CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5656|Reply: 22

Pembedahan Jantung Ayah Punca Anuar Zain Bantu IJN

[Copy link]
Post time 1-10-2014 10:00 AM | Show all posts |Read mode
[size=0.75em]Anuar Zain tersentuh melihat penderitaan kanak-kanak penyakit jantung di IJN.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]KUALA LUMPUR: Penyanyi Anuar Zain mendedahkan pengalaman yang dilalui ketika pembedahan jantung yang dilakukan oleh bapanya Zain Abdullah, 76, di Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira 10 tahun lalu menjadi salah satu punca dia setuju untuk membantu kutipan dana majlis makan malam di The Majestic Hotel, di sini, pada 5 Disember depan.

Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain, 44, berkata, sukar untuk menggambarkan perasaannya ketika berada dalam situasi getir itu dan apa yang dirasai oleh ahli keluarga pesakit jantung yang sentiasa berhadapan dengan sebarang kemungkinan adalah antara hidup dan mati.

"Saya rasa dekat dengan IJN kerana bapa saya pernah melakukan pembedahan di sini 10 tahun lalu, ketika itu perasaan susah hati dan memang sukar untuk digambarkan apabila kita sentiada reda apa juga kemungkinan yang akan terjadi selepas pembedahan itu.

"Alhamdulillah, bapa saya selamat melakukan pembedahan tersebut dan sehingga kini dia masih mendapatkan rawatan susulan di IJN, saya juga selalu datang sini untuk menghantar bapa saya mendapatkan rawatan susulan." ujarnya kepada mStar Online, pada Selasa.




[size=0.75em]Anuar sempat melawat kanak-kanak yang mendapatkan rawatan di IJN.


Anuar berkata demikian pada sidang media majlis makan malam amal bersama Anuar Zain yang diadakan di Auditorium, Institut Jantung Negara, di sini, Selasa.


Majlis makan malam tersebut bertujuan mengutip dana bagi mewujudkan sebuah kumpulan sokongan Pusat Jantung Kanak-Kanak Kongenital IJN.


Pada majlis tersebut, Anuar berkesempatan membuat lawatan dan menziarahi kanak-kanak yang mendapatkan rawatan di pusat perubatan itu.


Sementara itu, Anuar berharap majlis amal berkenaan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban pesakit dan keluarga mereka.


"Saya harap dengan majlis makan malam ini sedikit sebanyak ada pihak yang akan tampil beri sumbangan dan membantu IJN dalam mengutip dana yang mereka perlukan.


"Saya juga berharap agar rakan-rakan artis lain yang mempunyai waktu terluang agar datang ke IJN untuk melawat pesakit-pesakit ini. Sekurang-kurangnya kita dapat memberi sedikit kegembiraan kepada mereka," ujarnya.


Dia juga akan menyanyikan lebih 12 buah lagu sepanjang sejam persembahan  berlangsung pada majlis itu.


Sementara itu, Pakar Klinikal Pusat Jantung Kanak-Kanak dan Kongenital, Dr Marshisham Che Mood berkata, pemilihan Anuar Zain adalah berikutan artis itu merupakan ikon kasih sayang.


Katanya, penyanyi itu bukan sahaja disayangi oleh golongan kanak-kanak, malah semula lapisan masyarakat.


"Kita nampak Anuar Zain seorang yang penyayang dan dia adalah ikon kasih sayang, semua golongan masyarakat suka dengan karekter dia.


"Kutipan ini adalah untuk dana kumpulan sokongan yang mana untuk membantu dan memberi sokongan kepada pesakit dan keluarga sepanjang proses perawatan yang dilakukan mereka," ujarnya.


Turut hadir pada majlis sidang media tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Intitut Jantung Negara, Datuk Dr Mohd Azhari Yakub dan Ketua Jabatan, Pusat Jantung Kanak-Kanak dan Kongenital, Dr Hasri Samion.


Tiket untuk majlis makan malam ini boleh dibeli melalui TicketCharge di talian 03 92228811 atau melayari www.ticketcharge.com.my


Manakala pembalian meja korporat boleh dibuat terus melalui talian 03 26178430/8317/8465 (Aziee Jais).



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2014 10:38 AM | Show all posts
penyanyi itu bukan sahaja disayangi oleh golongan kanak-kanak, malah semula lapisan masyarakat.


Kannn, umor dah 44. Tapi, xkawen lagi.
sayangnya ye dookkk....?
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 10:43 AM | Show all posts
kertu dh dek non..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 12:28 PM | Show all posts
ala....ak gemor tgk gambo akak yg pegang bby tu,,,dah elok bertudung..lengan plak...fail la..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagusnya anuar.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Abg nuar ikon kasih sayang hokayyy...
Tu xkisah peminat histeria peluk ciun dia...hehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2014 12:53 PM | Show all posts
abang nua jom kawin..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 01:00 PM | Show all posts
haikon kaseh sayang.....jgn tak tau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2014 02:23 PM | Show all posts
hahaha..pasal lengan tu aku pun setuju..huhu..tapi kenapa muka abang nuar pelik..cer korang tgk gambo2 lain pasal dia ngan ijn ni kat murai, etc..mcm bengkak sembab dan pelik..erkk..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 02:49 PM | Show all posts
semoga berjaya niat baik nih kan
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 02:54 PM | Show all posts
bagus la bang nuar
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 03:20 PM | Show all posts
jerukkedondong posted on 1-10-2014 12:53 PM
abang nua jom kawin..

alang2 pi la umah pak zain masuk meminang
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 11:21 PM | Show all posts
hakak nuar ni bukan x de org nak...berlambak anak dara, mak janda, mak2 orang nak. Jangan memilih sgt. Umo pun bukan makin muda
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 11:56 PM | Show all posts
enchikfitz posted on 1-10-2014 11:21 PM
hakak nuar ni bukan x de org nak...berlambak anak dara, mak janda, mak2 orang nak. Jangan memilih sg ...

persoalannya hakak nuar ni yg x nak...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2014 12:11 AM | Show all posts
RatuDunia94 posted on 1-10-2014 11:56 PM
persoalannya hakak nuar ni yg x nak...

dah tu kalau asyik mengharapkan hubungan yg tak pasti???????????
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2014 12:13 AM | Show all posts
hai bang nuarrrrr.....kehkehkehkehkeh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2014 12:14 AM | Show all posts
enchikfitz posted on 2-10-2014 12:11 AM
dah tu kalau asyik mengharapkan hubungan yg tak pasti???????????

yg x pasti tu lah membawa kebahagian utk sheols...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2014 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus la bang nuar.
Ramai la rajin ke ijn nanti
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2014 07:10 AM | Show all posts
MsLulu posted on 1-10-2014 02:23 PM
hahaha..pasal lengan tu aku pun setuju..huhu..tapi kenapa muka abang nuar pelik..cer korang tgk gamb ...

mencocok ker?? errkk...

obvious botoks ...gamba masa event bila ntah.. ada thread tuh ari tu..
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2014 07:10 AM | Show all posts
apa pasal dah macam muker DATOK KHALID JIWA laki si sitot tuh?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

21-4-2024 12:11 AM GMT+8 , Processed in 1.050371 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list