CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: monxys

Sidang Media Shilalat dan Nd lalat tidak berjaya.. Wartawan Boikot deols katanya

  [Copy link]
Post time 25-9-2014 01:50 PM | Show all posts
gigih ber slide bagai..
kalau rasa xperlu wartawan msia ignore ja wartawan caprut tu
esok wartawan berslide pulak abis aib semua kuar..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2014 01:54 PM | Show all posts
wannoorazlina posted on 25-9-2014 01:49 PM
si lalat tu nd lala nokss
buka shila hamzah
pening sekejap mak baca komen ko nokss

iols panggil shila hamzah tu silalat la noks
kan dulu diorang panggil shilalat gak shila nih...hahaha...tu la pening anak beranak lalat
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 01:55 PM | Show all posts
lil_honey posted on 25-9-2014 01:54 PM
iols panggil shila hamzah tu silalat la noks  
kan dulu diorang panggil shilalat gak shila n ...

ayokk....ini keluarga lalat sulah bikin olang semua pening lorrrr..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 01:58 PM | Show all posts
wannoorazlina posted on 25-9-2014 01:37 PM
yup..apa si shanaz ckp ada betulnya
mungkin si shilala pernah bagitao dia yg dia x enjoy hidup
a ...

curlassstt sgt speku mak ko.

tp maybe btol..aku rasa ramai je retis yg mak pak diorang pon retis.tp sendiri ade hal,sendiri setel..ni yg aku nmpak la..

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 02:01 PM | Show all posts
OVER btol anak beranak nih...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 02:02 PM | Show all posts
Selain itu, ND Lala mempersoalkan tindakan para media yang meminta pendapat artis-artis lain mengenai kontroversi anaknya. Contohnya kepada Datuk Hattan, DJ Dave dan Dayang Nurfaizah. Malah tindakan sebuah media meminta pandangan mufti mengenai tajaan syarikat judi untuk konsert (walaupun ia adalah fitnah) turut sama dikritik oleh ND Lala.


so, ape yg fitnah tue? konsert tue bukan syarikat judi yg sponsor ke maksudnya?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2014 02:03 PM | Show all posts
kalau dipihak yang benar pedulikan wartawan.. nanti kalau dah berjaya wartawan datang menyembah nak berita..tengok macam Siti . Malahan P.Ramlee pernah kata wartawan taraf bawah telapak kaki dia
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 02:03 PM | Show all posts
babydoll posted on 25-9-2014 01:58 PM
curlassstt sgt speku mak ko.

tp maybe btol..aku rasa ramai je retis yg mak pak diorang pon ...

mak aku ko jgn main2 jah oii
dia rajin skodeng gosip2 retis
ntah2 ada join forum ni kot
aku je xtao
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2014 02:05 PM | Show all posts
sepitsiput posted on 25-9-2014 01:40 PM
ND Lala dulu jd retis bukan cikai2 hokeh.. album terjual beratus ribu uniy juga... menang juga AJL & ...

tak delaku sangat album dia..lagu mat tahir mata air tu ke? boleh la..tapi jangan lupa lagu "Balada Cintaku Balada Cintamu" kisah dia pergi ke majlis perkahwinan kekasih dia yang berkahwin ngan oghang lain ..sapo dia  salwa abdul rahman
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 02:09 PM | Show all posts
enginelady posted on 25-9-2014 12:14 PM
abeh melingkup la karier shilala lepas ni

Dah ada beribu million peminat setia kat tanah besar cina tu . Apa la sgt peminat sekumit kat melesia ni . Ada tak lebeh tak de tak kurang. Tak jadi kudis pun . Naik mencanak lagi pasti punya
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 02:19 PM | Show all posts
juliez posted on 25-9-2014 12:46 PM
I think i read it here juga dkt forum cari yg pasal shila hencap sharnaz dlm one of the interview  ...




Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 02:23 PM | Show all posts
sepitsiput posted on 25-9-2014 01:17 PM
Meols rasa shila n nd lala sentap dgn wartawan yg nama jaydeesm tu sbb one day after concert dia b ...

sebenarnya masa konsert tu, ada reporter BH yg pegi. tapi beli tiket sendiri. sepanjang konsert tu dia dok cakap mandarin memanjang.
bila orang bersorak, reporter ni tanya la kat chinese yg ada Shila cakap ape. Dia cakap Shila mengaku dah ada kekasih hati.

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput posted on 25-9-2014 01:12 PM
Berita harian x payah feeling mulia sgt... dulu abpbh 10 tahun ditaja syarikat judi.. x kecoh pulak  ...

Oh kaedahnya pot calling the kettle black...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 02:24 PM | Show all posts
sepitsiput posted on 25-9-2014 01:12 PM
Berita harian x payah feeling mulia sgt... dulu abpbh 10 tahun ditaja syarikat judi.. x kecoh pulak  ...

Khennnn


Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 02:27 PM | Show all posts
Sidang Media Shila Amzah Gagal Jernihkan Hubungan Dengan Media

Sidang media yang dianjurkan penyanyi Shila Amzah, 24, pada Rabu bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku antara penyanyi itu dengan pihak media berbahasa Melayu bertukar kepada serangan peribadi kepada segelintir pengamal media.

Bapa penyanyi itu, ND Lala menggunakan peluang tersebut menghentam beberapa wartawan dengan mengulas semula status-status di laman sosial peribadi mereka dan mempersoalkan kewajaran status tersebut dimuat naik.

ND Lala atau nama sebenarnya Amir Hamzah, 52, berkata, media melayu cuba membuat provokasi dan memainkan sentimen bangsa antara kaum Melayu dan Cina.

