CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43011|Reply: 357

[Tempatan] Azizi Ali membelasah Puan Masayu (Pegasus Bullion)

[Copy link]
Post time 21-9-2014 11:24 AM | Show all posts |Read mode
Saya telah menulis satu post semalam mengexposekan Pegasus Bullion. Seperti yang dijangkakan, adalah beberapa orang yang melenting. Salah seorang daripadanya ialah Puan Masayu.

Berikut adalah komen beliau:
Jgn kerana nila setitik rosak susu setempayan,jangan cube mempegaruhi org dgn cerita yg x pasti,jangan jadikan bangsa kite ini mundur dan sentiasa hidup dlm kemiskinan,sedangkan Allah dah bagitahu rezeki dr meniaga itu adalah 9/10 pelaburan emas ini,konsepnye pelaburan pernahkah anda buat kajian atau ambil tahu.. bukan kah pelaburan itu berkaitrapat dgn perniagaan,jike sendiri x mahu beri peluang pd diri sendiri jangan hasut org supaya sama seperti anda,orglain telah mendapat pendapatan ratusan ribu tiap2 bulan,anda bagaimana...jgn jadi khurafat moden rezeki Allah taala yang tentukan kite cuma usha cume cara kite berbeza2...jadi jgn terpengaruh dgn cerite ini kaji selidik dulu perniagaan ini terpulang pd individu buat keputusan jika perniagaan ini benar2 terbukti dpt mengubah cara hidup kite alangkah ruginye kite ada peluang x mahu berhijrah....hidup lah kite dlm desakan..

Berikut adalah jawapan saya:
(Klik LIKE dan SHARE supaya lebih ramai orang yang terbuka mata.)

Puan Masayu,
If I say that Pegasus Bullion is the best investment in the world, would it make everything alright?
But how can I say such a thing when all the signs are showing that it is a Ponzi and a scam? How can I say it when all the alarm bells are ringing and red flags are showing that it is a scam? So I cannot and will not say it because I know scams and Ponzi schemes will not do anyone good.
Here, you are either part of the problem or you are part of the solution. If you ‘invest' in Ponzi schemes (even though the money may be just a token amount), then you are part of the problem. By staying out, then you are part of the solution.

In many ways, the Ponzi schemes operating today are pretty much like the Superman movies. Everyone - except the actors in the movie - knows that Clark Kent is Superman. The signs are obvious: Kent and Superman are the same height, same size and heck, they even look the same. What's more, every time Kent is missing, Superman shows up. And every time Superman is around, Kent is not there. So the signs are obvious to everyone, except to the actors in the movie. They do not, cannot and will not see the signs.

Similarly, the signs showing that the Ponzi schemes operating today are scams are obvious to everyone, except to the voluntary victims. Just as the actors are blind to the fact that Clark Kent is Superman, the voluntary victims are blind to the fact that the Ponzi schemes are scams. They do not, cannot and will not see the signs.

1. Laman web Bank Negara menyatakan nama syarikat Pegasus Bullion sebagai salah satu daripada syarikat yang tidak mendapat kebenaran atau approval under the relevant laws and regulations administered by BNM. Ini bermakna bisnes emas Pegasus Bullion adalah menyalahi undang-undang Negara Malaysia. Fakta ini sebenarnya lebih daripada cukup untuk membuktikan siapa yang sebenarnya memundurkan bangsanya. Clue – bukan saya.

2. Semua scam dan skim Ponzi akan menggalakkan ‘pelaburnya' merekrut ‘pelabur' baru, kerana itulah cara utama mereka mendapatkan wang baru. (Itulah yang puan sedang lakukan sekarang dengan meminta saya dan orang lain melabur dalam skim ini.) Tanpa ‘pelabur-pelabur' baru, skim tersebut akan berkubur dengan cepat.

3. Pulangan yang dijanjikan oleh Pegasus Bullion adalah 10% sebulan, yang bermakna 120% setahun! Pelabur-pelabur world class seperti Warren Buffett dan George Soros pun ‘hanya' memberi pulangan 20-34% setahun! Adakah masuk akal orang yang tidak pernah dikenali dapat memberikan pulangan yang sebegitu tinggi? Kalau betul pula, sudah tentu semua media di dunia termasuk CNN, Fortune dan Forbes akan memberi liputan yang menyeluruh kepada syarikat tersebut. Kenapa tak ada? Takkanlah media dunia (yang tahu semua pelaburan lain) begitu buta dan tidak pernah mendengar pulangan yang sebegitu hebat?

