CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MissNigga

[Tempatan] Rakaman Antara Penguatkuasa DBKL vs. Peniaga

[Copy link]
Post time 26-9-2014 04:47 AM | Show all posts
sayawifenikmie posted on 23-9-2014 06:30 PM
saya simpati kepada peniaga kecil kecilan yg gigih mencari rezeki ..
tapi .. jangan lah sampai bert ...

setuju, org berniaga je tahu susah payah mencari rezeki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2014 04:48 AM | Show all posts
Sasha posted on 24-9-2014 03:03 PM
pity to them..susahnya nak cari makan kat bumi sendiri...

yg hok jate tuh apsal pegang2?

supermode tolong ambil tindakan terhadap nixar, dah ramai buat aduan kt pbt tp tiada tindakan tegas. nk pbt rampas laptop sita keyboard nixar ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 04:50 AM | Show all posts
niceghost2005 posted on 25-9-2014 10:40 AM
Assalamualaikum abbyhoney,

Di antara syarat yg perlu ada utk penjual bahan makanan ialah:

akak pun ada buku merah tu dan injection untuk jadi penjaja makanan
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 04:52 AM | Show all posts
niceghost2005 posted on 25-9-2014 03:45 PM
Dulu................setiap 6 bulan sekali utk injection.
Dapat buku warna kuning.

buku merah, kena inject dkt pejabat kesihatan kena deal dengan majlis daerah
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 06:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Xyah kesian sgt lah dgn penjaja xde lesen nih
ni true story ye base pd pengalaman
kita gi amek lesen. Sewa tapak psr malam. Walopon murah sebulan 200 je. Tp tiba2 yg xde lesen ni pacak kat tepi2 kita. Konon2 minta kesian. Dh arr x bayar sewa tapakm main pacak je. Lesen x de. Pastu makin hari makin besor teritory diaa.. hamboih!!! And lagi act sebenornyeee..
Gi lah tanya penjual2 tepi jln yg de lesen. Mesti dia agreed dgn cite aku nih
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 12:29 PM | Show all posts
sape suruh meniaga xde lesen..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2014 01:26 PM | Show all posts
Dari sudut pandangan seorg peniaga atau penjaja berlesen

Hisham Hashim
Penjaja Tanpa Lesen! Pengkianat Negara!

Kasar tajuk tu. Tapi cuba fikirkan persepsi dari sudut ekonomi & sistem perundangan negara.

1. Penjaja tanpa lesen mementingkan diri sendiri. Mereka tak perlu bayar lesen, mereka tak perlu bayar cukai, mereka tak perlu bayar sewa tapak. Mereka hanya pacak & dirikan struktur di atas mana-mana kawasan yang mereka suka dan menjalankan aktiviti jajaan mereka tanpa sekatan.

2. Apa beza mereka dengan menjual barang haram dan terlarang dari sudut agama dan perundangan? Mereka tetap salah walau menjual barang atau makanan halal.

3. Mereka sanggup bayar wang perlindungan dan 'beli tapak' dari pengendali lama dengan bayaran yang melebihi bayaran sewa premis perniagaan. Seperti mana mereka membayar harga sewa di tapak bazar larut malam atau bazar ramadhan atau bazar di Masjid India.

4. DBKL menyediakan tapak dengan sewa bawah RM 200 ringgit dan bayaran lesen yang kurang dari RM 400 ringgit. Berapa mereka bayar tapak pada Persatuan?

Di Masjid India, tapak khemah 20x20 dijual dengan harga RM40 ribu sebulan. Manakala tapak bazar di jual antara RM 7 ribu hingga RM 14 ribu ringgit sebulan.

Di kawasan luar, sewa & khemah 8x8 persatuan penjaja sewa antara harga RM 400 hingga RM 900 ringgit. Dan mereka jual pula pada orang lain dengan harga RM 2000 ringgit. Mereka tidak pula bayar pendapatan mereka kepada DBKL atau kerajaan dengan hasil jualan tersebut?