Walhal perkara tersebut dicetuskan sendiri oleh anaknya yang dulu dikenali sebagai Shila Tekno itu melalui laman Istagram bertarikh 15 September lalu.

"Anak saya Shila didakwa mengagungkan media berbahasa Cina dan menyelar tindakan media berbahasa Melayu yang tidak membuat liputan dan menyokong konsert pertamanya. Sebaliknya Shila menyindir media berbahasa Melaysia lebih cenderung membongkar cerita peribadi dan kontroversi mengenainya termasuk isu cinta berbanding liputan berkaitan kerjaya. Fitnah atau fakta? " ujarnya pada sidang media yang diadakan di Mega Music, Cheras.

ND Lala turut mempertikaikan pencapaian wartawan-wartawan tersebut yang kononnya tidak setanding jika dibandingkan dengan apa yang telah dikecapi oleh anak kebanggaannya yang telah mengharumkan nama negara di mata dunia.

Penyanyi Era 90an itu turut berucap mengingatkan kepada tetamu yang hadir yang kebayakkannya terdiri daripada 90 peratus media berbahasa Cina itu beberapa kejayaan Shila yang patut diberi perhatian dan diingati.

Sidang media yang sepatutnya dihadiri oleh wakil-wakil media itu juga dilihat tidak mendapat sambutan media-media utama berbahasa Melayu, sebaliknya dipenuhi oleh segelintir peminat fanatik penyanyi tersebut yang diberi peluang bersama-sama menyaksikan sidang media itu.

Setelah dua jam sidang media berlangsung dengan dikendalikan oleh bapanya, Shila akhirnya muncul pada sesi soal jawab.

Shila yang menafikan tentang konsert tersebut mendapat tajaan daripada sebuah syarikat perjudian menganggap ia sebagai satu fitnah buat dirinya dan keluarganya.

Tambahnya, dia sangat tersinggung dengan laporan sebuah akhbar yang menyebut konsert sulung yang berlangsung pada 13 September lalu itu ditaja oleh syarikat judi.

"Saya sangat tersinggung dengan laporan sebuah akhbar yang mendakwa konsert saya ditaja oleh syarikat judi. Itu betul-betul mencalar reputasi saya sebagai seorang yang berhijab dan pada ayah saya yang sentiasa menyokong budaya dan agama. Saya tak boleh terima langsung perkara tersebut.


"Kalau anda (pihak media berkenaan) tidak boleh menulis sesuatu yang baik tentang saya, lebih baik lah jangan menulis apa-apa. Kalau pun anda tak suka dengan saya, anda boleh cakap terus pada saya tapi jangan kaitkan dengan ibu bapa saya", jelasnya.

Sementara itu, mengenai tindakannya memuat naik semula (re-post) status seorang peminat di Instagram (@shilahamzah_photography) yang mempersoalkan kehadiran media Melayu pada konsert tersebut sehingga tercetusnya kontroversi ini, Shila berkata, dia mempunyai pendapat sama dengan peminat yang tidak dikenali itu.

Dalam pada itu, Shila yang mempertahankan pendirian yang dianggap berada ditempat benar itu mengakui hanya memohon maaf atas dasar dirinya lebih muda daripada pihak yang tersinggung dengan tindakannya itu.

Namun dia menegaskan tidak sesekali memaafkan fitnah yang dilakukan terhadap dia dan keluarga.

Dia juga bersedia jika pihak media benar-benar mahu memulau atau boikot dari diberikan sebarang publisiti di media berbahasa Melayu.


- mD


http://malaysiandigest.com/hibur ... n-dengan-media.html
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 02:29 PM | Show all posts
dah boleh dah mohon kerakyatan negara yg sana tuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2014 02:30 PM | Show all posts
Tak pernah minat Shila Amzah tapi rasanya sometimes bila dia berkeras mcm ni bagus.
Wake up untuk wartawan sebab sometimes wartawan ni rasa dia tuhan and sume artist kena sembah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 02:35 PM | Show all posts
NHolmes posted on 25-9-2014 02:19 PM



Selagi mana boleh nak kaitkan kisah hidup dgn sharnaz dulu. Bila org cuit sikit terus meroyan. Bila la nak matang dia ni.

and ada satu lg i perasan, dia suka putar belit cerita. Mcm that day pasal kes me-layu. Now yg pasal repost ig kelab peminat dia tu. Kununnya she just repost it, bukan pandangan dia, but pandangan org lain which is kelab peminat dia la kan. But please laa, u agreed to the statement kut. So tak kira la pandangan siapa pun, once u agreed to the statement its count.

This below comment from her ig, but of course she deleted it lepas kecoh hari tu


Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 02:35 PM | Show all posts
tapi kalau tengok balik, mula dari kes ni. memang wartawan suka yang gosip je pon.. itu pun tak nak mengaku.. buktinya.. masa kes ni berlangsung. semua kisah bapak utang.. kisah itu.. kisah ini semua kuar balik.. lagik dengan pengakuan artis yg pernah kena boikot, bagaikan nak menunjukkan wartawan adalah jatuh bangun artis semata, jahat dengan wartawan jangan harap ko boleh berjaya gitew... wartawan... sentap yang amat.. shila.. sah2 tak matang dari dulu semua tahu
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 02:36 PM | Show all posts
Actually i x pernah dengar pon lagu melayu shila...i kenal dia waktu pertandingan nyanyi bila Ayu tu menang...
I x minat nak tau dia until kes dia nangis2 keluar ingus nyanyi untuk Shanaz...so if no coverage dari media pon tak berbekas..
Anyway i think she harumkan nama Malaysia di China so good for her and all the best...
ND Lala bila nak bayar hutang?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:15 AM GMT+8 , Processed in 0.260306 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list