Lama juga lah tak bertengek kat kedai-kedai mamak atau mana-mana kedai buku, dulu rajin sangat beli Glam ni. Bukan apa beli pun kadang-kadang tertarik dengan hasil seni muka depan dan gambar. Terjumpa pula Glam edisi October 2014 muka Datuk Rahim Razali di muka depan. Style gak kan! ada gaya kan walupun dah berumur. Make up yang dikenakan pada artis pun cantik!
Glam
Filem adalah realiti masyarakat. Ia mengajar, menyampaikan mesej dan menjadi wadah seni juga budaya buat kita semua. Kerana itu GLAM Lelaki mengkhusukan isu Oktober untuk tema filem.
Kami mengupas isu-isu menarik tentang filem. Perbualan antara pengarah dan pelakon kegemaran – Nik Amir dan Siti Saleha juga Amy Mastura dan Aziz M Osman.
GL juga menghuraikan lebih lanjut tentang peri penting aura dan stail untuk pelakon serta selebriti. Selain item fesyen ikonik dalam filem sepanjang zaman. Datuk Rahim Razali pula menghiasi kulit depan dan membuka rahsia kekayaan harta 40 tahunnya.
meols baca magazine ni...rupa2nya glam pergi angkut van studio bergerak ke halaman rumah datuk yusop haslam sbb datuk rahim ni tgh shooting situ....angkut masuk van, terus shoot2 sap sap sui siap...cantik diorg ambik mug shot.
takde byk sgt dalam interview datuk rahim tu...pengalaman sbg pelakon...dr tv, teater ke filem..dan pengarahan. since bulan ni pasal pengarahan....datuk rahim ada komen pasal muse/anak didiknya... dia sebut misha omar sesuai blakon jd dara (dulu rahim pernah mengarahkan uda dan dara kt IB). next page, pengarah aziz m osman dan nik amir bersama dua pelakon dia.. amy mastura dan siti saleha.