CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fahmein

wartawan melayu dihencap shilalat

[Copy link]
Post time 18-9-2014 11:57 AM | Show all posts
tumpang lalu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2014 12:55 PM | Show all posts
Kesian shila... Lepas ni ustaz ni buat huraian tentang lelaki lembut n perempuan abg2 yg kebykkannya dlm dunia wartawan....utk shila rezeki dr Allah bkn dr adik2 wartawan tu ye....depa nak besarkan isu penaja tu adalah loser sangat!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 01:19 PM | Show all posts
shila dah salah langkah.
nak penuhkan profile dgn concert punya psl..dah tak kesah siapa nak taja.
CTDK dulu memilih bab ni. event kat pub n HR pun dia x nak.

shila ni dh 2,3 kali gak camni..kecoh2..last2 menda tu berbalik kpd dia semula.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2014 02:07 PM | Show all posts
iolss tgk poster, xde pun penaja magnum

ke wartwan ni serkap jarang je
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 02:07 PM | Show all posts
so shila ni dah bersuara ker???atau terus diam..

fanclub ada bersuara tak bekap retis dia nya konsert di taja sepenuhnya oleh magnum tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 03:31 PM | Show all posts


rasanya ramai d sana x tau mcm mana wartawan menjalankan tugas...tugas wartawan pula ada category dia.. Sukan, Politik, Ekonomi tapi yg selalu menjadi kegemaran ramai rakyat adalah Hiburan..dan hiburan pula ada lagi cabangnya...ada yg khas tulis psl gosip artis...gosip VIP atau pun wartawan yg kena hadir utk buat liputan konsert dan buat liputan or tulis gosip ni pula bukan org yg sama..dia ler tulis gosip dlm bahasa english atau chinese atau malay...semua sudah dikhaskan dgn tugasan masing2...

dan media pula terbahagi dua juga...satu print media dan satu lagi online media...

print media tu pula mcm newspaper yg ko org tengok hari2 tu dan majalah yg diterbitkan sekali or 2 kali sebulan...

newspaper pula terbahagi lagi kepada 2 part..news yg diprint keeskan hari dan juga sisipan khas mingguan...

kbel yg dah ada pengalaman sebagai online media bagi pihak CARI sbb kbel selalu cover concert khas utk Kpop sahaja..dan terkadang ada masa nyer organiser ..minta tlg nak upkan or nak publishkan psl event diorg...kita akan buat...

Mengejar gosip dan menghadiri konsert adalah sgt berlainan caranya...

Gosip...dgn teknologi yg sgt canggih skrg ni...x payah jumpa empunya badan pun kita dah bole tulis gosip...x yah guna media...mmg akan ada gosip merata2..dan bila nak kesahihan cerita pula kekdgn wartawan gosip skrg x yah jumpa artis cukup sekadar berkomunikasi interview melalui phone or skype ke dah bole jalan...dan klu nak sekali gambar terkini baru kena 'one to one' interview... ko org tgk wartawan gosip yg terjah2 tu..kita selalu panggil paparazzi..dan bila terjah2 mcm ni kekdg ada wartawan yg mcm dia bagus sgt akan timbul...mcm kes Wawa dgn suami dia tu..(wartawan mcm ni..wartawan lain pun mmg x suka campur..tapi demi tugasan kena ler jlnkan jugakan...) Wartawan Gosip juga bila ko nak terjah..terjah aje ler.. mmg ler x yah nak pakai email or card jemputan segala...


Event seperti Press Comference dan Konsert.

benda dua ni...biasanya diuruskan oleh pengajur..dan ni adalah formal event...biasanya juga bila pengajur nak anjurkan konsert mesti ler panggil mediakan..klu x panggil mcm mana nak uar2kan dan kabarkan kat fans psl konsert tu..dan disini..pengajur dah ada contact media dah panggil utk PC secara automatik akan diserapkan kepada konsert terus..dan utk menghadir konsert pula media pass adalah bergantug kepada capacity ruang media yg dikhaskan utk concert coverage..kekdg diorg akan bagi 2 or satu saja..dan bila bagi 2 pass tu secara automatik satu pass utk photographer dan satu pass lagi utk wartawan buat review..klu satu pass pula..pengajur cuma nak media duduk..tgk dan tulis review..x dibenarkan ambil gambar dan official photo akan diemail lewat tghmlm atau keeskan harinya.

