CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1298|Reply: 7

[Dunia] Di China ada lorong khas untuk pengguna smartphone tegar

[Copy link]
Post time 16-9-2014 05:08 PM | Show all posts |Read mode
Chongqing: Inilah lorong pertama khusus diwujudkan untuk pengguna telefon bimbit tegar.
Laluan sepanjang 30 meter itu mempunyai lorong dicat putih untuk mereka yang sentiasa terpaku pada skrin telefon masing-masing.

Ia mempunyai gambar telefon yang dilukis di atas jalan, perkataan ‘telefon bimbit’ dan garis putih yang memisahkan lorong itu dengan lorong lain.  Lorong itu diwujudkan sebagai reaksi kepada peningkatan jumlah mereka yang ketagih dengan telefon bimbit yang kini menjadi isu besar di China.



Idea untuk mewujudkan lorong khas itu bagaimanapun dilihat ditiru dari satu projek dalam program televisyen di saluran National Geographic yang disiarkan awal tahun ini.

Program itu mendapati hanya segelintir orang mengubah laluan mereka walaupun selepas melihat tanda lukisan di atasnya.

Bagaimanapun, pihak berkuasa di China berkata penanda itu akan membantu untuk mengingatkan pejalan kaki bahawa adalah lebih baik untuk tidak mengguna telefon ketika berjalan. - Agensi

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2014 05:55 PM | Show all posts
Mana gambau nya?
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 06:14 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 06:18 PM | Show all posts
kalu kt mesia, kalau buat lorong khas mesti tengah2 ada manhole..pastu penagih syabu atau pariah akan curik penutup manhole..wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 06:21 PM | Show all posts
Kat mesia aku bengang kat depa yang nak lintas jalan sambil main fon dan guna earfon. Kang kita terlanggar, kita jugak akan kena walaupun depa punya salah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 06:36 PM | Show all posts
zainuddinmaidin posted on 16-9-2014 06:21 PM
Kat mesia aku bengang kat depa yang nak lintas jalan sambil main fon dan guna earfon. Kang kita terl ...

kuasa mutlak ada pada pengguna jalan kaki..kita kena paham konsep tu..
tu pasal BERSIH berjaya diadakan tiap2 tahun..
tahun ni ada tak bang nong? nk masuk jel dah nim.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-9-2014 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Sy terbayangkan pengguna fb yg slalu pakai camera360 mau tak pengsan kalau nampak muka sebenor bila berselisih kat lorong tuh :lol
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 07:11 PM | Show all posts
cHimo posted on 16-9-2014 06:42 PM
Sy terbayangkan pengguna fb yg slalu pakai camera360 mau tak pengsan kalau nampak muka sebenor bila  ...

I benci camera 360 nih...bila i upload pic kat facebook mesti ada orang tanya..ni 360 ker..?
so annoying..sebab i guna camera auto jer..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.655962 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list