CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7676|Reply: 68

[Tempatan] Updated: belum 24jam skandal Jemin didedahkan!!

[Copy link]
Post time 23-9-2014 03:21 PM | Show all posts |Read mode

Azmin pertikai KETUM dipecat sbg Penasihat Ekonomi selangor


KUALA LUMPUR 23 Sept. - Menteri Besar Selangor, Azmin Ali mempersoalkan kewajaran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Penasihat Ekonomi Selangor.
Beliau mempertikaikan pemecatan itu memandangkan ia dilakukan pada hari terakhir Abdul Khalid menerajui pentadbiran kerajaan negeri Selangor.
“Dia baru dipecat semalam, sudah tentu ini menimbulkan persoalan," katanya dalam sidang akhbar di kediaman ibunya, Che Tom Yahya di Kampung Klang Gate Baru dekat sini hari ini.

* apa lagi episod selepas ini.


Serentak dgn itu episod ini pun bermula:

Panas!! Skandal Rasuah Azmin Ali Dan Shamsidar Didedahkan



By editor-2 September 23, 2014 : 2:44 pm


KENYATAAN ASAL OLEH BEKAS PEGAWAI KANAN BPR (SPRM)
————————–
Saya adalah seorang bekas pegawai kanan BPR yang terlibat di dalam penyiasatan kes terhadap Azmin Ali dan isterinya Shamsidar pada tahun 1995. Saya rasa terpanggil untuk mendedahkan bagaimana ‘corrupt’ seorang bernama Anwar Ibrahim dan Azmin Ali di mana kedua-duanya kaya raya dan malah cerita Shamsidar merupakan gundik Anwar pada saya bukanlah suatu yang mengejutkan kerana telah lama perkara ini berlaku.
Hanya orang yang pekak, buta dan tuli sahaja yang sengaja mengatakan segala cerita ‘corrupt’ dan juga skandal seks mereka sebagai suatu cerita rekaan atau konspirasi.
Disini saya hendak menunjukkan contoh bagaimana seorang Ketua Pengarah BPR ketika itu, iaitu Datuk Shafee Yahaya kononnya seorang yang baik, berintegriti, pernah mendedahkan kononnya Dr Mahatir menengkingnya dalam kes Hassan Abul (Pegawai BNM) dan kemudian buat buku pula yan menunjukkan bagaimana baiknya dia.
Tapi dalam diam dan ramai orang BPR tahu dia telah menghentikan siasatan kes Azmin Ali setelah mendapat arahan Anwar. Kalau Datuk Shafee betul-betul bersih saya tabiklah. Tapi nak saya bongkarkan ke kisah Datuk sebelum Datuk jadi KP BPR? Maka Datuk Shafee tolonglah jangan nak komen apa-apa selepas pendedahan ini.
KRONOLOGI KES
Siasatan kes ini bermula daripada satu maklumat (yang di tandakan sebagai Lampiran A). Pemberi maklumat menyatakan dengan jelas pemilikan harta Azmin Ali yang ketika itu 1995 hanyalah Setiausaha Sulit (SUS) Anwar yang bergaji lebih kurang RM2400/=. Kalau sekarang beliau hanyalah gred 41 sahaja di dalam Perkhidmatan Awam.
Ekoran daripada itu, satu report polis telah dibuat bagi membolehkan BPR menjalankan siasatan (lihat Salinan Repot yang ditandakan sebagai Lampiran B). Repot yang dibuat adalah bertarikh 24.5.1995.
Ekoran itu, satu minit ringkas dikemukakan oleh Allahyarham Basri bin Idris sepertimana Lapiran C berkembar. Ia menunjukkan pemilikan harta Azmin sejak 1991 – 1995, antara lain memiliki sebuah BMW 325i, Proton Wira 1.6 Xli, Proton Satria 1.6 Xli. Proton Perdana 2.0 SE, 1000 saha,m Hicom, sebuah rumah No. 23, Jalan 1/4D Bukit Mas, Taman Melawati seluas 8500 sqft. Hebatkan? BPR siasat ke?
Atas arahan Datuk Shafee (lihat minit no. 2), pegawai penyiasat diarahkan supaya tidak memohon Notis Pengisytiharan Harta yang sepatutnya di keluarkan di bawah seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 1961 kepada Azmin Ali.
Tuan-tuan semua tahu, kalau dalam keadaan biasa, bukan setakat notis, tetapi Azmin sudah tentu akan ditahan untuk siasatan BPR. Knowing how BPR’s style of work. Besar atau tidak pangkatnya Azmin yang hanya gred biasa dalam perkhidmatan awam ketika itu, Pengarah Siasatan diarah oleh Datuk Shafee supaya berjumpa sendiri Azmin di pejabat TPM (siapa lagi kalu bukan Anwar Ibrahim) dan meminta Azmin mengemukakan pengisytiharan secara sukarela.