Oleh itu nak menghadiri PC or concert bukan nak main terjah je..kena tunggu official media invite baru pegi...seperti yg kbel ckp. ruang media ada dikhaskan utk media bergantung kepada media yg penganjur sediakan...media x boleh main terjah je...nama x de dlm list x leh nak masuk...

siapa kata malay media x bagi sokongan kat Shila..? masa announce Shila nak buat concert kat Malaysia ramai je malay print dan online media dijemput. Masa announce tu semua sgt happy dan teruja sbb bangga artis melayu mcm Shila tu membanggakan Melayu sbb bole pecah tradisi dan membuka mata kaum lain terutama chinese...cuba ckp siapa yg x bangga...kbel pun sgt bangga sekali...bila para malay media dpt jemputan semuanya pegi hadir dgn gembira..tapi akhirnya terkejut sedih sbb semasa PC tu media malay tidak dibenarkan duduk bercampur dgn chinese media malah ditempatkan jauh dibelakang...keutamaan diberikan sepanjang PC tu kepd chinese media saja..apakah ini tidak menyedihkan...nasib baik kbel x pegi PC tu sbb kwn media yg lain dpt jemputan pun secara mengejut..tu pun diorg semua rush pegi ke venue...klu kbel pegi..mesti akan ikut sedih juga...menurut kwn media nak nak interview 'one to one' pun pengajur x bagi dgn alasan Shila sgt sibuk..x de masa nak entertain malay media. Walaupun dilayan sebegitu tetap juga malay media keluarkan artikel bagus2 dan x ckp apa pun berkenaan dgn layanan yg diterima..

Konsert pula..seperti yg kbel ckp..bila dah pernah pegi PC secara automatik nama akan ada juga utk masa concert tapi sampai dah nak dekat concert malay media masih lagi x dpt media invite...bila call tanya organiser diorg kata sorry limited seat sbb tu x leh nak jemput dan juga dgn alasan sbb tu ler yg pernah diberitahu oleh Kosmo sbb x sesuai diorg nak jemput malay media sbb isu siapa sponsor tu ler..tapi hellooo..masa PC x de ler pula kata psl isu siapa sponsor tu diperkatakan...? walaupun rata2 media tau klu dah organiser ni pengajurnya dah sah2 tau siapa sponsor dia..tapi demi nak bagi sokongan kat Shila diorg tetap juga pegi...

Bila diberitahu x de media pass disediakan utk malay media..media nak buat mcm mana lagi.  X kena jemput oke la buat ler kerja lain...tapi respect apa yg dilakukan oleh KosMo dan BH bahagian hiburan..diorg beranikan diri juga pegi..sbb walauapapun mereka nak juga buat coverage sbagai sokongan utk Shila...tu pun dah sampai kena marah...akhirnya pengajur bagi ticket biasa..tapi diorg x kisah duduk mana pun...Media invite utk concert diorg khaskan dan dahulukan chinese media terutama dari chinese media yg diterbang dan sponsor khas dari mainland China.

Disini nampak x ketidakadilan..?? malay media dari awal dianaktirikan...dan dipinggirkan...apatah lagi mengikut pengalaman kbel selama mereka organise Korean concert...mmg malay media diorg x akan invite bila time concert or showcase...klu invite cuma 1 or 2 malay media tu pun print media...secara tidak langsung kita org sebenarnya salahkan pengajur yg satu ni...dan nak persalahkan management Shila..communication breakdown betul antara dua ni rasanya...xkan management Shila x check media list yg akan dtg cover concert dia..? Klu nampak x de nama malay media..dia x tanya ke..? dia x hairan ke...? napa x ada dlm list..? Pengajur akan tunjukkan media list siapa yg dtg utk pengetahuan Shila utk final approval..