4. Adakah masuk akal yang pelaburan yang baru dibuat satu bulan sudah boleh mendapat pulangan 10% bulan berikutnya? Semua pelaburan, termasuk yang paling untung sekalipun, memerlukan masa. Jadi kalau syarikat sendiri tidak dapat hasil pulangan malah mungkin menanggung kerugian kerana harga emas sekarang adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan 6 bulan, setahun atau dua tahun dulu, bagaimana ia hendak bayar orang lain? Dari mana datangnya wang tersebut? Jawapannya dari poin 12 di bawah.

5. Puan sendiri baru beberapa bulan membuat ‘pelaburan' (ehm, ehm) dan ‘berniaga’ dalam skim tersebut. Adakah itu bermakna puan seorang pakar dalam pelaburan emas dan orang lain yang tidak melabur dangkal?

6. Pendapat dan kata-kata puan bermakna ratusan pakar kewangan di Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti, Azizi Ali dan juga media massa Malaysia adalah salah! Saya tidak fikir kami salah.

7. Sebagai seorang Chartered Financial Consultant, saya telah belajar tentang semua pelaburan di dunia. Saya juga telah membaca lebih 900 buah buku tentang kewangan dan telah belajar tentang wang dan pelaburan sejak 20 tahun kebelakangan. Saya juga telah membuat kajian yang terperinci tentang pelaburan ini di Malaysia. Jadi saya bukan main teka saja.

8. Jika puan fikir saya salah dan masih tak puas hati, puan boleh tanya kepada mereka yang sudah bertahun-tahun berniaga emas – Tauke Poh Kong, Wah Chan, Habib Jewels, bank Al-Rahji, bank UOB, Maybank, Tauke Public Gold dan malah pengeluar produk-produk emas seperti PAMP Suisse dan American Eagles – dan BUKAN sesiapa yang ada kepentingan dalam syarikat Pegasus Bullion. Saya boleh beri jaminan yang mereka semua akan berkata saya betul dan sistem syarikat Pegasus Bullion itu salah.

9. Oleh kerana Pegasus Bullion menjanjikan jaminan pulangan keuntungan tetap (10% dan sebagainya) kepada ‘pelabur-pelaburnya’, ini menjadikannya riba ad-duyun’ daripada jenis al-qard dan oleh itu haram dalam Islam (rujuk muka surat 33 dan 235 buku Wang Anda Dan Islam tulisan Uztaz Zaharuddin). (Sila betulkan jika saya tersilap di sini.)
Ini bermakna sistem Pegasus Bullion bukan saja menyalahi undang-undang Malaysia tetapi juga haram.

10. Semua ‘pelabur' scam dan skim Ponzi akan berkata "Cuba dulu. Sikit saja. Belum cuba, belum tahu." Jawapan saya: Kenapa nak cuba jika anda tahu benda itu merbahaya? Kenapa nak cuba jika anda tahu benda itu membawa penyakit? Kita tak perlu mencuba heroin untuk mengetahui ianya akan membawa masalah yang besar kepada diri dan keluarga. Kita tak perlu mendekati ular senduk untuk mengetahui ianya merbahaya, walaupun anda belum pernah kena patuk ular tersebut.

11. Jawapan yang diberikan oleh ‘pelabur' Pegasus Bullion adalah sama sahaja seperti apa yang diberikan oleh ‘pelabur' skim Pak Man Telo di tahun 1980an dan Swisscash di tahun 2007. The exact same answers - the local banks are jealous, the government don't understand the investment, the non-investors are blind and anyone exposing the scam as ignorant or dumb.

12. Anda mendapat pulangannya kerana wang itu datang daripada pelaburan orang-orang yang baru masuk dalam skim tersebut. The money is being recycled. Just as your ‘investment' is being used to pay others before you. Situasi ini mungkin akan bertahan satu, dua atau tiga tahun, tetapi apa yang pasti ialah ianya akan berkubur juga apabila tiada ‘pelabur' baru dan/atau (whichever comes first) apabila ianya diserbu oleh Bank Negara. Apabila ia berlaku, anda akan kehilangan semua wang anda.

