CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5522|Reply: 9

Yana Samsudin Tegaskan Tak Pernah Jalani Pembedahan Muka

 Close [Copy link]
Post time 15-9-2014 11:34 PM | Show all posts |Read mode


Cantik. Semua wanita mahu kelihatan cantik. Ada yang sanggup menjalani pembedahan untuk memancungkan hidung, meruncingkan dagu dan macam-macam lagilah. Namun ada yang belajar teknik solekan, berdiet dan mengamalkan pemakanan sihat untuk kelihatan lebih jelita berbanding dahulu. Yana Samsudin yang kini kelihatan semakin jelita menjadi mangsa desas-desus dirinya membuat pembedahan kerana perbezaan wajahnya yang agak ketara jika dibandingkan pada awal kemunculannya dan masa kini.

Walaupun telah membuat penafian sebelum ini, desas-desus tersebut tidak mati sebaliknya makin bertiup kencang. Pada awal Januari lalu, Yana dikatakan melakukan pembedahan plastik dengan mengubah wajahnya menjadi lebih tirus selain telah pembedahan memancungkan hidung. Namun Yana memaklumkan yang penggunaan pendakap gigi telah menyebabkan perubahan berlaku pada wajahnya. Yana sendiri mengakui yang wajahnya ada perubahan namun pelakon ini menegaskan tidak pernah melakukan sebarang pembedahan. Kata Yana:-

Saya tak kecil hati pun bila orang kata saya buat (pembedahan) muka. Nak buat macam mana, saya sudah jelaskan segala-galanya tetapi mereka tetap persoalkan wajah saya yang kononnya berubah.
Tetapi saya mengakui, dari kecil sampai ke besar, muka saya berubah sedikit dari semasa ke samasa. Tetapi tidaklah ketara sangat. Bukan saya sahaja, adik saya pun begitu.
Berdasarkan pemerhatian saya, individu yang menjalani pembedahan plastik atau suntikan botoks tidaklah menunjukkan perubahan wajah yang ketara.
Dan saya pelik kenapa sesetangah wanita begitu obses mahu berbuat demikian. Sedangkan mereka tahu dengan risiko yang bakal dihadapi pada masa akan datang nanti.
Rawatan kuntur wajah adalah antara aplikasi kecantikan yang saya suka kerana membentuk wajah kita agar kelihatan lebih kemas

Jadi apa pandangan anda tentang artis ini, pendapat saya biarlah apa yang ingin dilakukannya kerana apa apa akibatnya dia yang tanggungkan. Gosip gosip lain tentang Yana Samsudin Disini


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2014 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
dah ada.. and nak promote lah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah adelah



+1
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Nmpk makin tua.. Dulu cute.. Aging proses kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2014 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak beri cantik cmana agi tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 05:43 PM | Show all posts
dah ada kan thread ni. kutip tacang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-9-2014 09:02 PM | Show all posts
Raja azura pun sama
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 11:17 AM | Show all posts
suntik je nih kan xde bedah huhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2014 01:22 PM | Show all posts
si yana neh beria dok nafikan..hakikatnya,artis dgn cucuk mencucuk,ubah2 wajah,sedut2 lelemak berpisah tiada...pas tu dok canang kata teknik solekan laa,berkat wuduk laa...elehhh,cm laa org tak tau..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 01:24 PM | Show all posts
buat p lah apa pun ttp tak best
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.102939 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list