CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33249|Reply: 568

[Jenayah] lebih 20taon kita tertipu

[Copy link]
Post time 24-9-2014 08:21 PM | Show all posts |Read mode
lebih 20taon petronas menggali minyak baru hari nih tv3 suku sahkan
tiada setitik minyak pon kita perolehi

tu pasal takbleh nak bayar royalti pada kelantan





ropanya selama nih pelantar-pelantar minyak diguna untuk
memancing kerapu jek.
cet!!

namun sebarang bayaran royalti hasil tangkapan kerapu juga masih
blom diterima kerajaan negeri


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2014 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Terengganu sudah beralih ke west coast kah?
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Gas asli dan petroleum dua benda yg berbeda kan?
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 08:34 PM | Show all posts
slema ni petronas buat kerja sia2..

tapi mampu pula bayar gaji staff n ada universiti lagi
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 08:34 PM | Show all posts
tkde minyak tapi ada gas sajo?
takde ke engineer ptronas dalam forum ni  leh cerita hal sebenar?
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 08:35 PM | Show all posts
biasala tb3 suku
tkde berita anwar, dia pi bantai klate psl isu royalti pulok..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2014 08:35 PM | Show all posts





kaka tunggu budak2 OnG mai beri sepatah dua kata
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 08:35 PM | Show all posts
nak tipu puak umno boley laaa kah kah kah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2014 08:36 PM | Show all posts
hasil hasil

hasil... mari lah merasa bersama sama
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 08:37 PM | Show all posts
At least dapat royalti kerapu pun jadek laa.
Kerapu sekilo pun mahal pe.

Jap... sejak bila Petronas start main ikan Kerapu ni?
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 08:49 PM | Show all posts
dekat tak semestinya kelantan punya

jangan la kampung sangat wahai orang kelantan

bikin malu je
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 08:50 PM | Show all posts
Ikan kerapu sedap masak apa ye?
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 08:52 PM | Show all posts
Jadi duit2 petronas yg konon diedar dan dilabur ke pantai timur dari minyak mana? Sabah Sarawak?

Sesuailah sabah sarawak kebuluran...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 08:53 PM | Show all posts
Petronas tak terikat bayar tunai hasil petroleum
[url=][/url][url=][/url][url=][/url]

217 0 0
PETRONAS tidak terikat secara undang-undang untuk membuat Bayaran Tunai daripada hasil petroleum di negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Ia berikutan sehingga hari ini, tiada petroleum didapati dan diperoleh di dalam negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia itu iaitu Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Ia berdasarkan terma 'di dalam negeri' dalam Perjanjian Pembayaran yang merujuk kepada tanah negeri dan laut Wilayah negeri tidak melebihi 3 batu nautika yang diukur dari garis air surut pesisiran pantai negeri.

Takrifan ini adalah berdasarkan undang-undang antarabangsa dan domestik yang terpakai, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan hari ini.

Berdasarkan Perjanjian Pembayaran yang ditandatangani antara Petronas dan negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang, negeri-negeri tersebut hanya berhak ke atas lima peratus daripada nilai petroleum yang didapati dan diperoleh di dalam negeri tersebut.

Kerajaan hari ini memutuskan untuk mengumumkan keputusan kajian Jawatankuasa Khas Bagi Penentuan Tuntutan Bayaran Tunai Daripada Hasil Petroleum Di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Kementerian Kewangan berkata pengumuman itu bertujuan memberi penjelasan sebenar kepada rakyat serta mengelak rakyat daripada terus diberikan berbagai versi yang tidak benar dan mengelirukan berhubung tuntutan tersebut.

Langkah ini perlu dilakukan bagi menjaga kepentingan negara supaya rakyat dapat memahami pendirian kerajaan itu dibuat berdasarkan kajian oleh satu Jawatankuasa Khas bebas bagi menghapuskan berbagai tohmahan dan salah sangka kepada pihak kerajaan.

Jawatankuasa Khas Bagi Penentuan Tuntutan Bayaran Tunai Daripada Hasil Petroleum Di Pantai Timur Semenanjung Malaysia telah memberi taklimat kepada Jemaah Menteri berkenaan penemuan jawatankuasa tersebut pada 28 Ogos 2013.

Jawatankuasa Khas tersebut ditubuhkan bagi menimbangkan persoalan-persoalan yang dinyatakan dalam Terma Rujukan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan mengemukakan pandangannya kepada Kerajaan Persekutuan.

Menurut Kementerian Kewangan, Jawatankuasa Khas tersebut tidak ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang, dan penemuan Jawatankuasa Khas tersebut yang dipengerusikan oleh Bekas Ketua Hakim Negara tidak mempunyai kesan undang-undang dan tidak mengikat ke atas Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan PETRONAS.

Anggota jawatankuasa itu pula perlu memberikan pandangan mereka secara bebas, adil dan tidak memihak kepada mana-mana pihak.

Tiga daripada enam anggota Jawatankuasa Khas itu masing-masing mewakili negeri Kelantan, Pahang dan satu wakil khas dari Terengganu dan selebihnya seorang bekas Ketua Setiausaha Negara dan seorang pakar dalam bidang undang-undang Perlembagaan.

