CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nalis

[Tempatan] Jais, PDRM disaman kerana tangkap khalwat

[Copy link]
Post time 16-10-2014 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau benar ditangkap khalwat pun, jangan menindas sampai macam tu. Ingat pesalah tu pengganas ke?
Tapi, kita tak tahu samada penindasan tu rekaan ke apa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2014 10:37 AM | Show all posts
hahahahahahah aku kalau dok berdua dengan @MissNigga pun boleh hilang ingatan sekejap ini kan pula....dengan perempuan (Bekas isteri)

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 10:38 AM | Show all posts
lupa nak tambah...semoga berjaya pakcik...kalau tak diredah rumah pakcik tue...nanti jadi cam ni

http://mforum.cari.com.my/forum. ... &extra=page%3D1
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 10:40 AM | Show all posts
Jais pukul hang sebab hang khalwat pukul 3pagi orang ngantuk tengah tido satu hal pulak nak kena bangun drive g rumah maksiat korang, dahtu tanak beri kerjasama pulak. Tak cukup tido boleh mendatangkang marah okay.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 10:45 AM | Show all posts
saman ajer... kalo menang dapatlah duit... x menang, duk senyap-senyap.. yang JAIS & PDRM ni pun kadang2 perangai mengalahkan mafia...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 11:03 AM | Show all posts
mmg muka mintak penampaq je mamat tu. klu tak salah naper tak bukak je pintu..? stakat bagi alasan tak buat apa2, semua orang boleh bekhalwat klu macam tu. mestilah ada sebab kenapa JAIS atau pihak penguatkuasa tu belasah. ntah2 dia yg mulakan dulu atau memberontak. mmg kena la...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2014 12:01 PM | Show all posts
jazaa posted on 16-10-2014 09:44 AM
Tetuan Azah Azizan & Co apple...

picha takder?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 12:08 PM | Show all posts
Bla lah lu...nampak sangat nak kaya cepat..

mesti kes melawan,mengamuk, meronta-ronta bila kena tangkap lah ni..

cuba relex jer kalau tau tak salah..


ceh..macam penyiasat la pulak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2014 12:09 PM | Show all posts
adoiii.. kebodohan terserlahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2014 12:25 PM | Show all posts
berita ni dah lama rupanya


http://www.themalaysianinsider.c ... ka-ditangkap-khalwa

OLEH MOHD FARHAN DARWIS
Published: 6 March 2014

Bekas ejen hartanah, Hashim Mohd Said di luar mahkamah selepas mengemukakan saman terhadap Jais di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 6 Mac, 2014.
Bekas ejen hartanah, Hashim Mohd Said di luar mahkamah selepas mengemukakan saman terhadap Jais di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 6 Mac, 2014.
Bekas ejen hartanah, Hashim Mohd Said, 48, hari ini mengemukakan saman terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana menggunakan kekerasan fizikal terhadapnya ketika ditangkat khalwat di kediamannya pada Disember 2006.

Hashim mendakwa, ketika ditangkap bersama pasangannya, yang ketika itu seorang mualaf, enam pegawai Jais bersama dua anggota polis menyerbu kediamannya di Apartmen Seri Tanjung, di USJ 16, Subang Jaya, kira-kira jam 4 pagi.

"Mereka menggunakan rotan untuk memukul saya ketika serbuan tersebut," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Shah Alam, di sini.

Susulan daripada insiden tersebut, Hashim mengalami kecederaan di bahagian badan termasuk muka serta perlu membuat rawatan lanjut ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Sehingga hari ini saya terpaksa ke hospital setiap tiga bulan untuk membuat pemeriksaan," katanya.

Hashim menamakan Jais sebagai defendan pertama, manakala Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua dan ketiga.

Hashim berkata, beliau mengambil keputusan untuk mengemukakan saman itu kerana Jais menggunakan kekerasan terhadapnya ketika serbuan berkenaan dan beliau ditahan selama 48 jam.