Nak keluar kan artikel pula...Sepatutnya Shila patut ler tunggu dan bersabar media keluarkan artikel.. mmg ada yg keluarkan mlm ni concert esk tghari dah keluar artikel..tapi ada juga yg 2 3 hari baru publish dan ada juga seminggu kemudian baru keluar utk keluaran khas...dah hanya 2 malay media yg dtg tu pun media ni sebenarnya x de dlm media list...apa yg ko harapkan..? Kenyataan Shila tu benar2 buat malay media sgt sedih apa tah lagi bagi malay media yg dah menyokong kerjaya dia dari dia remaja sampai ler skrg.. Ko org pikir satu saja...klu bukan psl gosip...adakah ko org tau apa perkembangan yg terjadi pada artis...? jadi kekdg gosip tu mmg sgt perlu dlm dunia artis yg nak glamer...tanpa gosip siapa artis...

artikel salah seorg rakan media kbel :
Apa Masalah Shila Amzah Ni...?

Banyak orang sedia tahu bahawa dia bagus sebagai seorang penyanyi. Dalam usia muda dia sudah mampu 'menakluk' negara tembok besar Cina. Saat dari dia bergelar juara Asian Wave 2012, bermula dari situ anak kepada penyanyi popular 80-an, ND Lala ini semakin laju mencipta nama, dikelilingi ribuan peminat dalam dan luar negara sekali gus terkenal namanya di serata Asia Tenggara. Shila Amzah, siapa yang tidak kenal bukan?

Tapi... barangkali ada yang lupa, sebelum gadis berusia 24 tahun ini berjaya berdiri gah di puncak seperti hari ini, para media tempatan (media berbahasa Melayu) seringkali memberikan penyanyi ini ruang dan kesempatan untuk dia membuktikan bakatnya menerusi publisiti yang tidak putus-putus malah sokongan yang tidak berbelah bagi diberikannya.

Dan selama ini pun rasanya media berbahasa Melayu tidak punya masalah dengan penyanyi ini. Tapi entah kenapa, entri terbaru di akaun instagram miliknya memperlihatkan Shila seperti memprovok atau dalam kata lain dia seperti mahu menyampaikan rasa tidak puas hatinya terhadap media berbahasa Melayu.

Pada enteri tersebut Shila memuat naik gambar keratan media yang memberi liputan konsert sulungnya di Malaysia yang berlangsung pada hujung minggu lalu, kapsyen gambar tersebut seperti membanding-bandingkan media bebahasa Melayu dengan media berbahasa Cina.

..

Persoalannya, mengapa perlu Shila atau pihaknya menempelak media berbahasa Melayu begitu rupa? Kenapa dia tiba-tiba membanding-bandingkan media berbahasa Melayu dan Chinese Media? Adakah dia sudah lupa yang selama ini media berbahasa Melayu sentiasa menyokong kariernya semenjak zaman dia bergelar Shila Tekno lagi?

Kalau fasal kisah peribadi, kontroversi yang terpalit dan gosip-gosip yang timbul, itu perkara biasa. Lumrah untuk seorang artis. Lagipun kisah-kisah peribadinya itu timbul berpunca dari dirinya juga. Kalau tuan punya badan sendiri yang tak buka pekung dulu, tak meroyan di laman sosial, maka tak timbulah cerita-cerita sebegitu.

Mungkin kami ini bukan media utama, namun ternyata banyak media lain yang lebih dulu membantu melonjakkan nama penyanyi ini sangat terkesan dengan kenyataan yang diberikannya itu.

Ingin dijelaskan disini, untuk makluman pihak Shila dan juga para pembaca di luar sana, bukan media berbahasa Melayu tidak mahu membuat liputan tentang konsertnya yang diberi nama Shila Amzah Love Live In Malaysia pada Sabtu lalu itu, tetapi kebanyakan kami tidak menerima undangan untuk membuat liputan. Bagaimana mahu memberi liputan mengenai konsert itu jika tidak dijemput? Jika kami main datang sahaja, takut-takut nanti ada masalah pula yang timbul.

Mungkin... terdapat sedikit masalah atau salah faham yang terjadi antara pihak penganjur dan pihak pengurusan Shila. Kemungkinan pihak yang sepatutnya menghantar jemputan tidak melayangkan jemputan kepada wakil media berbahasa Melayu. Tetapi hal ini tidak patut berlaku melihatkan kepada pengalaman Shila yang lebih sedekad dalam dunia seni. Shila dan pihak pengurusannya sendiri harus tahu selok-belok dunia seni.

