CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: the_killer

[Dunia] Masjid songsang rasmi hari ini

[Copy link]
Post time 22-9-2014 10:09 PM | Show all posts
10 syarat jadi imam

SOALAN:
Bolehkah ustaz jelaskan syarat-syarat menjadi imam.

JAWAPAN:
Syarat-syarat sah untuk seseorang itu menjadi Imam :

1) Islam, tidak sah solat yang diimamkan oleh seseorang yang kafir.

2) Berakal, tidak sah solat yang diimamkan oleh seseorang yang gila. Ini kerana, solat yang dilakukan oleh orang yang disahkan gila tersebut tidak sah. Tetapi jika gila itu bermusim maka solat ketika dia sihat sah tetapi adalah dibenci. Ini kerana dikhuatiri penyakit gilanya itu berulang ketika dia menunaikan solat.

3) Baligh, tidak sah solat yang diimamkan seseorang mumaiyiz kepada seorang yang baligh di dalam solat wajib dan sunat. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas dan Ibn Mas’ud, “Janganlah diimamkan solat itu oleh seorang budak sehingga dia baligh.” Ini kerana solat itu adalah dalam keadaan sempurna sedangkan budak atau kanak-kanak itu bukan daripada ahli yang sempurna.Imam Syafie berpendapat, harus orang yang baligh menjadi makmum kepada imam yang belum Mumaiyiz. Ini berdasarkan apa yang diriwayatkan daripada Amr bin Salamah: Aku telah mengimamkan solat di zaman Rasulullah s.a.w sedang aku adalah anak yang baru berumur tujuh tahun. (Riwayat Bukhari)

4) Lelaki yang sejati sekiranya yang menjadi makmum itu adalah lelaki.Tidak sah solat yang diimamkan oleh seorang perempuan atau khunsa bagi makmum lelaki sama ada solat fardu atau sunat. Sekiranya yang menjadi makmum itu perempuan semata-mata maka tidak disyaratkan lelaki menjadi imam bagi jemaah tersebut.

5) Bersih daripada hadas dan kekotoran. Tidak sah menjadi imam yang berhadas atau orang yang terdapat najis pada badannya, pakaiannya sama ada dia mengetahui hal tersebut atau lupa.

6) Baik bacaannya dan mengetahui rukun-rukunnya.Seseorang imam hendaklah baik bacaannya kerana solat tidak sah melainkan dengan bacaan dan mengetahui rukun-rukun solat. Tidak sah seseorang qari menjadi makmum kepada seseorang yang buta huruf (jumhur) dan wajib bagi qari mengulangi solatnya. Seperti mana keadaannya tidak menjadi makmum kepada seseorang yang tidak mampu rukuk, sujud atau tidak boleh duduk ataupun tidak mampu mengadap kiblat.

7) Keadaan yang bukan makmum.Tidak sah solat makmum mengikut makmum lain sebagai imam. Mengikut seseorang yang sudah terputus dengan imamnya disebabkan masbuk:i- Al-Hanafiah: tidak harus menjadi seseorang masbuq itu sebagai ikutan kerana dia telah mengikut (makmum). Oleh yang demikian, yang diikut tidak boleh diikuti.ii- Al-Malikiah: tidak harus menjadikan seseorang yang masbuk itu sebagai ikutan kerana dia tadi mengikut (makmum). Namun adapun yang mudrik (tidak sempat rakaat bersama imam boleh diikuti apabila dia bangkit untuk menunaikan solatnya dan hendaklah mudrik yang tidak sempat rakaat tadi berniat menjadi imam. Kerana ketika itu dia sedang solat berseorangan dan tidak thabit hukum makmum.iii- Al-Syafieyyah: terputus ikutan / menurut imam dengan semata-mata keluarnya imam dari solat sama ada dengan memberi salam atau dengan sebab terbatalnya wuduk. Ini kerana terkeluarnya dari ikatan di antara imam dan makmum maka pada ketika itu dia boleh mengikuti orang lain yang ganti imam atau orang lain yang mengikutnya sebagai imam.Kesimpulannya : al-Hanafiah dan Malikiah tidak mengharuskan mengikut seseorang yang asalnya mengikut selepas imam memberi salam, dan harus pada Al-Syafieyyah dan al-Hanabilah. Ini adalah lebih utama.

8) Syarat khas pada al-Hanafiah dan al-Hanabilah: sejahtera daripada keuzuran.Tidak lawas ketika buang air, kerap terkentut dan batuk makruh ke atas orang yang mempunyai penyakit-penyakit ini menjadi imam. Sekiranya seseorang yang mempunyai satu keuzuran adalah lebih utama menjadi imam daripada orang yang mempunyai dua keuzuran.Adapun pendapat al-Malikiah tidak mensyaratkan syarat ini tetapi dihukum makruh menjadi imam selagi mana tidak terbatal wuduknya.Begitu juga pendapat bagi Al-Syafieyyah tidak mensyaratkan syarat ini dan sah menjadi imam orang yang mempunyai keuzuran ini dan tidak perlu mengulangi solat tersebut.

9) Imam mesti seorang yang fasih al-lisan.Mampu menyebut huruf-huruf di dalam al-Quran dari makhrajnya.

