CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3868|Reply: 13

Anak Jackie Chan ditahan terlibat dengan dadah (#14 gunting sendiri rambut anak)

[Copy link]
Post time 18-9-2014 01:10 AM | Show all posts |Read mode
Edited by changa=famri7 at 26-2-2015 11:45 PM

17/09/2014 9:28pm

BEIJING - Polis Beijing menahan anak lelaki bintang filem Hong Kong, Jackie Chan yang disyaki membenarkan orang lain mengambil dadah yang membawa hukuman maksimum tiga tahun penjara.
Pejabat Pendakwa Daerah Dongcheng, memberi kebenaran bagi penahanan pelakon Jaycee Chan berikutan permintaan daripada polis minggu lalu.
Jaycee Chan, 31, adalah selebriti berprofil tinggi yang ditahan oleh pihak berkuasa polis kerana tuduhan berkaitan dadah pada 14 Ogos lalu bersama bintang filem Taiwan Ko Kai. - Agensi




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2014 01:25 AM | Show all posts
Ayah bz berlakon tak sempat pantau anak
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 02:29 AM | Show all posts
Iman tidak boleh diwarisi
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 07:19 AM | Show all posts
xde pic ke....x penh tgk ank beliau...ade sejibik jakie chan ke
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 09:32 AM | Show all posts
Tua dah uncle jackie chan ni...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 08:17 AM | Show all posts
Bukan senang nak kawal anak zaman skrg
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2014 10:46 AM | Show all posts
anak dia bukannya belasan tahun, remaja..dah 31 tahun..boleh jadi bapak org dah..so takleh nak salahkan bapa dia sbb tak reti jaga anak..kalau remaja tuh boleh ah nk salahkan parents..ni dah tua..ada otak nak fikir

rebel kot dia nih..berlakon pun sendu jah
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 09:33 PM | Show all posts
Jaycee ni memang sebijik muka bapak dia
tapi sendu sgt lakonn
mcm slow motion pun ada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2014 01:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Takde gambar ke muka penagih dadah ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 07:25 AM | Show all posts
Tolong tempek gambar
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 03:34 PM | Show all posts
Ni dia gambo jackie chan bersama anak..memang iras dia..ehhe

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2014 12:57 AM | Show all posts
wah...memang ada iras jackie
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2014 10:19 PM | Show all posts
sian.. kurang kasih sayang kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2015 11:44 PM | Show all posts
Jackie Chan maafkan anak 0
  2  0 Google +0

Hong Kong: Aktor filem aksi terkenal, Jackie Chan dilihat sudah memaafkan anaknya, Jaycee Chan yang baru dibebaskan dari penjara kerana kesalahan berkaitan dadah.
Jaycee, 32, baru-baru ini memuat naik sekeping gambar yang memaparkan Jackie menggunting rambutnya di laman sosial Weibo.
Dalam gambar berkenaan, Jackie dilihat tersenyum ketika memotong rambut anaknya yang panjang kerana tidak pernah dipotong sepanjang dia dipenjara.
Jaycee kemudiannya memuat naik sekeping lagi gambar yang memaparkan imejnya yang kemas dan mendapat pujian daripada beribu-ribu peminat.
Jaycee ditahan polis Ogos tahun lalu bersama rakannya, Kai Ko kerana memiliki 100 gram ganja di villa miliknya di Beijing, China.
Dia dipenjara enam bulan atas tuduhan menyediakan tempat mengambil dadah.
Menurut sumber, ini kali pertama Jaycee dan bapanya berpeluang bertemu selepas dia dibebaskan dari penjara.
Jackie ketika ini terlalu sibuk mempromosikan filem terbarunya, Dragon Blade.
“Sudah terlalu lama saya tidak bertemu dengan Jaycee. Saya rasa dia kini sudah matang.
“Kami tidak berbual mengenai perkara yang menyedihkan tetapi lebih kepada hal keluarga kami,” katanya.





Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Februari 2015 @ 9:06 AM

JACKIE dilihat gembira menggunting rambut anaknya.









- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/33167#sthash.2p1pQnxg.dpuf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:50 PM GMT+8 , Processed in 0.068313 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list