Tetapi apa yang menghairankan, ketika sidang media konsertnya yang berlangsung pada April lalu, ada pula jemputan yang dilayangkan kepada wakil media berbahasa Melayu. Wakil-wakil media berbahasa Melayu datang dan memberi liputan, walaupun diletakkan jauh di belakang wakil-wakil media berbahasa Cina. Malah pada awalnya kami tidak dibenarkan untuk menemuramah Shila secara ‘one on one’ kerana kesuntukan masa.

Bila tiada undangan untuk konsert, kami berpendapat, tak mengapalah kalau Shila atau pihaknya tidak menjemput media berbahasa Melayu untuk membuat liputan. Malah kami dan para media berbahasa Melayu lain mengambil pendekatan untuk berdiam saja. Nak buat macam mana kan... dah orang tak jemput. Lagipun kami pun tak mahu nanti dikata terhegeh-hegeh pula.

Tapi entah kenapa penyanyi kebanggaan ramai ini bertindak sedemikian rupa di laman Instagramnya? Apa masalah Shila sebenarnya?



notakaki...: bismillah...amin...baik...skrg kbel bersedia menerima kritikan dari pihak fanclub shila skrg... semua yg kbel tulis adalah dari pengalaman..klu ada forumer rakan media dlm ni..sila tambah dan tegur kesilapan klu ada dlm posting peribadi kbel ni...

apa pun diharap pengajur utama tampil membuat kenyataan...kita tunggu dan lihat...lepas tu bila dia tampil buat kenyataan siapa media yg dia akan panggil..??? klu sekadar nak buat kenyataan dpn press chinese sampai kesudah kita x tau apa pengakhiran isu ni...

Dan Shila pula...anda rasa dipihak benar ke...atau salah ke...harap minta maaf ler pada malay media..dah minta maaf dah tutup cerita dan jgn buat posting mcm tu lagi...media tu jahat ke baik ke..media juga akan membantu kerjaya anda...awak nak other ppl respect awak tapi awak kena ler respect org lain dulu...jgn nak memperlakehkan bangsa sendiri dan mengagungkan bangsa lain...hidup dan mati awak bangsa sendiri yg akan dtg membantu...

kbel minta maaf kepada chinese or others..bukan berniat buruk nak ckp mcm tu ye...nooo...khas utk Shila saja yg asyik apa2 komen yg x bagus mesti kata melayu yg paling buruk...   

TAMAT...THE END......
  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2014 03:40 PM | Show all posts
SHILA TEKNO
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ferr_Remy posted on 18-9-2014 03:40 PM
SHILA TEKNO

Tu zaman hingus x glamor.. 100 kali tuka nama menah neh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2014 04:00 PM | Show all posts
skymania posted on 18-9-2014 03:53 PM
Tu zaman hingus x glamor.. 100 kali tuka nama menah neh...

tp siyes kelakar name SHILA TEKNO tu kekdahnyer time lagu2 tekno baru nak up kat malaysia time tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 05:55 PM | Show all posts
wow;

perlu ke sembah ratu pada wartawan. buat le keje cover berita. dianak tirikan ke disepak ke tugas wartawan utk cover. tgk le paparazzi tu. dapat ke layanan sekelas diva. kene terajang je. wartawan kini bajet retis diva dan kuku besi. huh. kejayaan artis pyh dikongsi. selagi boleh nk jatuhkan artis je. mane lah retis tu pilih jalan kontroversi. sbbnye wartawan berfikiran pprt ini. ada kontroversi baru cover.

sbb tu artis kita pyh maju ke depan. wartawan da jadi batu penghalang. pastu siap tabur pasir kat periuk deme.

tanak pakai baju seksi dikate diva
da pakai baju seksi dihencap ummah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 06:31 PM | Show all posts
i nk tnye kt shilalat ker shilatot ke... sesape la..
dulu mase awal2 gigih shila ckp nk kuruskn bdn, coz management kt china suruhhh...
la nie.. very size mekti dh.. HOW-
dh sendu ker career sheols di sane---

mummy cannot~
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
isabel posted on 18-9-2014 03:31 PM
rasanya ramai d sana x tau mcm mana wartawan menjalankan tugas...tugas wartawan pula ada categor ...