13. Jika ada orang mendapat pendapatan ratusan ribu tiap-tiap bulan daripada skim itu ialah kerana wang itu datang dari poket orang lain (poin 12). Lagipun ini bukan bukti perniagaan itu sah. Untuk pengetahuan puan, ramai juga orang yang mendapat pendapatan ratusan ribu tiap-tiap bulan daripada skim Pak Man Telo dan Swisscash dulu!

14. Jika rakan anda memberikan anda wang daripada hasil rompakan, apakah anda akan terima wang tersebut? Jika rakan anda memberikan anda wang hasil daripada jualan dadah, apakah anda akan terima wang tersebut? Saya jangka anda akan menolak wang tersebut kerana tahu ianya hasil daripada kerja yang haram. Well, wang daripada scam dan skim Ponzi juga adalah salah dan pada pendapat saya adalah haram.

15. Anda boleh ambil harta anak kecil yatim piatu - kerana dia tidak berdaya untuk menghalang anda dan dia juga mungkin tidak faham situasi sebenar - tetapi apakah tindakan anda itu betul? Jika anda tahu benda itu tidak betul, apakah anda akan melakukannya kerana peluangnya ada di depan mata? Wang daripada skim-skim tersebut adalah daripada poket orang lain. Tiada usaha, tiada kerja dan tiada apa yang di ‘value-added'. Apa yang pasti ialah semua mereka akan kehilangan wang akhirnya. Kini anda tahu situasi sebenar, adakah anda masih mahu melabur di skim sebegitu?

16. At the end of the day, it is your money. You do what you want with it. Just don't drag others into it.
Are we men of steel and character or are we made of straws that can be crushed by the flimsiest wind? I'd like to think the former, where we think and act rationally, especially when it comes to investments. Kita melabur hanya selepas membuat kajian yang teliti tentang pelaburan tersebut dan risiko-risikonya, dan juga mengambil kira keadaan kewangan kita. Of course we will make mistakes along the way (I made a few myself) but that is the very nature of investments. They come with risks. So it is no shame to lose.

But it is another story altogether when it comes to scams. All the signs are there and all the alarm bells are ringing – including warnings from Bank Negara and now Azizi Ali.

Are we so blind not to see the obvious signs? Are we so desperate that we are willing to lose our money and even our dignity in the process?
Saya boleh menceritakan 1,001 sebab lagi mengapa pelaburan yang dibincangkan adalah satu scam, tetapi saya tahu ia merupakan usaha yang sia-sia – kerana anda sudah membuat keputusannya. So I will not confuse you with the facts further since your mind is already made up.
While I can warn people about the dangers, I cannot stop anyone from throwing their money away. Again, at the end of the day, it is your money.
You can do whatever you want with it, including giving it to con man.

Allahualam.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2014 11:33 AM | Show all posts
semalam ada satu post kat whatsapp group duk promote pegagus ni.. katanya bini dia join dari bulan 2.. till now dah untung 79gram emas
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Pegasus bullion ni modus operandinya mcmana
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 11:42 AM | Show all posts

Dah hidup alaf baru...masih berfikiran zaman dulu.
Wake up lahh..
BUKAN SENANG NAK SENANG
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 11:49 AM | Show all posts
azizi ali -  jutawan hartanah
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 11:53 AM | Show all posts
Mohon Presiden Anti Penipuan MLM @CiliPadiSedap buka kertas siasatan segera Last edited by Tok_Batin on 21-9-2014 11:58 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2014 12:11 PM | Show all posts
orang melayu ni dari masa ke semasa sentiasa akan terjebak dlm:
1. skim cepat kaya
2. ajaran sesat

nasihat la mcmn pun...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 12:18 PM | Show all posts
wahai melayu, ada duit letak je dlm ASB kalau malas sgt nak meniaga
tak pon beli hartnah ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2014 12:19 PM | Show all posts
Skang ade trend. Kamu byr Rm4500 utk harga kontra emas 100gm, die bg kamu rm2k selama 5 bulan..

Gile untung melampau2..

Benda yg untung melampau ni,tolong laa timbulkn perasaan syak dlm diri...
Riba tu nnt...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2014 12:25 PM | Show all posts
cmf_kunyit posted on 21-9-2014 12:18 PM
wahai melayu, ada duit letak je dlm ASB kalau malas sgt nak meniaga
tak pon beli hartnah ...

meniaga betul2 tak mau ...  bukak mini market, petrol station ke, homestay ke, hotel bajet ke, fast food ke ...  byk cabang bisnes. skim cepat kaya jugak yg mrk promot.

