CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2224|Reply: 3

Bekas mertua tidak halang Jimmy ambil cucu

[Copy link]
Post time 16-9-2014 10:48 AM | Show all posts |Read mode
  • Jimmy Shanley
[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]


BEKAS ibu mertua pengacara, Jimmy Shanley Norjahan Salleh, 34, memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bahawa  suaminya tidak pernah menghalang bekas menantunya itu datang mengambil dan bertemu dengan cucunya, Zahra  Rania Shanley, 3.

Datin Muniroh Kassim berkata, suaminya, Datuk Suhaimy Othman,57, hanya tidak mahu kakak Jimmy yang datang mengambil anak kecil itu.

"Sebaliknya, suami hanya mahu Jimmy sendiri datang," katanya.



Menurutnya, dia juga turut membenarkan Jimmy bermalam dengan anak tersebut sekiranya Zahra Rania tidak menangis.

"Jimmy akan menghubungi kami dua hari sebelum datang mengambil anak, tapi Zahra Rania tetap menangis," katanya semasa prosiding di hadapan Hakim Syarie, Mawardi Che Man, hari ini.

Prosiding itu ditangguhkan dan akan disambung semula pada 27 Oktober depan.



Sebelum ini, Jimmy memfailkan permohonan perintah komital (pemenjaraan) terhadap bekas isterinya, Nursuhaila Eliani, 25, yang didakwa melanggar perintah Mahkamah Tinggi Syariah membabitkan hak lawatan dan bermalam dengan anak perempuan tunggalnya.

Permohonan itu difailkan pada 7 Mei 2013 di sini.



Jimmy mendakwa gagal berjumpa anaknya walaupun mahkamah pada 8 April 2013 mengeluarkan perintah membenarkan hak lawatan dan bermalam dengan anaknya yang kini berusia dua tahun.




Perintah itu dikeluarkan selepas mahkamah memberikan hak jagaan penuh Zahrah Rania kepada Nursuhaila Eliani tetapi Jimmy diberi hak lawatan dan bermalam dengan anaknya pada setiap Selasa, Rabu dan Khamis setiap minggu selain kebenaran menyambut Aidilfitri dan Aidiladha bersama Zahrah Rania bermula tahun 2013 secara bergilir dengan Nursuhaila Eliani.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2014 05:56 PM | Show all posts
Harap mereka berdamailah
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2014 10:48 PM | Show all posts
dulu minat gile ngan jimmy masa trek selebriti

masa tu terpikir sapalah bertuah dapat kawin dengan jimmy

tak sangka lak byk dugaan dia

jaga anak baik2 ye
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 03:41 PM | Show all posts
jaga anak tu elok2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.211967 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list