CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2019|Reply: 34

[Tempatan] Cadangan rasionalisasi minyak RM1.80 seliter, kuota 120 liter sebulan

[Copy link]
Post time 30-9-2014 10:37 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran meneliti dan memperhalusi skim 'diskaun' yang diperkenal Icash Global Rewards dalam kaedah pemberian subsidi minyak.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, kaedah yang diperkenalkan itu lebih kepada memberi subsidi untuk kumpulan sasar yang amat memerlukan bantuan, dan tidak kepada semua seperti sekarang.

"Syarikat ini berjaya menyahut seruan kerajaan untuk program inovasi bagi kaedah penstrukturan program subsidi minyak negara yang selama ini dicari-cari," katanya merujuk kepada kumpulan perbincangan yang diwujudkan Perkasa untuk meneliti keberkesanan cadangan Icash Global Rewards.

"Bagi rakyat biasa yang dahagakan bantuan dan menghadapi kos sara hidup yang sentiasa meningkat, sistem ini menawarkan cadangan pembelian minyak RM1.80 seliter untuk kuota 30 liter seminggu atau 120 liter sebulan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Perkasa di Kuala Lumpur di sini hari ini.

Tambahnya, pembelian yang melebihi kuota akan dikenakan harga RM2.10 seperti yang dicadangkan.

"Bagi pemilik kenderaan yang berkemampuan, mereka dicadangkan membeli minyak RON95 dengan harga tanpa subsidi iaitu RM2.86.

"Manakala bagi kenderaan bukan milik warganegara, mereka dicadangkan harga yang berpatutan tetapi masih rendah daripada harga jualan di negara masing-masing," ujarnya.

Dalam pada itu, tambah Ibrahim, harga minyak diesel bagi kenderaan logistik juga dapat diturunkan.

"Kita harap ia dapat diturunkan ke tahap paling minimum, contohnya RM1.50 seliter.

"Secara logiknya, ia dapat menurunkan harga barang dan keperluan harian termasuk tambang pengangkutan bas, feri, bas sekolah, dan lain-lain," ujarnya.

Katanya lagi, kaedah yang diperkenalkan itu membolehkan kerajaan mendapat penjimatan RM9.85 bilion setahun, sekali gus menghapuskan ketirisan, penyelewengan dan penyeludupan bahan bersubsidi.

"Kerajaan juga tidak perlu mengeluarkan sebarang perbelanjaan kerana iCash akan menanggung semua kos, termasuk mengeluarkan kad 1Malaysia," tambahnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2014 10:57 PM | Show all posts
Icash Global Rewards - apahal nak go thru company dorman ni? Gomen tak boleh handle ka?

BTW, 120 liter per month duduk KL is pure BS. Kelisa kokak aku pun seminggu sedut 60 liter
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 11:02 PM | Show all posts
Sejak bila pula si katak ni tahu pasal penjimatan?  Bukan dia baham semua yang lintas depan mata?  
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 11:27 PM | Show all posts
apa yang katak bangang ni tahu???
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kereta sekarang..sebulan 3x refuel...dah lebih 15liter dari kuota
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 11:43 PM | Show all posts
mikasa posted on 30-9-2014 11:37 PM
Kalau kereta sekarang..sebulan 3x refuel...dah lebih 15liter dari kuota

that means u r using more than the average person

so you wont get a subsidy for the excessive usage

simple
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2014 11:45 PM | Show all posts
tapi aku percaya benda ni dalam kajian je nampak elok

nak laksanakan nanti camne? pakai IC ke???