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 12:29 PM | Show all posts
MelahJanda posted on 21-9-2014 11:38 AM
Pegasus bullion ni modus operandinya mcmana

lebih kurang sama. bertopengkan emas, kena cari downline utk mengkayakan upline.

gambar hiasan ...

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 12:29 PM | Show all posts
harizs posted on 20-9-2014 10:25 PM
meniaga betul2 tak mau ...  bukak mini market, petrol station ke, homestay ke, hotel bajet ke, fas ...

sapa tak nak fast money tanpa fikir risiko
it's either do or die je..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 12:31 PM | Show all posts
sistem ponzi = fraudulent MLM = skim cepat kaya




Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 12:34 PM | Show all posts
kalu beli emas fizikal tu xpe kan..
tgk kt FB org jual beli PAMP Suisse gitu
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 12:47 PM | Show all posts
sekarang ni mmg tgh trend ek main emas.. member wa ramai da join.. da 2 bulan main amik untung pastu dia amik blk modal.. angin makcik yang jd tukang invest duit trus blacklist mmber wa haha
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 12:53 PM | Show all posts
MelahJanda posted on 21-9-2014 11:38 AM
Pegasus bullion ni modus operandinya mcmana

Modus operandinya sama seperti biasa...
Amik duit orang....
Boss amik bahagian dia dulu yang belen pandai2 la korang kat bawah tu bagi-bagikan ok...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2014 12:56 PM | Show all posts
1001 pengetahuan tentang ponzi scheme,MLM dan skim2 mengarut tu ada di blog yakboktamkelih ...complete semua, syarikat mana yg tak penah kena hentam,semua dah kena hentam ..last2 berkubur semua ...dan yg paling terlentang, melayu bangang yg nak cepat kaya
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 01:44 PM | Show all posts
Tok_Batin posted on 21-9-2014 11:53 AM
Mohon Presiden Anti Penipuan MLM @CiliPadiSedap buka kertas siasatan segera

azizi ali ni join tone excel tu ek? dua kali lima = 10

kalau bab kaki kencing penipuan MLM @sayawifenikmie presiden nya dengan macai2 emas bertangguh di cari forum. siap pengerusi macai gwgfx dapat gelaran dato daripada yang dipertuan kedah.  bersantap bersama yang dipertuan di meja mahjung tepi padang golf

emas pegasus billion sama je dengan emas islamik yang kena ban oleh BNM. jenis2 emas bertangguh. emas tak dapat. dpt duit bulanan. modal air liur rolling duit peserta.

lepas tu dh nak pecah mula buat emas pelik2 duk beli dulu dapat kemudian. kih3. macai2 emas cakap skill emas akak tak power lagi? sebab tu akak tak tahu manipulate emas. kalau jenis putar alam dan minum air kencing penipu skim cepat kaya mmg cmtu, dah mabuk dapat duit , sampai ketepi halal haram rezeki.

dulu kan emas genneva buat cmtu, emas genneva bagi hibah tiap2 bulan. last2 declare bangkrupt



emas skim cepat kaya pun punnasihat proton boleh rasmikan? adeh patutlah proton tak maju2 asyik bailout jeee


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 01:45 PM | Show all posts
yellowfin posted on 21-9-2014 12:53 PM
Modus operandinya sama seperti biasa...
Amik duit orang....
Boss amik bahagian dia dulu yang be ...

beza dengan syarikat macai  seorang islamikkk seorang kafir skim cepat kaya
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 01:47 PM | Show all posts
pearl.silver posted on 21-9-2014 12:19 PM
Skang ade trend. Kamu byr Rm4500 utk harga kontra emas 100gm, die bg kamu rm2k selama 5 bulan..

G ...

inilah permainan @sayawifenikmie join, emas bertangguh, emas ETF. mereka manipulasi duit2 perserta skim cepat miskin , pegang duit dan agihkan semula.

jadi berhati hati dengan macai2 skim cepat kaya yang guna istilah arab mahupun istilah bahasa latino amerika latin. jangan terpedaya dengan imej ninja turtle mereka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.649476 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list