Penjelasan yang sgt detail dan rasional...event is event..terjah is terjah..satu informal satu formal..

Rasanya pihak management shila kene comes clean supaya shila fan club tahu cerita benar di sebalik jemputan ke konsert shila ni..pihak media dah jelaskan..tp pihak shila masih lg berdiam diri

Dan kejayaan kat china tu bukan lesen utk shila nak media melayu merafak sembah kat dia

Kita selalu je hencap wartawan..ala2 nikmat gitu dpt menghencap wartawan perasan diva mcm zubir intip tu..tp bila pihak lg satu mmg salah..kita xdelah nk kutuk pihak press...



Harap shila jelaskan dan keluarkan bukti dipihak dia plk..setakat guest book yg bh n hm sign tu tak membuktikan press lain pun turut dijemput...

Last edited by siputsedut on 18-9-2014 06:33 PM

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 07:20 PM | Show all posts
isabel posted on 18-9-2014 03:31 PM
rasanya ramai d sana x tau mcm mana wartawan menjalankan tugas...tugas wartawan pula ada categor ...

terbaik.. ini baru profesional..

ha jawablaa shilalatekno.. masa nak hencap reporter main repost jer..




Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Jawab la shilalat...

Janganlah sombong.. Jaga bahasa n pertuturan..bab ni me puji tok ti..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 09:31 PM | Show all posts
baik minta maaf jek shila..
buang masa jek gaduh ngan media

jgn terlalu diikut ego tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 10:14 PM | Show all posts
tepisket.. posted on 16-9-2014 01:04 AM
Shila bkn nye x buat promo tour. Pandai2la nak scoop. Kalau x dpt duk kat seat media, seat biasa x b ...

Mn boleh dok seat biasa, yang oii. Tak wartawan la kalo duduk seat biasa saja. Hilang prestij kewartawanan agaknya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2014 10:32 PM | Show all posts
mcm ni la...meols rasa elok Shila Amzah ni hijrah je la duduk China sana, concentret market sana jah...bukan market melayu x mau, tp rasanya media melayu suka kondem jah... klu nk lepas gian nyanyi lagu melayu, dlm album selit la 1,2 lagu melayu...tu pun kalau radio melayu nk pasang la...tp jgn risau, x kluar radio xpe, jangan diblock kt youtube sudah...and ND lala pls ambik smartphone si shila ni simpan...makin dia berIG makin berbimbo menjadik2
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 11:28 PM | Show all posts
rosevelvet posted on 16-9-2014 09:50 PM
Betul. Tokti tu lg teruk org kutuk dari fesyen baju, perampas n mandul. Tu x kira lg ramai yg jaki ...

I respect siti pasal ni, dia jaga hubungan dia dgn wartawan yg mn everytime dia kena kondem ke hape takde pulak dia nk meroyan balas blk bertikam lidah dgn reporter or haters dia. Dia wat lek wat cool aje. Itulah rahsia kejayaan siti. See, smpai skrg walopun dia dh mcm agak sendu tp dia tetap penyanyi nombor satu Malaysia setakat ni.

* iols semestinya bkn karat siti. Harap mklum.
Last edited by kakakmanis on 18-9-2014 11:29 PM

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 11:40 PM | Show all posts
OSEMMM posted on 17-9-2014 12:50 PM
SHILA AMZAH DITAJA SYARIKAT JUDI PUNCA TAK DILAYAN

Saat ini anda mesti tahu akan kisah peminat Sh ...

Sheila and karatz beliau tanak komen psl artikel ini kah? Tak rs nk hencap kaw2 kah?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 11:58 PM | Show all posts
kakakmanis posted on 18-9-2014 11:28 PM
I respect siti pasal ni, dia jaga hubungan dia dgn wartawan yg mn everytime dia kena kondem ke hap ...

apa pula pendapat chuols tentang samihah omar?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.086617 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list