Kuala Lumpur : Penyanyi yang popular menerusi lagu Lelaki Seperti Aku, Alif Satar, 24, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Sha Dila Halid, 29, di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada jam 11.40 pagi tadi.
Alif, 24, yang juga pengacara, menyerahkan wang hantaran sebanyak RM19,000 serta lima dulanh hantaran dan dibalas dengan tujuh dulang hantaran dari pihak perempuan.
Majlis akad nikah disempurnakan oleh bapa Sha Dila iaitu Halid Mohamad dengan mas kahwin sebanyak RM80.
Majlis yang diadakan secara tertutup itu hanya dihadiri oleh keluarga kedua-dua pengantin dan rakan artis.
Sementara itu, majlis persandingan kedua-dua belah keluarga akan diadakan pada 20 September ini di Putrajaya.
Alif Satar dan Sha Dila mengikat pertunangan Januari lalu.
kalau da ada thread ni, mohon Mod katup je lah. TQ...@teky Last edited by tapibukanaku on 15-9-2014 03:30 PM
|