Now, what is the legal implication when Azmin voluntarily declare his asset? Meaning to say he is not bound for any criminal prosecution under Prevention Corruption Act and Penal Code if the Public Prosecutor satisfy as to how Azmin having an unexplain excessive property.
Diketika itu, kami yang terlibat di dalam penyiasatan merasakan amat pelik dan juga frustrated dengan arahan yang dikeluarkan oleh Datuk Shafee.
Namun saya amat merasakan bagaimana Arwah Basri Idris meneruskan usahanya bagi memperoleh Notis Pengisytiharan Harta itu (limat minit No. 2 bertarikh 20/6/1995) bagi membolehkan siasatan diteruskan untuk memeriksa pengaliran wang dalam akaun-akaun Azmin Ali (quoted as YDS at para 6 of the minutes).
Usaha mendapatkan Notis Berjaya dan lihat Minit-Minit bil 4 – 9 dan Kertas Siasatan dirujuk kepada Datuk Shafee pada 8 Mei 1996.
Rujuk minit 10, lihat bagaimana Datuk Shafee mahu kes ini dirujuk kepada TPM dengan minitnya bertarikh 9/5/1995. Apakah integrity BPR ketika itu di bawah pimpinan beliau yang mana Datuk Shafee sering menekankan integrity di kalangan kami. Akhirnya lihatlah minit bil 15, Kertas Siasatan dikemukakan kepada Datuk Shafee bertarikh 12/9/1996 oleh Dato’ Mohd Zawawi Nordin, Timbalan Ketua Pengarah BPR ketika itu. Beliau secara jelas memberitahu harta Azmin adalah diluar kemampuannya.
Dramatiknya selepas itu, Kertas Siasatan ini terpendam atau dipendam macam jeruk oleh Datuk Shafee atas arahan Anwar Ibrahim.
Sehinggalah pada 23/9/1997 (setahun lebih), tiba-tiba Datuk Shafee has violated a law when personally instructed this investigation to be closed. Minit beliau berbunyi (rujuk minit 16) “Telah maklumkan kepada YAB TP” dan beliau menulis “KUS”. Perkataan KUS bermakna Kemas Untuk Simpan. Ia adalah terminology yang digunakan oleh BPR dan Polis apabila suatu siasatan itu telah siap dan tiada tindakan lanjut.
Perbuatan Datuk Shafee ini melanggar undang-undang jenayah di bawah Kanun Tatacara Jenayah dan juga Perlembagaan Persekutuan kerana beliau tiada hak untuk mengarah suatu siasatan dihentikan melainkan arahan Pendakwaraya. Namun oleh kerana terlalu taksub kepada Anwar Ibrahin he has betray his own agency dan terutamanya Rakyat Malaysia.
Di bawah ini tuan-tuan bolehlah tatapi pengisytihatan harta secara sukarela Azmin Ali dan di dalam fail siasatan BPR bernombor 15/5/1995. Datuk Shafee telah hilangkan Notis Pengisytiharan Harta dan juga pengisytiharan harta Azmin Ali.
Pengisytiharan harta secara secara sukarela Azmin Ali dapat tuan-tuan baca daripada fakta kes Pegawai Penyiasat yang saya tandakan Lampiran D. Jangan tuan-tuan buta, cek-cek yang masuk dalam akaun Shamsidar sahaja ketika itu sudah melampaui RM7 juta lebih. Seorang suri rumahtangga amat kaya dan dikayakan oleh Anwar.
Sebab itu apabila Anuar Shaari memberi dokumen-dokumen pemilikan saham Shamsidar dan Azmin untuk siasatan lanjut, apakah masyarakat buta? Saya dapat download dokumen-dokumen itu melalui website dan silalah baca sendiri.
Orang seperti Datuk Shafee telah merendahkan martabat BPR dan lihat penyamun yang diselamatkannya ketika itu menjadi penderhaka kepada Negara. Banyak kerosakan telah dilakukannya. I need not to explain more about this. Hanya orang yang buta, pekak dan tuli akan jadi bahalol dunia seperti Datuk Shafee.
Kes ini melibatkan satu siasatan oleh BPR ke atas Azmin Ali Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar dan isteri Azmin, Shamsidar (hanyalah seorang surirumah) pada tahun1995.