Katanya, selepas insiden itu, tiada dakwaan dikemukakan terhadapnya oleh pihak berkuasa agama Selangor itu.

Peguamnya, Noorazah Azizan, berkata defendan menuntut gantirugi lebih RM1 juta dan rawatan perubatan masa depan.

Beliau berkata, mahkamah bagaimanapun membenarkan polis untuk mengenepikan permohonan Hashim atas alasan teknikal.

Jais bagaimanapun katanya turut membuat permohonan sama.

"Mahkamah membenarkan permohonan untuk Timbalan Pendakwa Raya polis mengenepikan permohonan kami atas alasan teknikal.

"Jais pun buat permohonan sama seperti polis, tapi kami akan lawan," katanya.

"Sekarang terpulang kepada anak guam sama ada ingin untuk buat rayuan atau tidak," tambahnya lagi.

Hashim yang kini menetap di Songkhla, Thailand, berkata berikutan daripada insiden tersebut, beliau mengalami kecederaan yang tidak membolehkan beliau bekerja sebagai ejen hartanah, serta mengalami beberapa kecederaan lain.

"Saya cukup trauma. Kini saya menetap di Thailand sejak 2011 selepas ditinggalkan isteri yang membawa anak saya lari ke Sarawak.

"Apa yang mereka buat tidak ikut undang-undang. Mereka tidak boleh pukul dan tahan di lokap selama 48 jam.

"Sudah lebih enam tahun kes ini berlaku. Saya terpaksa membuat beberapa rawatan di HKL dan PPUM," katanya. - 6 Mac, 2014.
Last edited by nalis on 16-10-2014 12:26 PM

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 01:05 PM | Show all posts

Hashim yang kini menetap di Songkhla, Thailand, berkata berikutan daripada insiden tersebut, beliau mengalami kecederaan yang tidak membolehkan beliau bekerja sebagai ejen hartanah, serta mengalami beberapa kecederaan lain.

"Saya cukup trauma. Kini saya menetap di Thailand sejak 2011 selepas ditinggalkan isteri yang membawa anak saya lari ke Sarawak


lepas ni siap la, isteri plak kena saman, kerna meninggal kan beliau...

dari jalan cerita yg dicerita kan ..ternyata beliau kini hidup dlm kesusahan...jd mgkn dgn menyaman jais dpt la duit utk meneruskan kehidupan....

tp wa rasa patut la bini tinggalkan dia, wa dpt rasa dia ni bodoh barangkali....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 01:07 PM | Show all posts
Jais dn polis  ni pun 1...pukul sikit2 dah la, jgn la pukul smpai bodoh piang....mamat ni...


Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 02:36 PM | Show all posts
muka mcm ni pun pompuan selera nak berkhalwat..ujung2 bercerai jugak akhirnya
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawan pompuan

Kini bekas istrri..

Lerr..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 02:46 PM | Show all posts
fcl29 posted on 16-10-2014 09:30 AM
sibuk jais ni nk pi ketuk umah org kul 3pagi

Ada org report. Jais bukan sewenang2nya nak pi ketuk rumah org. Kalau ada report, kena la buat kerja.

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 02:51 PM | Show all posts
Pergh.

Sejuta.....huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2014 02:53 PM | Show all posts
mungkin hantar ubat buasir


Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 03:00 PM | Show all posts
wow!!!!saman..saman..jgn tak saman!tp ko ttp salah ler bang!mmg la ko blh ckp "kwn pompuan "ko tuh dok dlm bilik & ko dok kt ruang tamu...tp kalo dh berdua-duaan dgn bkn muhrim dlm rmh tuh...dh dikira berkhalwat.adeiiii abg nehh pown,baik hang p skolah blk,tuntut ilmu!
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurang ajar sungguh perangai ko...main saman2 pula
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 03:08 PM | Show all posts
Dah salah tu..salah je la.. lagi nak kata ko x buat maksiat. Kalau x ko menempel hari2 dgn awek ko kat rumah tu, xde nyer jiran2 call report kat pencegah maksiat..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.073730 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list