posted on 22-9-2014 01:03 PM
Aku dulu mcm tu jgk. Cikgu ajar la cemane pn mmg x phm. Bila buat hmwork aku mst akan study dgn kw ...

Yer b7etul.. gangguan2 di kelas lagi.. klu ckg gara g.. budak takut nk tanya.. bila ckg lembut.. budak bising sampai ganggu murid lain yg nk blajar... org biasa nk jaga anak 2 3 org pon jenuh.. lagi la 23 org... malah lebih...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
cubby_qt posted on 22-9-2014 01:46 PM
Risau dari segi nak risau keselamatan... pastu.. bila blaku apa2 pada anak... asik salahkn ckg

Sb bila kt asrma mak pak ltk 100 peratus tanggungjwb pd cikgu@warden.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 01:54 PM | Show all posts
meh bagi ak wat soalan. ak bkn cikgu, nnti ak g pustaka rakyat beli buku soalan2 tahun lepas2, pastu select je soalan mane2. tukar nama je, cth tahun 2012, Ali membeli epal berharga rm1.20 sebanyak 4 biji, pastu soalan tukar Abu membeli durian berharga rm2.00
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2014 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
sambaldurian posted on 22-9-2014 01:54 PM
meh bagi ak wat soalan. ak bkn cikgu, nnti ak g pustaka rakyat beli buku soalan2 tahun lepas2, pastu ...

Buku2 kat kdai tu ckg gak yg bina tau.... heeee...

jgn lupa bgtau buku penerbitnya saper.. spy anak murid qt 100 percen A
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 04:34 PM | Show all posts
cubby_qt posted on 22-9-2014 01:46 PM
Risau dari segi nak risau keselamatan... pastu.. bila blaku apa2 pada anak... asik salahkn ckg

aku lagi risau anak xde depan mata...

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak_Nogori posted on 21-9-2014 11:19 AM
Mmmmmmmmmmm..ok jugak anya.

Tapi..bagi uncle..tak kisah siapa pun yg menyediakan kertas soalan  ...

Sedeylah uncle...frust...
Apa2 pon cikgu jugak yang salah... padahal bukan cikgu saje yang terlibat nak buat soalan nih... siapa yang buat pemadanan item?... siapa yang taip?... sapa yang bungkus? Kemudian menanda juga cikgu... LP sudah banyak mudah tugas mereka... bila jadi apa2 tuding saje jari kat cikgu2 nih yang buat soalan dan tanda skrip jawapan...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
emma.giggs posted on 22-9-2014 01:06 PM
Cikgu boleh buat soalan tp LP yg kna pilih soalan mane utk dimasukkan dlm pepwriksaan.

Yer... that is exactly my point...tak alih2 cikgu juga having to bear the brunt...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.110781 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list