CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fahmein

wartawan melayu dihencap shilalat

[Copy link]
Post time 18-9-2014 11:40 PM | Show all posts
OSEMMM posted on 17-9-2014 12:50 PM
SHILA AMZAH DITAJA SYARIKAT JUDI PUNCA TAK DILAYAN

Saat ini anda mesti tahu akan kisah peminat Sh ...

Sheila and karatz beliau tanak komen psl artikel ini kah? Tak rs nk hencap kaw2 kah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2014 11:58 PM | Show all posts
kakakmanis posted on 18-9-2014 11:28 PM
I respect siti pasal ni, dia jaga hubungan dia dgn wartawan yg mn everytime dia kena kondem ke hap ...

apa pula pendapat chuols tentang samihah omar?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 01:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau pasal shila je tak lain kes dgn media sosial.
Baik takda akaun media sosial je.
Takla terkeluar kontroversi hasil dari jari sendiri.
Bertambah eksklusif kalau tak kerap guna pun.
Mohon shilalat serik.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 11:54 AM | Show all posts
isabel posted on 18-9-2014 03:31 PM
rasanya ramai d sana x tau mcm mana wartawan menjalankan tugas...tugas wartawan pula ada categor ...

penjelasan yang sangat rasional.
Wartawan media cetak selalunya rasional dalam cari berita sebab terikat dgn etika.
Tapi kadang2 yang buat org meluat sbb blogger tak bertauliah and MELODI or Galaksi yang tunjuk cara dorg cari berita yang takde etika tu. Main terjah dan tanya soalan mcm bagus. Jadi sbb nila setitik ni la habis susu sebelanga.

Dan pasal kata media mengada2 nak artis ni sembah ratu, rasanya bukan macam tu kot. Cuba korg bayangkan, selama ni korg lah yang tolong someone dari dia susah sampai senang. Tapi bila dah senang, terus lupa semua jasa kita buat sebelum ni. Mestilah kecik hati. Ala2 kacang lupa kulit. Tu apa yang aku fikir lah dlm hal ni.




Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 12:05 PM | Show all posts
isabel posted on 18-9-2014 03:31 PM
rasanya ramai d sana x tau mcm mana wartawan menjalankan tugas...tugas wartawan pula ada categor ...

best baca..

biasa mmg ramai orang yg mudah lupa diri ni kan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 01:38 PM | Show all posts
baru berjaya kat china dah poyo..china je kot.pprt sangat shilaamzah ni.
lain la macam yuna yg urban tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2014 05:54 PM | Show all posts
bila poyo bertemu PPRT....


rupanya wartawan kena ada jemputan baru datang ya.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2014 02:35 PM | Show all posts
kita tunggu rabu
Last edited by fahmein on 20-9-2014 02:44 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2014 06:10 PM | Show all posts
masa nak hencap melayu tak ingat lak tarik benang dalam tepung.masa Me-Layu kan orang tak retilak jaga sensitiviti orang melayu.Nd lala ni dia je yg betul.menangkan anak dan tak nak ngaku kalah.bosan.sibuk sibuk panggil wartawan mintak penjelasan.masa anak kau tulis taklah sibuk menjelaskan nape anak nya menulis cam orang pendek akal.cukup lahnd.lala.n shila.you dont need ME-Layu.just fokus kat china lebih baik.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Wartawan2 nk pegi ke tak....ke nk boikot?
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 02:12 PM | Show all posts
Klu event besar2 cam gini, memangla wartawan kena dijemput, coz slalunya ada press conference b4 or after concert dan leh la wartawan & jurugamba amik gambar2 close up cantik2 utk paper tu. kang main terjah, x pasal kena plak ngan pihak management shila, skrg ni semua nak tuntut "hak2 exclusive".

dulu aku gi concert abg nuar zain,mmg tertunggu2 gak liputan media the next day, tp nan ado. Online byk la. Tunggu hari Selasa baru keluar gambar2 dan ulasan media. Wiken tu baru dapat full story.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 02:40 PM | Show all posts
wartawan Malaysia lebih kurang 2 kali 5 bodos dengan Shila
nasib baik Zubir dah tak aktif
kalau tak sibuklah dia mencerca shila ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntah2 takde wartawan yg datang nanti...semua pakat boikot..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 09:40 AM | Show all posts

Memang Kelasss


Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 10:00 AM | Show all posts
forumer jangan jadi bimbo boleh x. kalau dh salah artis tu mngaku je la. wartawan ni mmg selalunya perangai hazab bila menulis tapi dlm kes shila ni sah2 la shila tu tolol. dh x jemput bt apa  nk hemoh muka pergi. tahap shila je pon bukan superstar sampai perlu sondol. dh org xhadap kita
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 10:05 AM | Show all posts

Orang Yang Komen Kat Atas Ni

Udah la lahir muke burok takde bakat walau ape satu pon.  Dengki pulak kat orang yang dikurniakn bakat macam Shila ni.  Mengutok orang je la yang mampoo...

