CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: berun

[Tempatan] Ustaz Kazim: Kempen sentuh anjing agenda liberal

[Copy link]
Post time 21-10-2014 01:10 AM | Show all posts
a_gen2 posted on 21-10-2014 12:50 AM
AN..yg lobai PAS panah anjing tu kira mcmana?

Aku dah agak biasa tgk org terutama remaja bal ...

saudara a_gen2. semakin saya baca post2 saudara, semakin saya sedar saudara bukan golongan liberal. alhamdulillah. pendirian saudara berbeza dengan beberapa pendirian forumers yang menyokong program ini. saya faham apa yang cuba saudara sampaikan. malah ada beberapa point2 saudara yang saya bersetuju.

jika ada satu bentuk penganiayaan(bukan kerana hendak menyelamatkan diri atau bukan kerana diganggu), tak kisahlah terhadap anjing,babi,kucing,harimau,gajah,manusia even haiwan pest akan saya tentang. kerana Islam juga mengajar kita menjadi begitu. saya terharu membaca pengalaman saudara tentang galikan lubang untuk anjing buang air besar. it's a small thing but besar ganjaran pahala atas rasa compassion towards other creatures. saya tiada masalah tentang hal itu.

betul tu saudara. pukul atau racun binatang tanpa sebab(just kerana rasa annoying) sangat mengundang marah pada saya. ingat lagi tak kes banyak kucing yang diracun kat rumah inap sebab kucing2 tu berak merata2. tapi dalam thread tu sume salahkan kucing. saya angat rasa terganggu. sama juga dengan anjing. sangat akan berasa sangat marah jika ada org yang dera anjing.

tapi pada pendapat saya tidak perlu adakan program SENTUH anjing untuk wujudkan kesedaran. banyak cara untuk wujudkan kesedaran menyayangi creatures tak kisahlah anjing,bab,kucing,burung,kura-kura even binatang buas. ada tatacara untuk respect the animals.

nak respect binatang buas, tak perlulah belai2 mereka kerana akan mendatangkan bahaya.

begitu juga nak respect anjing dan babi tak perlulah sentuh mereka kerana persentuhan itu lebih membawa kepada najis besar-kecuali atas sebab keperluan yang dibenarkan syarak. ya memang boleh samak,tiada masalah. tapi lebih baik elak memegang in the first place.

harap sangat saudara dan forumers yang beriman pada Allah(ie. bukan liberal dan bukan yang sudah putus asa dengan rahmah Allah) faham apa yang saya cuba sampaikan. Insya Allah.

Saya pun dah nak masuk tidur ni. lewat pulak mentang2 esok saya cuti.

Have a goodnight sleep saudara.

Maaf ya jika ada kata2 saya yang menyinggung perasaan saudara(dan juga forumers lain). dengan rasa rendah diri saya mohon maaf. kita boleh berbeza pendapat tapi jangan sekali2 ada rasa permusuhan dalam hati(nasihat untuk saya).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2014 01:10 AM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 21-10-2014 12:36 AM
masalahnya....saya ni lama hidup dah..tapi saya tak pernah lagi jumpa mana2 manusia depan mata say ...

Masalahnya memang ada dan banyak sgt2 kes pukul anjing

http://www.siakapkeli.com/2014/0 ... ati-di-jalanan.html

Ni salah satu..& ada banyak lagi kes lain..x smpai hati tengok

Anjing ni bukan ada otak pun..kalau dia buat salah setakat curi makanan ke..berry ke.. x payahlah sampai berlaku kejam kat dia

Islam cuma x bagi kita sentuh anjing sembarangan..tp bukan itu penyebab kita nak berlaku kejam kat anjing

Saya lagi marah pada pencuri manusia yang mmg ada otak, tapi kerja malas..mencuri..kebas duit bini..hidup nk senang je..mcm biawak idup (eh biawak lak kena..huhu)

Tapi pd pendapat saya..x payahla buat program "I want to touch a dog" ni..mungkin "I want to help a dog" lagi ok







Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 01:14 AM | Show all posts
JokesCop posted on 21-10-2014 12:55 AM
Sama mcm racism, malaysia belum bersedia utk pemikiran islamik liberal.. sebab, topik yg disentuh  ...