nanti ada la kes hilang ic sebab bagi pinjam kat orang lain yang kuotanya dah abis
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 11:47 PM | Show all posts
bagi aku cara yang paling elok untuk agihkan subsidi minyak ini tanpa kos yang tinggi ialah dengan jangan bagi subsidi minyak terus

tapi tambahkan jumlah BR1M

bagi aku BR1M adalah kaedah direct subsidi yang terbaik setakat ini, terus ke golongan sasar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2014 11:50 PM | Show all posts
tiada subsisi + BR1M + GST

bagi aku formula di atas ialah formula ekonomi terbaik

tahniah najib

orang yang buta ekonomi takkan paham
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 03:23 AM | Show all posts
claim office ler
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 03:50 AM | Show all posts
Acong posted on 1-10-2014 03:23 AM
claim office ler

pakar ekonomi kaki pelacur
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 02:39 PM | Show all posts
AHMADVW posted on 1-10-2014 03:50 AM
pakar ekonomi kaki pelacur

siapa? anwart?
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 02:52 PM | Show all posts
perlu ke kad I-Cash??  IC dah tak cukup 'smart' kah??

Pun gitu, aku menyokong dgn cadangan RM1.80 utk 120 liter sebulan.  Mungkin 150 liter lebih adil.  Selain itu, kuota khas patut juga diberi semasa perayaan (mungkin extra 50 liter).

Ianya juga akan menggalakkan pemandu beralih kpd kereta yg lebih kecil, efisyen dan mengurangkan pencemaran dan pembaziran sumber tenaga.

Dan ianya secara tak langsung menghukum mereka yg punya kereta CC besar spt Vellfire.  Mereka byk duit tapi mereka consume paling byk petrol. Mana aci bayar harga minyak yg sama dgn org tak berduit pakai Kancil.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 04:00 PM | Show all posts
tekoyong posted on 30-9-2014 11:50 PM
tiada subsisi + BR1M + GST

bagi aku formula di atas ialah formula ekonomi terbaik

Itu formula nak beli undi org yang susah je.

Formula aku tiada subsidi (termasuk projek-projek yang tiada manfaat dan agensi yg takde faedah), tiada BR1m, tiada GST.
Tak perlu buang duit untuk penguatkuasaan dan pemantauan.

BR1m ni manfaat dia pada aku tak long term.

Better buat infra yang long term yang boleh tingkat produktiviti dan pendapatan penduduk.
Contoh sambungkan LPT daripada Kuala Terengganu ke KB dan Siam.
Ekonomi boleh meningkat, jimat masa dan petrol, pelancongan meningkat.



Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 04:04 PM | Show all posts
kluangman posted on 1-10-2014 04:00 PM
Itu formula nak beli undi org yang susah je.

Formula aku tiada subsidi (termasuk projek-projek  ...

ini strategi serampang dua mata dan win-win situation la

rakyat dapat duit, kerajaan dapat undi

sambil pancing undi, sambil tingkatkan kesejahteraan rakyat

simple sungguh, bikin highway je dah settlekan semua masalah??

delusi ni bro...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 04:05 PM | Show all posts
Yg aku nampak pak menteri boleh kaut duit dr i cash.

Takkan bg free servis...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2014 04:10 PM | Show all posts
kluangman posted on 1-10-2014 04:00 PM
Itu formula nak beli undi org yang susah je.

Formula aku tiada subsidi (termasuk projek-projek  ...

aki sokong...elok buat infra yg meningkatkan ekonomi...bukannya memambahkan lagi infra kat bandar walhal kat luar bandar punya laa tiada pembangunan..majukan dan banyakkan lagi bandar setelit supaya bandar berkembang..buka bertumpu ke pusat bandar sahhaja..Jalan di perluaskan ke kawasan pendalaman barulah menjadi pemangkin pembangunan...bukan hanya tertumpu di pantai barat saja...

Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 04:12 PM | Show all posts
kereta aku kurang pakai 50 liter seminggu...dalam 200 liter paling kurang.....hadoi laa...nak buat sesuatu biar cerdik sikit...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 04:16 PM | Show all posts
mengantoknya.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 04:18 PM | Show all posts
kesian pada owner kereta yg kuat pakai minyak
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.071896 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list