View: 1201|Reply: 8
|
[Tempatan]
Sambal, rendang, rahsia penyumbang pingat emas
[Copy link]
|
|
Sambal, rendang, rahsia kejayaan skuad pelayaran?
1 Oktober 2014
INISIATIF membawa bekalan makanan sendiri mungkin menjadi salah satu faktor penyumbang kepada kejayaan skuad pelayaran negara membawa pulang satu pingat emas dan dua pingat perak di temasya Sukan Asia ke-17 di sini.
Selain memasak nasi dan beberapa lauk seperti sambal, skuad negara juga dihidangkan dengan rendang, serunding, telur burung puyuh serta aiskrim bagi hidangan pembuka selera.
Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA), Mohd Afendy Abdullah berkata pihak persatuan membelanjakan kira-kira RM10,000 bagi menyediakan makanan dan minuman tambahan kepada atlet.
"Saya sendiri tidak sanggup melihat pelayar negara turun dalam keadaan lesu akibat hilang selera makanan apabila terpaksa menjamah hidangan yang sama yang disediakan oleh penganjur," katanya kepada Bernama ketika sibuk melayan pelayar negara menikmati hidangan tengah hari di venue pelayaran di Wangsan Sailing Marina dekat sini, hari ini.
"Apabila berada di luar negara, pelayar negara pasti rindu dengan masakan Malaysia," katanya.
Beliau berkata adalah menjadi satu tradisi sejak dahulu bagi skuad pelayaran negara membawa bekalan makanan sendiri apabila mengikuti kejohanan besar seperti Sukan Asia.
Skuad pelayaran menamatkan cabaran negara di Incheon dengan rekod pencapaian cemerlang dengan sebutir emas dan dua perak.
Pingat emas disumbangkan oleh Mohamad Faizal Norizan dan Ahmad Syukri Abdul Aziz menerusi acara 420 duo lelaki Dinghy manakala pingat perak masing-masing oleh Khairulnizam Afendy dalam acara Laser lelaki dan Nuraisyah Jamal/Umi Norwahidah Sallahuddin (420 Wanita). - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
utk skuad pelayaran saje makanan tambahan sampai 10k. 1 team ade berape orang? X membazir ke... |
|
|
|
|
|
|
|
caterer mana la yg dpt ni brahims ke...mcm nk mjamu krnduri kawen kot 10k..biar btl..skuad nya bape kerat sgt je.. Last edited by rosmahisham on 1-10-2014 11:24 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Sembang je kot...cz dah menang emas...kan sukan layar xpndang...hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
tanpa disangka menang emas..tahniah diucapkan |
|
|
|
|
|
|
|
kalo kalah tadi ... sure akan bagi alasan ... pelayar negara tak dok selera makan ...sebab tak dapat nak terima makanan korea .... |
|
|
|
|
|
|
|
lepas ni masuk sukan apa pun bawak la nasi hempet rendang lemang ketupat bagai
tak menang emas siap kauuu
10k macam kenduri kawen -
mohon sprm siasat - camne bawak benda alah makanan sampai 10k
1 tan makanan ke hapa |
|
|
|
|
|
|
|
Padahal makan smua makanan pprt tuh jadi lagi lembab/mengantuk sebab burminyak...pelik sungguh meleis. |
|
|
|
|
|
|
| |
|