Sangat setuju. dari awal perkataan sampai ke akhir saya bersetuju. pendapat saudara seiring dengan pendapat saya dalam hal liberalism.  beberapa sarjana muslim( dan non muslim) ada menulis tentang hal liberalism ni. saya lup tajuk2 buku tu.

Alhamdulillah. Ilmu ni. Terima kasih beri saya ilmu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 01:14 AM | Show all posts
a_gen2 posted on 21-10-2014 01:09 AM
anjing pernah beberapa kali masuk laman tapi aku tak menghalaunya.  Dia keluar sendiri.  Tak de ni ...

seee......ko sendiri boleh bezakan bentuk dan sifat anjing kan..anjing ni ok..anjing yg ini tak ok.

macam saya cakap..kalau dah ancam saya...saya kena bertindak lah...tapi saya kasi peluang dulu.

mcm dia mai masuk kwsn rumah saya...mai berak merata2..satu kerja saya plak nak kena cuci bagai..mesti angin punya..sekali berak oklah..kalau berkali2?.


Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 01:16 AM | Show all posts
terima kasih kepada beberapa forummers yang beri hadiths, dalil Quran dan pelbagai links especially  perbezaan mazhab,  saya sangat hargai.

Very much appreciated.

Best wishes,
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 01:21 AM | Show all posts
qoqoelma posted on 21-10-2014 01:10 AM
Masalahnya memang ada dan banyak sgt2 kes pukul anjing

http://www.siakapkeli.com/2014/09/anjin ...

ini bagi saya kes2 terpencil...memang diakui ada..tapi bila dikatakan dimomok2kan dan berlaku banyaknya baling anjing, bunuh anjing saya tak leh terima...kalau banyaknya berlaku..mesti berlaku didepan mata saya yg dah hidup selama 60 tahun ni....tak pernah saya jumpa...maknanya bukan begitu teruk.

saya pun gitu....saya sendiri pun pernah bela anjing....saya sayang...even saya pun ada bela kucing..tapi saya tak pernah nak aniayanya.



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2014 01:21 AM | Show all posts
the_killer posted on 21-10-2014 01:04 AM
Sapa kata takda..harimau pon ada buat peliharaan..

Persoalannya apsal ada hadis pasal anjing

Harimau sifat umum dia bukan binatang belaan.  Baca balik apa yg aku tulis. Sifat Umum maknanya hanya yg sangat ganjil yg membela harimau. Bukan satu kebiasaan.

Mengapa anjing disebut dlm Al-Quran dan Hadis?? Sebabnya anjing itu binatang biasa dlm masyarakat.. ramai org Arab waktu itu membela anjing. Tak de dlm mana2 hadis cerita mana2 si fulan membela harimau/singa.

Jadi pasal apa nak suruh bincang pasal hukum membela harimau? Buang masa membincangkannya.  Pd zaman ulamak dulu ada org tanya ulamak soalan2 bodoh spt bagaimana hukum airmani yg dikumpul sampai 2 kolah..adakah ianya tetap najis? Ni soalan2 rimau ni sama jugalah.  Kalau mahu tanya juga, pi dulu ambik anak rimau dan bela.  Lepas tu gi masjid tanya ustaz kat situ.  Tak pun pi tanya perhilitan boleh ke tidak nak bela rimau...kalau perhilitan rampas maknanya tak boleh lah tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 01:24 AM | Show all posts
dahlah baik aku pi tidur..layan yg melalut2 pasal rimau apa kejadahnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2014 01:47 AM | Show all posts
dah MAIS cakap tak kasi kebenaran plak dah.

Editor: KuntaKinte Malaysia | Diterbitkan pada: 20 October 2014|
Akhirnya Mufti Selangor Bersuara!

  
inShare

MAIS_I-Want-To-Touch-A-DogShah Alam – Mufti Selangor Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid menafikan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) meluluskan penganjuran “I Want To Touch A Dog” di Central Park, Bandar Utama di Petaling Jaya, semalam.

