CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3289|Reply: 12

Garaj buruk bernilai RM2.8 juta

[Copy link]
Post time 20-10-2014 11:02 AM | Show all posts |Read mode

GARAJ yang terletak di Jalan King, Chelsea ini menjadi garaj paling mahal di Britain. - AGENSI

LONDON – Sebuah garaj kereta yang terletak di Jalan King di Chelsea bakal menjadi garaj paling mahal di Britain apabila dilelong pada harga lebih £550,000 (RM2.8 juta), lapor MailOnline semalam.

Garaj yang hanya berkeluasan 3.35 meter panjang dan 2 meter lebar itu dibina menggunakan kayu serta batu-bata dan hanya boleh memuatkan sebuah kereta.

Sebelum ini garaj berkenaan yang terletak di antara deretan rumah teres dan bangunan lain digambarkan berada di lokasi yang tidak teratur dan tidak strategik.

Bagaimanapun, nilai hartanah di kawasan tersebut termasuk garaj berkenaan melambung tinggi selepas sebuah syarikat pemaju mendapat kelulusan untuk membina sebuah perumahan mewah di kawasan berkenaan.

Pemilik garaj berkenaan melelong tapak tersebut baru-baru ini dan ia dibeli oleh seorang pembida selepas mengetahui ia bakal menjadi lokasi eksklusif tidak lama lagi.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/conten ... 3.htm#ixzz3GeOao5WH
Hakcipta terpelihara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2014 11:45 AM | Show all posts
huhuhu untung .. nilai bukan terletak pada bangunan apa kt tanah tu..tp tanah tu yg buat jadi nilainya tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 12:01 PM | Show all posts
Pembangunan persekitaran meningkatkan nilai hartanah amat penguntungkan bagi pemiliknya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 12:06 PM | Show all posts
OKB
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 12:24 PM | Show all posts
bertuah empunya tanah garaj tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 12:44 PM | Show all posts
wah manyak untong ooooo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2014 12:58 PM | Show all posts
Sapa nak bida jamban antik boya yg bakal akan naik harga tanahnya di Gombak apabila MB Ajemin bakal memajukan Gombak setarap LA dan NY
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 02:21 PM | Show all posts
untung btl.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2014 03:13 PM | Show all posts
ni bukan garaj yg mahal...
tanah tu yg mahal.....
bygkan kalau jamban curah yg ada kat atas tanah tu....
kompom tajuk berita tu berbunyi....
jamban curah paling mahal didunia...


HAR
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 11:52 PM | Show all posts
x menahan tajuk, padahal yg mhl tanah tu, bukan garaj....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 08:03 AM | Show all posts
wahhh....durian runtuhhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2014 10:29 AM | Show all posts
Rezeki ayam nampak di kaki, rezeki orang tu terletak di garaj buruk..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 09:39 AM | Show all posts
rezeki pemilik...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:31 AM GMT+8 , Processed in 0.079592 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list