5. Dimana maruah penjaja tanpa lesen yang mengunakan ruang tempat letak kereta dan siar kaki lima milik premis bersewa dan kemudahan awam yang sepatutnya menjadi laluan pejalan kaki dan ruang orang awam lain guna kemudahan?

6. Sejauh mana tindakan & kekejaman yang Pihak Berkuasa Tempatan menuntut hak sebagai pentadbir Kuala Lumpur?

Cuba nilai semula jenis perniagaan dan cara mereka ( penjaja ) ini mencari rezeki? Halal ke pendapatan mereka dengan menipu pemerintah ( Kerajaan ). Apa hukuman yang setimpal bagi mereka? Last edited by abbyhoney on 26-9-2014 01:29 PM

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 01:31 PM | Show all posts
abbyhoney posted on 26-9-2014 01:26 PM
Dari sudut pandangan seorg peniaga atau penjaja berlesen

Hisham Hashim

Betul. Selalunya kita bersimpati dgn peniaga haram. Tapi kita jarang fikir utk peniaga berlesen.

kalau sesiapa boleh berniaga tanpa lesen, buat apa mereka yg bayar lesen Perlu bazir duit utk renew lesen?

juga, pernah kah kita fikir utk penduduk setempat yg rasa jijik dgn peniaga haram ini?

dan pernahkah kita fikir adakah ni Akan menyusahkan pihak berkuasa menjalankan tugas mereka pada masa depan...pasal Segalanya tertakluk pada "rasa simpati" public....undang2 tu sekadar hiasan saja...?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2014 01:46 PM | Show all posts
Memandu melulu, pelajar dibicara semula 15 Disember

PETALING JAYA 19 Okt. - Mahkamah Majistret di sini menetapkan 15 Disember ini untuk perbicaraan semula kes seorang bekas pelajar kolej yang didakwa memandu secara melulu dan berbahaya sehingga merempuh pelanggan yang sedang menjamu selera di luar sebuah restoran, tujuh tahun lalu.

Tarikh perbicaraan itu ditetapkan oleh Majistret Aishah Hijriah Arshad hari ini ekoran perintah Mahkamah Rayuan pada 3 Ogos lalu yang mengarahkan kes ke atas Charlene Joseph Jindi, 28, dibicarakan semula.

Mahkamah Rayuan memerintahkan demikian setelah pihak pendakwaan menarik semula rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 18 Ogos 2008 yang membenarkan rayuan Charlene untuk mengetepikan hukuman penjara dua tahun dan denda RM8,000 selain lesen memandunya digantung selama tiga tahun.

Dalam keputusannya, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Su Geok Yiam berpendapat, sabitan dan hukuman yang dibuat oleh Majistret Azroul Hisham Azulan pada 6 Jun 2007 telah tersalah arah mengenai beban bukti dalam kes pendakwaan dan pembelaan.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa melakukan perbuatan tersebut ketika memandu kereta Nissan Sentra bernombor BEJ 9827 di Jalan 14/14, Seksyen 14, Jalan Semangat di sini pada pukul 2.15 pagi, 25 Mei 2003.

Ketika itu mangsa kejadian, Nur Shuhaila Tajudin, 19, bersama empat rakannya sedang menjamu selera di sebuah meja yang diletakkan di atas jalan di hadapan restoran terbabit sebelum dirempuh kereta yang dipandu oleh Charlene.

Nur Shuhaila meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sementara empat lagi cedera parah.

Kejadian itu mendapat liputan meluas media massa sehingga Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) mengarahkan restoran tersebut ditutup serta-merta dan lesennya dibatalkan.

Charlene yang berasal dari Sarawak didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh membawa hukuman penjara mandatori tidak lebih 10 tahun dan denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Yusaini Amer Abd. Karim.