Mufti Selangor itu menegaskan pihaknya dimaklumkan Mais tidak pernah mengeluarkan sebarang surat kebenaran kepada penganjur dan mengatakan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang mempunyai bidang kuasa memberi kebenaran menggunakan padang awam.

“Tidak ada satu kebenaran untuk mengadakan program sentuh anjing, itu hanya dibuat individu tertentu atas inisiatif sendiri.”” katanya ketika dihubungi.

Tamyes berkata, MBPJ perlu memberi penjelasan membenarkan penganjuran tersebut yang dipersoalkan matlamatnya.

“Perlu ditanya apa justifikasi kerana pihak berkuasa tempatan yang berhak luluskan atau halang, bukan di bawah jabatan agama atau majlis agama,” katanya.

Beliau turut mengalu-alukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang mahu menyiasat program itu.

“Saya ucapkan tahniah kepada Jakim kerana campur tangan. Sekurang-kurangnya orang ramai sedar perkara ini (sentuh anjing) tidak digalakkan,” katanya.

Dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insider sebelum ini, penganjur, Syed Azmi Alhabshi mengatakan beliau mendapat kelulusan daripada Mais dan polis untuk menganjurkan program tersebut.

Tambah Tamyes lagi, Islam membenarkan penganutnya memelihara anjing untuk tiga tujuan; sebagai haiwan buruan, binatang terlatih untuk menjaga haiwan ternakan, dan sebagai pengawal keselamatan termasuk membanteras jenayah dadah dan narkotik.

“Tapi program kalau semata-mata berjinak dengan anjing sama seperti pelihara kucing; dipeluk, dicium, saya percaya itu bukan matlamat pelihara anjing dalam Islam,” katanya.

Tamyes berkata, matlamat penganjur juga dipersoalkan apabila anjing yang dibawa ke program itu kebanyakannya terdiri daripada baka jinak, dan bukannya yang garang untuk tiga tujuan berkenaan.

Walaupun penganjur menunjukkan cara membersihkan diri (samak) daripada terjilat anjing, tetapi penganut Islam juga perlu memahami najis “mughallazah” bukan semata-mata melalui sentuhan.

“Kalau matlamat mengatakan hendak orang ramai pelihara anjing di rumah dan dijadikan teman sekamar, itu bukan tujuannya.

“Malah mana-mana orang yang memelihara anjing maka malaikat rahmat tidak akan masuk ke rumah,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapa dilaporkan berkata pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci berhubung anjuran tersebut yang dianggapnya tidak sepatutnya berlaku.

Beliau yang kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak penganjur yang tidak prihatin dengan sensitiviti umat Islam di negara ini mengatakan Islam di Malaysia yang berpegang teguh kepada mazhab Syafie sudah jelas memperincikan bahawa anjing dan babi itu tergolong dalam najis berat.

“Acara itu tidak pernah dianjurkan sebelum ini dan ia merupakan kali pertama didedahkan kepada masyarakat, kita orang Islam dan agama sudah menetapkan dengan jelas hukum berkaitan anjing.

“Jakim akan segera menyiasat perkara ini dan sebarang tindakan akan dirujuk pada peruntukan yang ada,” katanya dipetik laporan Bernama.

Namun, dipercayai surat sokongan rasmi kepada penganjur program itu menunjukkan Mais memberi ‘lampu hijau’ pada surat yang bertarikh 9 Oktober 2014 menggunakan cop dan tandatangan Pengerusi Mais, Datuk Mohammad Adzib Mohd Isa, majlis agama itu dalam responnya bertulis “Penganjur ‘IWTTAD’ untuk makluman selamat maju jaya.”

suara.tv
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 02:35 AM | Show all posts
JokesCop posted on 21-10-2014 12:55 AM
Sama mcm racism, malaysia belum bersedia utk pemikiran islamik liberal.. sebab, topik yg disentuh  ...