Kecik2 tak nak mampos, bila besar menyemak kat online forum.  

Last edited by tumpanglalu74 on 22-9-2014 10:07 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2014 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Media melayu agak lambat menyiarkan laporan mengenai konsert artis, awards dsb berbanding media hollywood yg menyiarkan siapa cepat dia dapat.

kalau lambat berita tu dah basi at least ada satu dua info yg boleh menghangatkan lagi berita yg dah basi tu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Media melayu agak lambat menyiarkan laporan mengenai konsert artis, awards dsb berbanding media hollywood yg menyiarkan siapa cepat dia dapat.

kalau lambat berita tu dah basi at least ada satu dua info yg boleh menghangatkan lagi berita yg dah basi tu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 11:35 AM | Show all posts
Karpet merah: Nasihat ikhlas buat Shila Amzah

Kelmarin saya menerima panggilan peribadi daripada Datuk Hattan, Pengetua Akademi Fantasia 2014 (AF2014). Bukan meminta saya menulis apa-apa cerita mengenai dirinya, sebaliknya menjemput saya menjadi tetamu untuk program Diari AF2014 bagi ming­gu ini, lebih tepat lagi pada 24 September.

Sayang 1,000 kali sayang saya katakan kepada Hattan saya tidak dapat memenuhi undangan bertemu anak-anak didiknya dalam akademi itu kerana pada hari sama, lebih dulu diundang Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) untuk menjadi ahli panel bagi sesi apresiasi The Journey di Pawagam Mini P Ramlee.

aya sangat terharu kerana Hattan menghubungi saya sendiri walhal tugas itu boleh dibuat oleh pegawai perhubungan awam (PRO) Astro mahupun kru penerbitan AF2014. Ini menunjukkan betapa artis besar seperti Hattan tahu apa itu erti ‘courtesy’, menjaga hubungan silaturrahim sesama manusia dan berbaik sangka.

Sebenarnya, bukan saja Hattan, malah ramai lagi artis senior serta beberapa kerat artis angkatan baru yang bersikap seperti Hattan. Saya masih ingat ketika mula-mula melangkah ke dunia kewartawanan hiburan pada awal 1990-an, artis besar pertama sekali yang menghubungi saya untuk mengucapkan terima kasih apabila saya menulis reviu mengenai albumnya adalah Allahyarham Datuk Sharifah Aini. Ketika itu saya belum mengenali beliau dan alangkah terkejutnya saya apabila diva yang sangat kita hormati itu menelefon saya untuk mengucapkan terima kasih atas penulisan yang sekelumit itu. Semua ini ada saya ceritakan dalam rakaman Majalah 3 yang dibuat khas baru-baru ini namun sayangnya ia tidak disiarkan akibat kekangan durasi tayangan.

Sejak itu saya makin menghormati Kak Pah kerana tersentuh dengan sikapnya yang ikhlas dan berbudi bahasa. Bukan saja Hattan dan Kak Pah, antara artis lain yang bersikap demikian dengan saya adalah Datuk Yusof Haslam, Datuk DJ Dave, Uji Rashid, Puan Sri Tiara Jacquelina, Anita Sarawak, Mamat Khalid, Raja Azmi Raja Sulaiman, Wendy Wong, Jesse Lim, Ajai, Fauziah Latiff, Erra Fazira, Nurul Depp, Norman KRU, Eja dan Datin Zaiton Muhd Jiwa manakala artis baru pula termasuklah Fazli Zainal, Fizo Omar, Datin Alyah Abu Hasan, Tasha Shilla, Fathia, Amran Ismail dan Encik Mimpi.

Wartawan tak kemaruk pujian

Bukan menyuruh artis kita itu menghantarkan cincin zamrud atau jambangan bunga termahal, namun ucapan terima kasih sama ada melalui perbualan, kad hari raya, SMS atau pada zaman ini, WhatsApp dan segala macam laman sosial sudah cukup membuatkan hati seseorang penulis itu berbunga. Kami bukan kemaruk pujian melambung, pujian plastik atau masuk bakul namun kalau tidak berupaya berkata apa-apa pun, usahlah dengan membabi buta men­coretkan kata-kata berbaur penghinaan dan tuduhan jengkel yang tidak berasas kepada pihak media.

Ini yang saya lihat berlaku kepada artis yang baru melihat dunia luar bernama Shila Amzah.

Seingat saya Shila ini sejak zaman tekno lagi diusung ayahnya, ND Lala ke pejabat akhbar termasuk Harian Metro untuk mendapatkan pendedahan. Ketika itu saya lihat dia sangat comel, ‘masih berhingus lagi’ dan belum terkena tempias kontroversi yang dibuatnya sendiri seperti zaman sekarang. Promosi demi promosi positif kami dan rakan-rakan media lain berikan bukan saja kepada Shila, malah juga ayahnya sekali yang ketika itu cukup ghairah menyertai Muzik-Muzik dan Anugerah Juara Lagu (AJL).