Negeri Terengganu bagaimanapun tidak menamakan wakilnya dalam Jawatankuasa Khas tersebut manakala wakil dari Kerajaan Kelantan tidak hadir semasa Jawatankuasa Khas memuktamadkan laporan dan penemuan Jawatankuasa Khas.

Kementerian itu berkata Jawatankuasa Khas tersebut diberikan mandat untuk menimbangkan dua persoalan utama.

Persoalan utama ialah mengenal pasti jika ada negeri-negeri yang berhak di sisi undang-undang untuk menerima Bayaran Tunai daripada hasil petroleum di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Ia juga bagi menentukan formula dan kaedah pembayaran Bayaran Tunai tersebut kepada negeri-negeri berkenaan.

Kementerian Kewangan juga berkata hasil penemuan Jawatankuasa Khas tersebut merupakan antara perkara yang dipertikaikan di Mahkamah dan belum diputuskan oleh Mahkamah kerana kes tuntutan Kerajaan Negeri Kelantan ke atas hasil petroleum berkenaan masih berjalan.

Oleh itu, sebarang keputusan atau hasil kajian Jawatankuasa Khas tersebut tidak wajar dilihat sebagai mempengaruhi keputusan Mahkamah ke atas kes berkenaan, kata Kementerian Kewangan.

- Bernama


Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 08:54 PM | Show all posts
klu bn menang kelantan otomatik ade royalti.,
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 08:58 PM | Show all posts
http://ms.wikipedia.org/wiki/Petronas

Sejarah penemuan petroleum[sunting | sunting sumber]

Sejarah minyak di Malaysia bermula dalam abad ke-19. Rakyat Bumiputera di Sabah dan Sarawak telah menyedari wujudnya serapan minyak atau 'minyak tanah' seperti dikenali di setengah-setengah tempat terutamanya di sekitar kampung Miri.

Julai 1882, Residen British di daerah Baram telah mencatatkan adanya penemuan minyak. Beliau mencatatkan penduduk Melayu tempatan menggunakan minyak untuk tujuan perubatan dan untuk menghidupkan lampu minyak dan juga sebagai campuran damar untuk menampal perahu.
1909, syarikat minyak Anglo-Saxon iaitu syarikat asal kepada syarikat Sarawak Shell Berhad hari ini telah diberi hak untuk mengeksploitasi sumber petroleum yang terdapat di seluruh Sarawak.
Ogos 1910, Minyak dijumpai di Kampung Miri. Pada mulanya, sebanyak 8 tong minyak sehari telah dikeluarkan. Miri dapat dikatakan sebagai tapak bermulanya industri petroleum secara komersial di Malaysia.
1929, pengeluaran 29000 tong sehari. Carigali minyak tertumpu di daratan bandar Miri sahaja.
Tahun 1941-1945, telaga minyak Miri rosak teruk. Pengeluaran gagal dijalankan dan terpaksa ditutup pada Oktober 1972 sehingga ke hari ini.
1968, telaga minyak luar pantai yang pertama, West Lutong memulakan pengeluaran. 4000 tong minyak sehari dikeluarkan pada tahun 1968. 4 medan minyak telah diusahakan.

Sejarah petroleum di Sabah[sunting | sunting sumber]
1885, Data geologi tanah telah diambil dan menunjukkan adanya potensi petroleum di dasar lautan.
1905, Syarikat Eksplorasi British Borneo diberi hak istimewa untuk mengeluarkan segala hasil bumi di Sabah. Walaupun ada penemuan kesan-kesan minyak, tidak ditemui takungan minyak yang boleh dikeluarkan secara besar-besaran.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2014 08:59 PM | Show all posts
Sejarah petroleum di Semenanjung[sunting | sunting sumber]
PATUTLAH KAJIAN MEMANJANG

Minyak turut digunakan untuk campuran membuat damar menampal sampan yang bocor Di Terengganu Penduduk kampung menggunakan 'minyak tanah' sebagai minyak panas terutama untuk mengurut bahagian luar yang sakit dan terseliuh. 'Semburan gas minyak' pernah dilaporkan di Bagan Datoh, Perak.

Sebelum 1950-an Jabatan Geologi tidak mendapati minyak terdapat di bahagian daratan Semenanjung Malaysia.

1950-an, Kajian eksplorasi mula di lakukan di luar pantai Terengganu. Penemuan minyak di Seria, Brunei mengukuhkan pendapat bahawa minyak memang terdapat di luar pantai Semenanjung Malaysia.
1954, Kajian seismik marin pertama dibuat di Sarawak.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 09:03 PM | Show all posts
diaorang tak paham pasal 3 batu nautika tu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
tekoyong posted on 24-9-2014 08:49 PM
dekat tak semestinya kelantan punya

jangan la kampung sangat wahai orang kelantan

Dogol ...statement dia pantai timur semenanjung...
teganu kat celah lobang idung mana plak..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 09:15 PM | Show all posts
ooo gitu ......



pakcik hamid gigi rongak...
pesara pekerja badan berkanun...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.186858 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list