Excuse me

YOU ARE TOTALLY  wrong

cara u tulis ni nampak macam nota bawah kaki  - isi you sangat mencerminkan you tak faham apa tu liberalism  jauh sekali nak analisis dengan tahap pemikiran level  6 - ikut cara bagaimana academic dalam falsafah atau  perbandingan falsafah gariskan.

yes?


you are damn WRONG!!!

macam tak pernah baca buku.


Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 02:51 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf posted on 21-10-2014 02:35 AM
Excuse me

YOU ARE TOTALLY  wrong

Sorry kalau terguris perasaan ko, aku did follow beberapa penulisan ko and mostly ada beberapa thing agree..

Mcm aku cakap, aku bukan promote liberalism, ada pendapat menyimpang dan boleh menyesatkan.. benda ni subjektif opinion.. ape ko punye opinion pasal liberalism movement..

Jangan lah ambik pendapat pasal lgbt dalam liberalism sebab dia terang2 bercanggah dgn ajaran islam.. itu bukan islamic liberal, itu liberalization of islam..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 02:57 AM | Show all posts
a_gen2 posted on 20-10-2014 11:53 PM
errr... ikut bersama kawan yg minum arak dlm meja yg sama wpun kita tak minum adalah haram.  Bukan ...

wow emosinya

saudara bukan soal  cepat ke lambat atau lokasi serta kemudahan teknologi  tapi persoalannya

adakah dengan cepat sesuatu keptusan dibuat lelebih lagi berkenaan hukum hakam  , kerja nak cepat tak detailed bebetul  lagi then adakah ia menjamin satu keputusan yg mantap ???

nanti kalau ada apa apa yg bertukar lagi sebab tak detailed bebetul dan ada pulak fitnah majlis Fatwa Kebangsaan



adakah cepat atau lambat menentukan kualiti sesuatu pernyataan berkenaan hukuman baru ?

saya rasa amat takut sesuatu keputusan syarak kalau dibuat hanya dengan 3 kepala saje  tanpa menliai dengan komprehensif  akan implikasi sesuatu hukum tu.



Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 02:59 AM | Show all posts
JokesCop posted on 21-10-2014 02:51 AM
Sorry kalau terguris perasaan ko, aku did follow beberapa penulisan ko and mostly ada beberapa thi ...

LGBT je ?

sorry  you are wrong kalau i kata liberalism adalah only centred around LGBT

but i am telling you are wrong.

Sebab apabila digelar Islam - ada world view sendir Islam tu telah tetapkan

selagi AL HAQ itu terpelihara  dan penetuan kebenaran dan hikmah berpandau al haq dan followed by aqli.

dan i think u are extremely wrong and i fear for you.

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 03:00 AM | Show all posts
JokesCop posted on 21-10-2014 02:51 AM
Sorry kalau terguris perasaan ko, aku did follow beberapa penulisan ko and mostly ada beberapa thi ...

bila teras akidah tersangkut paut ini serious. ini bukan alaaa pendapat i kannn  tentang kucing makan gulee macam ni
pendapat i kannn tentang kucing makan cheese macam ni

this is actually a serious matter

paling takut ialah org tu sendiri tak AWARE of his own thinking.



Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 03:13 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf posted on 21-10-2014 03:00 AM
bila teras akidah tersangkut paut ini serious. ini bukan alaaa pendapat i kannn  tentang kucing ma ...


Unless ko ada sebab kenapa pendapat yg aku kemukakan tu salah selain it just wrong and i'm no aware of it than this is going nowhere..

Aku tau perkataan liberalism tu dgn creationist mmg taboo, bukan 1-2 tahun je, beribu tahun dah..

The beauty of this approach is mengerakkan akal dari absolute absorb apa2 tanpa kajian atau bacaan, selalu bertanya kenape? Kenapa? Kenapa dia mcm tu? Saya belajar lain, tapi xsemestinya anda salah saya betul, mungkin anda mmg betul tapi saya xtahu..