10) Al-Hanafiah dan Al-Syafieyyah mensyaratkan supaya solat itu diimamkan oleh orang yang bermazhab yang sama dengan makmum.Sekiranya seseorang yang bermazhab Hanafi solat di belakang seorang imam bermazhab Syafie yang mengalir darah pada tubuhnya dan tidak berwuduk selepas itu atau solat seorang yang bermazhab Syafie di belakang seseorang bermazhab Hanafi yang menyentuh perempuan dan tidak berwuduk, maka solat makmum itu batal kerana setiap mazhab melihat kepada batalnya solat imam itu tadi.Al-Hanafiah berpendapat solat di belakang imam yang bermazhab Syafie adalah makruh. Last edited by boyagombak on 22-9-2014 10:11 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2014 10:18 PM | Show all posts
HUKUM WANITA MENJADI IMAM DENGAN KEADAAN WUJUD LELAKI BERSAMA MEREKA

[size=130%]JAWAPAN:Terima kasih kepada saudara yang bertanya.Para ulama di dalam mazhab empat iaitu Hanafiah,Malikiah,Syafieyah dan Hanabilah radhiyallahu anhum berbeza pendapat di dalam masalah ini.

Di sisi [size=130%]para ulama bermazhab Syafie dan Hambali [size=130%],mereka  membenarkan untuk wanita menjadi Imam sesama wanita sahaja.Mereka berdalilkan hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah dan Ummu Salamah dan Saidina Ato’ radhiyallahu anhum:

[size=130%]أن المرأة تؤم النساء[size=130%]

[size=130%]
Maksudnya: [size=130%]Sesungguhnya wanita boleh menjadi Imam untuk jemaah wanita.[size=130%]

Al-Imam Daraquthni rahimahullah meriwayatkan daripada Saidatina Ummu Waraqah radhiyallahu anha bahawa Sesungguhnya Baginda sallallahu alaihi wasallam membenarkan Ummu Waraqah radhiyallahu anha untuk menjadi Imam kepada golongan wanita di rumahnya(Ummu Waraqah).

Para [size=130%]Ulama Syafieyah mengatakan bahawa jemaah wanita adalah sunat.Manakala bagi Imam Ahmad ibn Hambal radhiyallahu anhu terdapat dua pendapat yang disebutkan oleh beliau. Salah satu pendapatnya mengatakan sunat manakala satu pendapat lagi mengatakan tidak sunat.[size=130%]

Manakala bagi [size=130%]ulama bermazhab Maliki pula[size=130%],mereka berpendapat bahawa [size=130%]perempuan tidak boleh menjadi Imam walaupun sesama jemaah wanita.Ini kerana mereka meletakkan syarat untuk menjadi Imam adalah lelaki sahaja.[size=130%]

Manakala bagi [size=130%]para ulama bermazhab Hanafiyah[size=130%] pula,mereka berpendapat hukum mendirikan solat jemaah sesama wanita adalah Makruh Tahrim jika tiada lelaki bersama mereka.Ini dalam semua jenis solat kecuali solat jenazah. Maka solat jenazah tiada masalah bagi wanita untuk solat sesama mereka(wanita sahaja).

Maka,kesimpulan yang dapat kita lakukan di dalam perbahasan ini ialah,sebaiknya bagi golongan wanita tersebut jika masih boleh untuk mereka mendirikan jemaah bersama lelaki maka itu adalah lebih baik.Ini kerana para ulama menyebutkan satu kaedah yang sangat baik untuk diamalkan: الخروج من الخلاف مستحب maksudnya: [size=130%]Mengeluarkan diri daripada perkara khilaf itu adalah perkara yang sangat baik(dituntut).[size=130%]
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 10:37 PM | Show all posts
boyagombak posted on 22-9-2014 10:01 PM
2. Hukum Perempuan solat Jemaah di Masjid

Rujukan kedua bagi pengharaman pergaulan antara lelaki ...

Panjangnya ayat Quran..........
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 10:41 PM | Show all posts
boyagombak posted on 22-9-2014 10:09 PM
10 syarat jadi imam

SOALAN:

Kita haruslah kembali kepada ajaran Ostad ini..........prrrrrrrrrpfffftght

Maideen~Nasib baik tak cakap kita harus kembali kepada ajaran Al Quran dan kemudian paste cakap Ostad.....prrrrrrrrrrrrrpfffftght
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 11:06 PM | Show all posts
dunia dah nak kiamat..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 11:19 PM | Show all posts
keh keh keh
iman itu fe'li, qauli dan qalbi...
qaf tau luncai..qaf...
tak pula pernah didengar fe'li,qauli dan akal pikiran....
bila tiada berguru...maksud qalbi pun tiada faham....
kemudia terkinja-kinja ... melompat-lompat guna akal tungang tungging sembahyang bersama wanita...
belajar hakikat ikut google...ikut akal je la jawabnya...boleh jadi pandai...tapi tak beriman pun...
percaya dengan akal..simpan pada otak...sampai semua urat sereblum bergabung
keh keh keh
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-9-2014 11:56 PM | Show all posts
sikit2 bertaqlik...bla bla.. .konteks pemikiran berlandaskan Al-Quran dan As sunnah ialah setiap perkara itu mestilah dirujuk kepada Al-Quran dan Assunah...bukan main pakai otak liberal menghalakan sesuatu perkara diatas kepentingan nafsu..Lepas ni ada pulak golongan kata takperlu solat kot...yela liberal la kan......

konteks luar pemikiran bukan untuk menghalalkan sesuatu yang diharamkan oleh Allah tetapi untuk kita berfikir siapa diri kita...setakat kalo kapir yang buat takda masalah..ni golongan islam sesat pulak dok buat sesuatu yang dilarang...

pasni boleh ada dalil boleh minum arak kot.....liberal....ppprrttttt
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 11:37 AM | Show all posts
the_killer posted on 22-9-2014 11:56 PM
sikit2 bertaqlik...bla bla.. .konteks pemikiran berlandaskan Al-Quran dan As sunnah ialah setiap p ...

kawan...
bukan liberal..
pemikiran diluar kotak....
keh keh keh keh

* puas wa perah wa punya akal pikiran pikir mana punya kotak dia keluar...keh keh keh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.056274 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list