Siasatan dibuat ke atas Azmin kerana dikatakan mempunyai harta peribadi yang banyak hasil daripada perlakuan rasuah yang dilakukan semasa memegang jawatan Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar pada waktu tersebut. Ketika Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan Malaysia.
Berdasarkan maklumat dan repot polis yang diterima, satu Kertas Siasatan telah dibuka bernombor BPR/KS: Semasa siasatan dibuat mendapati gaji Azmin hanya RM2,442.00 sebulan tetapi mampu untuk membeli 2 buah rumah iaitu;
Rumah pertama: double storey banglow di Setapak harga RM284,118 dengan deposit sebanyak RM14,181 dan bayaran bulanan sebanyak RM3,376.75.
Manakala rumah kedua: rumah berkembar di Taman Melawati harga RM210,000 dengan deposit sebanyak RM60,000 dan bayaran bulanan sebanyak RM1,110.35.
Jika dicampurkan kedua bayaran bulanan ialah sebanyak lebih kurang RM4,500.00. Ini sahaja dah menunjukkan hutang Azmin melebihi sekali ganda gaji bulanan beliau. Di mana Azmin mendapat wang tambahan untuk menampung bayaran hutang ini?
Bukan itu saja, tak mungkin semua gaji Azmin di gunakan untuk membayar hutang rumah? Bukankah ini sahaja dah mencukupi menunjukkan Azmin mempunyai pendapatan yang lain. Itu tidak diambil kira lagi dimana Azmin mendapat wang untuk membayar wang deposit rumah-rumah tersebut.
Siasatan yang dijalankan oleh BPR juga membuktikan Azmin memiliki 2 buah kenderaan iaitu;
BMW no plat BBN 3 berharga RM160,529.85.81 dimana bayaran deposit sebanyak RM120,529 dan bayaran bulanan pula sebanyak RM875 sebulan.
Kereta kedua pula Proton Perdana no plat WDU 64 berharga RM80,767.81 dengan ansuran bulanan sebanyak RM700.
Jika kita lihat komitmen bulanan bagi kedua kereta ini ialah lebih kurang RM1,700. RM1,700 pada ketika itu nilai yang besar. Mana tak nya kalau dilihat gaji setiausaha sulit TPM pun pada masa tu baru RM2 ribu lebih.
Saham yang dimilik oleh Azmin dan isterinya juga umpama seorang bisness man. Cuba kita lihat bagaimana isteri seorang penjawat awam mempunyai saham di dalam pasaran saham dengan nilai keseluruhan melebihi setengah juta.
Itu tak termasuk baki-baki didalam akaun bank yang pernah satu ketika mencecah RM300 ribu lebih. Cuba lihat keadaan yang saya nyatakan di atas. Adakah kita mempercayai penjawat awam boleh hidup dengan sedemikian?
Tetapi perkara yang paling membingungkan saya apabila BPR menutup kes ini? Sedangkan memang jelas Azmin dan isterinya mempunyai harta yangberlebihan yang tidak setimpal dengan pendapatannya.
MENGAPA SIASATAN BPR DIHENTIKAN? SIAPA YANG MEMPUNYAI KUASA UNTUK MEMBERHENTIKAN SIASATAN INI?ADAKAH ORANG YANG MEMBERHENTIKAN SIASATAN INI BERSENGKOKOL DENGAN AZMIN ATAUPUN TAKUT KEPADA PEMIMPIN PADA MASA TERSEBUT?
Untuk makluman, pada waktu itu Ketua Pengarah BPR adalah Dato Shafee Yahya. Dengan nyata skali KP BPR telah membuat satu keputusan yang tak relevan bilamana menghentikan siasatan ini. Apa sebenarnya yang berlaku? Jika kita tunjukkan perkara ini kepada budak sekolah pun mereka dapat menilai bahawa tak mungkin dengan gaji RM 2 ribu lebih sebulan mampu mempunyai gaya hidup mewah seperti Azmin.
TETAPI kenapa Dato Shafee menghentikan siasatan ini? ADAKAH kerana bersengkongkol? Favouritism? Mengikut telunjuk pemimpin seperti kerbau dicucuk hidung? Ataupun samada dah NYANYUK?
Kite cuba renung-renungkan kembali berkaitan dengan perkara ini dan lihatlah lampiran-lampiran yang diupload besama. Ingatlah hidup ini hanya perjalanan yang sementara sahaja. Jangan ingat kita terlepas untuk selama-lamanya.