Kalau ko xdapat bagi aku sebab kenapa ia salah, then, unfortunately, we have to agree, pemahaman kita pasal what is liberal is different.. Last edited by JokesCop on 21-10-2014 03:15 AM

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 03:44 AM | Show all posts
JokesCop posted on 21-10-2014 03:13 AM
Unless ko ada sebab kenapa pendapat yg aku kemukakan tu salah selain it just wrong and i'm no aw ...

sebab pendapat awak tak ada isi yang menyatakan pada saya

a) kenapa liberalism itu salah
b) pendapat awak katakan ia berkisar isu LGBT - salah satu ya tapi itu bukan per se
c) pendapat awak tak menunjukkan yg apa yg saya nak lihat pemahaman konkrit awak
d) pendapat awak menunjukkan pendapat awak dibuat berdasarkan pemikiran awak - seolah olah awak tak sedar yg ada benda yg sayadah cakap dalam posting tadi - selagi AL HAQ itu terpelihara - yakni kebenaran dan HIKMAH itu berasaskan sumber Quran dan Sunnah dan disusuli dengan aqliah
- i cannot see that you have understood this - lebih kepada skirting around liberalism - IS JUST AN OPINION - bagi org yg tahu impak - dia tak akan kata INI PENDAPAT - nak setuju dengan liberalism or not
sebab ia terkait soal teras akidah , pemahaman mantap tentang islam, iman dan ihsan ni konsep yg penting - apart fro kowing rukun iman dan islam
e) saya tak tahu pandangan dunia awak ni ape (  you world view ) sama ada awak rasa awak bebas nak menulsi atau berpendapat  atau awak jenis yg kata hold on : i wantto know first what do i know islam says about it- sebab benda ni ada kaitan dengan hukum , taharah ibadat soal teras pada saya

f) Islam tak pernah menolak ilmu aqliah revealed knowledge - saudara kalau nak hujah oh org islam ni conservative - katakan dalam quran tak sebut roket so tak payah kaji - ini pada saya pendapat yg saudara tulsi tu amat simplistik dan saya tidak bersetuju sama sekali sebab
hey saudara - sila baca tentang epistemologi ilmu islam - tulisan Sunawari Long - beliau ade sarjana in philosophy sebab aduhai cara saudara tulis tu macam pada saya terlalu simplistik like bila saya baca kecaman saudara  dalam posting terhadap golongan Islam yg kononnya 'conservative' tak suka  science ke ape semua ni pada saya macam :

saudara ni eh hidup zaman mana ni tak terdengarkah saudara ade benda dinamakan epistemologi?
tahu apa itu epistemologi ttheory of knowledge ? dalam Islam ade epistemologi ilmu Islam , kalau nak baca lagi bacalah tulisan Dr Sidek Baba - beliau banyak tulis  akan perlunya integrasi ilmu revelaed knowledge dan ilmu wahyu...so saudara sebelum menulsi dengan sembrono tentang attitude org islam atau ISLAM ITU SENDIRI terhadap ilmu - dan memuji golongan conservative aduhaii..please laaaaa baca dulu tentang epistemologi ilmu islam kerangka falsaha islam ...

sebab? ilmu tu datang dari ALLAH yg esa dan sepatutnya pencapahan itu akan berbalik kembali kepada al Khalik  - so kat sini ada istilah yg sangat indah tentang ilmu dari pandangan islam - ilmu sastera atau ilmu sains - pada say ahey janganlah tulsi ikut suka ye - anda melakukan FITNAH PADA AD DIIN yg sangant canti indah dibawa oleh junjungan Rasulullah SAW ...penat jeri h baginda nak sampaikan  AL HAQ itu dan lalu kepada kita nah kooo...liberalism is okay ...it is good...