Awalnya dia dikenali sebagai Shila Tekno, kemudian Sha-Hila dan sejak zaman One In A Million, barulah muncul Shila Amzah. Saya akui suara Shila sangat hebat dan siapa yang tidak bangga dia berjaya menawan peminat di China dengan lagu Mandarinnya. Secara peribadi saya pun suka sebab saya sendiri belajar Mandarin di kolej sampaikan pernah menyanyi lagu Ming Tian Hui Geng Hao dan Qing Gen Wo Lai di pentas Universiti Teknologi MARA (UiTM) Arau, Perlis sebelum Shila wujud. Bukan sebab nak jadi penyanyi tetapi sebab teruja sangat belajar bahasa Mandarin.

Kekaguman terhadap kejayaan beliau di Shanghai menyebabkan akhbar saya, Harian Metro sudi memberikan ruang kepada Shila untuk menulis apa saja mengenai perkembangan dirinya dalam ruangan Tinta Shila Amzah selama setahun pada 2013. Selain Shila, kami juga memilih Yuna kerana seorang mengejar impian di Timur dan seorang lagi di Barat.

“Apakah itu belum cukup?” Tanya saya kepada ibu Shila sendiri, Fauziah Sarman yang menggunakan nama @zie_lala dalam laman Instragram yang sampai hari ini pun masih tidak berjawab, seolah-olah saya ini dinding. Sebaliknya yang lebih panjang menjawab termasuk secara mesej peribadi adalah Helen Yap, pemuzik yang terlalu kenal siapa Shila Amzah sebenar­nya termasuk zaman dia ‘menjauhkan’ ayah dan ibunya buat seketika demi mengejar cinta seorang
lelaki.

Coretan Karpet Merah ini bukan cercaan saya buat Shila Amzah namun secara jujur ia adalah kata-kata jujur dan nasihat daripada seseorang yang cukup menghormati dan mengagumi beliau. Usah menuduh kami tidak me­nyokong anda tetapi semak dulu dengan pihak anda adakah undangan untuk ke konsert itu benar-benar sampai kepada Harian Metro dan beberapa akhbar utama lain? Kalau tidak jemput kami tidak mengapa tetapi jangan tiba-tiba menuduh kami sengaja tidak mahu bantu anda dan secara amnya, menuduh semua wartawan Melayu hanya lebih tertarik de­ngan gosip. Itu sangat salah Shila... salah.

Melihat apa yang berlaku minggu lalu, ia cukup menyedihkan kerana baru saya sedar Shila sebenarnya cuma punya bakat. Dia rupanya masih belum dapat berfikir sejauh horizon sebelum memuat naik status yang boleh memerangkap dan memakan dirinya sendiri. Jangan lekas melatah.Bukanya saya tidak pernah diundang untuk membuat liputan konsert-konsert besar malahan saya pernah menonton konsert Superstar seperti Michael Jackson, Celine Dion, Mariah Carey, Diana Ross, Toni Braxton, Sting, Kitaro, Alan Tam, Anita Mui, BB King, dan Christina Aguilera. Semua jemputan dibuat secara profesional tanpa sebarang isu pun.

Terbaru saya diundang ke satu sidang media oleh pihak Shila pada 24 September ini namun seperti yang saya katakan kepada Hattan, saya ada undangan lebih awal daripada FINAS. Tidak ke Diari AF dan tidak juga Shila Amzah. Tiga majlis bertembung dan saya terpaksa pilih hanya satu. Itu pun sebab saya diajak memperkatakan mengenai sebuah karya Cina paling hebat tahun ini saya sendiri suka - The Journey. Ingatlah kita hidup di Malaysia kena sentiasa berbaik sangka Melayu, Cina dan India. Usah beza membezakan dan selalulah kena ingat asal-usul. Bahasa itu mencerminkan bangsa. Itu bukan kata saya tetapi kata-kata Allahyarham Tan Sri P Ramlee dalam filem Panggilan Pulau dan juga Seniman Bujang Lapok. Jumpa lagi -

roslenmetro@gmail.com.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/22


Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 12:48 PM | Show all posts
bodoh
isu tak dapat jemputan
dengan isu reputz lebih pentingkan citer gosip peribadi retis
dua isu berlainan
ko tak dijemput ke konsert, tak bermakna ko tak pentingkan gosip utk jual sotkabar ko
macam lah rakyat malaysia bodoh benar, artikel 20 perenggan, 19 perenggan pertama citer pasai hal peribadi, perenggan last baru citer pasai album/drama/filem
lagi nak berhujah panjang lebar reputz2 kaki sentap, semua retis kena sembah ratu gituhhh

ptuuiihhhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.081547 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list