http://www.pru14.tv/2014/09/23/p ... amsidar-didedahkan/

Last edited by crossfire on 23-9-2014 03:31 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2014 03:24 PM | Show all posts
tarik rambut dlm tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 03:25 PM | Show all posts
Baru aje cakap dlm thread Faekah sblm ni..

Bagi aje ler pempuan tu seronok sikit sblm kena buang...

Tapi tak per..Jibby akan tetap balas jasa dia..byk jawatan KSU boleh di create..kalau tak KSU 1 boleh create KSU 2 etc. etc.  janji masyukkkkkkk...

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah khalid ibrahim yang wujudkan jawatan tu..dia pecat n hapuskanlah jawatan tu...

Kalau azmin rasa jawatan tu perlu..tubuhkanlah semula n lantik jer semula anwar..xyah gaduh gaduh..

Azmin sebagai mb..boleh jer tubuhkan macam macam jawatan lain lagi..awak kan mb..xkan tu pun nak suruh wan jijah ajar??
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 03:27 PM | Show all posts
azmin susah bebeno nak tinggalkan abang angkat kesayangan tu..lahaiiii....bangkit lah azmin...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Duh..baru angkat sumpah cari gado
Nak sgt ada penasihat lantik semula la
Alang2 dh nk umum exco baru kan...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2014 03:31 PM | Show all posts
ResellerMaxis posted on 23-9-2014 03:25 PM
Dah khalid ibrahim yang wujudkan jawatan tu..dia pecat n hapuskanlah jawatan tu...

Kalau azmin ra ...

dia nak tunjuk la dia seorg pemimpin.  Seorg pemimpin perlu dengar dan siasat apa2 tindakan org bawahan. Wpun dia buleh guna kuasa dia sptmana Hj Hadi menvetokan keputusan PAS Pusat tapi sebagai pemimpin berjiwa besar (yg dia mahu tunjukkan) dia beri peluang Faekah justify tindakan itu.  Dan tentunya alasan menjimatkan perbelanjaan tidak berasas kerana penjimatan gaji ialah RM12 setahun...

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 03:33 PM | Show all posts



Ini punya cerita zaman bila daaa...

ok next...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2014 03:37 PM | Show all posts
kalau selangor takdapat balik ke barisan nasional....mmg looser nak mampos macam macai dia jugak la barisan ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
a_gen2 posted on 23-9-2014 03:31 PM
dia nak tunjuk la dia seorg pemimpin.  Seorg pemimpin perlu dengar dan siasat apa2 tindakan org ba ...

Gaji anwar jer rm 12..sewa opis saper bayar..gaji pekerja kat opis tu semua..elaun anwar segala bagai..berapa banyak dah semua tu??

Btw..azmin ali mulakan langkah kanan apabila jadi imam..



Azmin juga akan kaji balik berkenaan rampasan bible..hehe

Kalau azmin ali pulangkan bible tu..mesti kita dapat dengar sultan murka sebagaimana sultan murka pada khalid samad..ehehe

Azmin ali jangan lupa lantik khalid samad sebagai pengerusi gereja dan kuil di selangor..lama dah khalid samad perjuangkan gereja n kuil yang terdapat di selangor walaupun di luar kawasan parlimen beliau..

Sudah sampai masa beliau diberikan sedikit penghargaan..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2014 03:41 PM | Show all posts
a_gen2 posted on 23-9-2014 03:33 PM
Ini punya cerita zaman bila daaa...

ok next...

zaman apa pun, musuh politik tetap akan mencari jalan , dan pastinya byk lagi lepas ini, cerita lama, baru akan digabungkan menjadi DRAMA berepisod,
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 03:45 PM | Show all posts
korg berasaklah janji aku heppy jek duk kt selangor ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2014 03:45 PM | Show all posts
ResellerMaxis posted on 23-9-2014 03:40 PM
Gaji anwar jer rm 12..sewa opis saper bayar..gaji pekerja kat opis tu semua..elaun anwar segala ba ...

secara peribadi abam keross tak menyukai azmin, byk sejarah tak baik...

tak kisahlah pembangkang tetapi pemimpin kena ada karisma macam TSKI.