^^^ni cth penguatkuasa yg tak buat keje ke hapa??byk kot kedai2 mamak yg letak meja mkn kt lot2 parking tp nape dibiarkan aje?^^double standard^^
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 11:59 PM | Show all posts
Pegawai yang bergaduh dengan peniaga hanya pertahankan diri - DBKL


KUALA LUMPUR: Pegawai penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), yang dipaparkan di dalam sebuah video viral bergaduh dengan seorang peniaga tanpa lesen, hanya berbuat demikian untuk mempertahankan dirinya.

Menurut Pengurus Perancangan Korporat DBKL, Dr Ismail Stapa, pihak DBKL sering mendapat tentangan semasa mengambil tindakan penguatkuasaan, tetapi pegawai dan anggota penguatkuasa diarah untuk mematuhi prosedur penguatkuasaan (SOP) yang telah ditetapkan.

“Antara SOP yang perlu dipatuhi oleh anggota Penguatkuasa DBKL ialah mereka tidak boleh menyentuh tubuh badan orang yang diambil tindakan, kecuali mempertahankan diri.

“Satu lagi SOP ialah sekiranya tindakan itu melibatkan wanita, hanya pegawai wanita dibenar melaksanakannya.

“Pegawai penguatkuasa yang terlibat di dalam insiden pergaduhan ini hanya mempertahankan dirinya.

Menurutnya, laporan polis juga telah dibuat berhubung kejadian tersebut.

“Kami telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu kerana menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugasnya,” kata Dr Ismail kepada Astro AWANI.

Dr Ismail menambah bahawa penjaja tersebut tidak mempunyai lessen bergerak yang merupakan syarat untuk berniaga di kawasan taman riadah.

“Taman Tasik Permaisuri merupakan salah satu taman rekreasi yang menjadi tumpuan warga kota beriadah dan bersiar-siar terutamanya pada hari Sabtu, Ahad dan cuti am. Terdapat sejumlah enam penjaja berlesen beroperasi di lokasi berkenaan.

“Atas permintaan daripada pengunjung yang ramai di taman tersebut, penjaja tanpa lesen mula bertapak sehingga mencecah kepada 19 orang.

“DBKL sering menerima aduan daripada pengunjung taman ini dan daripada penjaja berlesen sedia ada berkaitan penjaja-penjaja tanpa lesen yang telah menyebabkan halangan di laluan pejalan kaki, kekotoran, gangguan ketenteraman serta menggunakan kemudahan tempat letak kereta untuk beroperasi.

“DBKL telah kerap kali mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas penjaja tanpa lesen ini. Sepanjang Januari hingga Ogos 2014 sahaja, sebanyak 38 notis untuk menjaja tanpa lesen telah dikeluarkan dan telah menyita 36 penjaja tidak berlesen,” katanya.

Video pergaduhan di Taman Tasik Permaisuri itu menjadi viral baru-baru ini dan menjadi topik perbualan di laman media sosial.

Video itu pada mulanya memaparkan beberapa pegawai penguatkuasa DBKL mendekati gerai penjaja yang menjual minuman itu, dan menyatakan hasrat untuk menyita gerai tersebut.

Seorang pegawai penguatkuasa dilihat cuba memegang tangan peniaga tersebut namun ditepis beberapa kali.

Peniaga tersebut mulai berang dan meninggikan suara apabila rayuannya tidak diendahkan pegawai penguatkuasa terbabit.

“Saya pun cakap elok-elok. Jangan angkat. Sue (saman)lah. Bukan saja jual dadah. Saya meniaga.

“Ini barang niaga lah. Kau nak buat apa benda-benda ni semua.”

Pergelutan kemudiannya berlaku apabila peniaga itu bertindak menolak pegawai berkenaan yang cuba menghalangnya daripada meneruskan perniagaannya.

Beberapa pegawai DBKL dan peniaga lain cuba meleraikan kedua-dua wanita itu, namun, pergelutan berterusan sehingga kedua-dua tudung wanita yang bergelut itu terlucut.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.070738 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list