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 03:45 PM | Show all posts
wow dahsat....bulih dapek salinan ni....hebat
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 03:45 PM | Show all posts
mari kita saksikan episode baru Selangor di bwh pimpinan Azmin Ali
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah sultan dah berpakat dengan bn untuk lantik azmin..agar mudah bn menyerang azmin..dulu pasang cctv dekat opis khalid..nampak khalid wat keje je..

Pasang kat opis azmin..boleh nampak orang makan ais krim
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2014 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
crossfire posted on 23-9-2014 03:45 PM
secara peribadi abam keross tak menyukai azmin, byk sejarah tak baik...

tak kisahlah pemba ...

Khalid pun bukan baik sangat..cuma tanya orang dalam guthrie..saper yang jahanamkan guthrie..siapa yang menyebabkan kerugian besar untuk perlaburan perladangan di indonesia?

Cumanya cyber trooper pr bijak jer...orang macam khalid pun dia orang boleh bagi nampak clean..

Kalau x..xder lah pkr sampai wat forum nak citer keburukan khalid..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 03:50 PM | Show all posts
a_gen2 posted on 23-9-2014 03:33 PM
Ini punya cerita zaman bila daaa...

ok next...

macai felda pprt baru jumpa kot....dulu2 duduk rumah takde letrik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2014 03:51 PM | Show all posts
ResellerMaxis posted on 23-9-2014 03:49 PM
Khalid pun bukan baik sangat..cuma tanya orang dalam guthrie..saper yang jahanamkan guthrie..siapa ...

begitulah adanya...berbandng TSKI, Azmin lagi teruk dgn aiskerimnya..silap2 dlm dewan nanti ada DUN bawak aiskerim kih kih...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2014 03:55 PM | Show all posts
sekel posted on 23-9-2014 03:45 PM
mari kita saksikan episode baru Selangor di bwh pimpinan Azmin Ali

Tan Sri Khalid Cipta Sejarah, Jadi Orang Kedua Pecat Anwar Ibrahim Selepas Tun Mahathir.




Khidmat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor ditamatkan susulan keputusan untuk menutup pejabat berkenaan di Plaza Perangsang, berkuatkuasa serta merta bagi menjimatkan kos pentadbiran.

Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI), Faekah Husin berkata, perkara itu dipersetujui pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Isnin.

Beliau berkata, langkah itu dibuat kerana berpendapat hal ehwal ekonomi boleh dilakukan Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC) yang juga pusat sehenti dan memiliki pegawai terlatih serta berpengalaman terutama melibatkan urusan pentadbiran, prosedur dan promosi.

"Kita mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas sumbangan dan perkhidmatan beliau sepanjang menjadi Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

"Semenjak penubuhannya, pelbagai fitnah dan kontroversi telah timbul antara lain tohmahan gaji yang diterima oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim serta peranan dan sumbangannya kepada kerajaan Selangor sesuai dengan jawatan yang disandang," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.
Ternyata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggunakan peluang untuk mempengerusikan mesyuarat MMKN terakhirnya sebaik mungkin dengan membuat keputusan itu.

Sehubungan itu, Faekah berkata, adalah wajar pejabat berkenaan ditutup supaya peranannya tidak bertindih dengan tugas dan tanggungjawab pegawai kerajaan negeri yang dikhususkan untuk menjaga hal ehwal ekonomi dan pelaburan Negeri Selangor.

Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor ditubuhkan pada 2009 dan diletakkan di bawah MBI serta bertujuan untuk memanfaatkan pengalaman dan kepakaran Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam bidang ekonomi dan kewangan sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Sumber : http://jejarikami.blogspot.com/2014/09/selangor-khalid-ibrahim-tamatkan-tugas.html

*Hebat Tan Sri Khalid kerana menjadi orang kedua pecat Anwar selepas Tun Mahathir. Percayalah bahawa Tan Sri takkan menyesal pecat Anwar Ibrahim.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.128157 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list