kalau anda appreaciate kan bagaimana sel saraf anda terbentuk dalam tempoh masa 1-3 minggu ...bagaimana sel itu ke sini sel ini ke sana ...cara Allah jadikan dengan mekanisme saintifik tu u akan tunduk dan hanya akan tunduk dan tak terfikir oleh kita yang oohhh itulah allah firmankan manusia ini sebaik baik kejadian dibuat dalam acuan yg sangat baik...u would return to him and for a bloody split second  u tak akan rasa nak gunakan setiap oto jemari you cerca apa yg your Rabb itu dah buat untuk you...dia hanya mahu kita tunduk ...

okay - kat sini saya nak jelaskan - ilmu empiricam science is good - i am  from a science background - tapi ilmu itu kerangka dia dari empirical  knowledge yg sama ada bertatah nilai atau bebas nilai ..sebab pengguna ilmu itu akhirnya manusia

tak salah nelajar tentang atoms tak salah  belajar tentang etc etc tapi adakah ilmu itu mentauhidkan kita pada lastttt sekali Al Khaliq?
apakah kita nak kata : aku kawal hidup aku sendir and god has ...hmm?


so saya tak akan berwenang wenang kata  alaaa ini opinio i laaaa i kata liberalism ini ( nauzubillah ) okay

- sebab saya faham apa itu liberalism.



Last edited by mbhcsf on 21-10-2014 04:13 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2014 03:45 AM | Show all posts
Ini pasal Talfiq

definisi

dan konsep talfiq

ada talfiq yg diharuskan dan yg DITOLAK
baca yg ditolak tu ada benda penting

http://aliimranzone.blogspot.co. ... ram-atau-harus.html
Last edited by mbhcsf on 21-10-2014 03:47 AM

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 03:50 AM | Show all posts
JokesCop posted on 21-10-2014 03:13 AM
Unless ko ada sebab kenapa pendapat yg aku kemukakan tu salah selain it just wrong and i'm no aw ...

i derived pemahaman liberalism from the text derived daripada org ambil jurisan falsafah berguru lagi dengan ahli pakar dlaam falsafah so u know...up to u.u ada hak untuk semak your own thinking.

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 04:16 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf posted on 21-10-2014 03:44 AM
sebab pendapat awak tak ada isi yang menyatakan pada saya

a) kenapa liberalism itu salah

A) imho (in my honest opinion), liberal ni bukan persoalan ttg al-haq tapi lebih kepada pemandangan islam dari sudut mengembangkan syiar pada zaman skrg.. cabaran bukan lagi kepada kenapa kita perlu islam, tapi perlu beragama.. threat atheism jauh lebih besar dari threat agama lain.. bila cakap soal islam, sesetengah org lebih suka cakap, sebab allah jadikan ia begitu.. tapi xtahu kenapa ia jadi mcm tu.. sedangkan islam sendiri agama ilmu dimana setiap benda dilarang ada sebab..

B) lgbt tu general common opinion yg selalu islam liberal thinking salah erti dgn liberal thingking, 2 bende yg beza.. tu yg org confuse

Rase dah menjawap c d dalam a

E) world view, liberal islam bukan diguna utk menghalalkan yg haram tapi approach understanding islam yg lebih menjurus kepada logik akal.. contoh: kenape? Kenapa sentuh anjing haram atau ditegah sedangkan tiada hadith atau ayat al-quran pasal sentuh anjing ditegah? Yg ada hanyalah pendapat ulama yg berqhilaf.. tapi bukan nak cakap ulama itu salah dan pendapat aku betul, tapi nak pastikan ia betul dan bila ia betul, baru boleh disebarkan atau ditunjukkan kepada anak2.. adakah ini islam? Adakah ini budaya masyarakat? Bukan just absorb and bila ditanya and jawapan sebab aku dgr ia xboleh, tapi aku xtahu kenape, bila xboleh maka xboleh.. aku nak hentilan penurunan ilmu pada anak dgn jawapan "allah marah" tapi dgn jawapan "xboleh sebab begitu dan begini".. sebab lagi 10-15 tahun, generasi akan datang akan lebih terdedah pada pendapat atheism, dan yg bole menyelamatkan mereka dari terpesong adalah akal yg kuat dan pemahaman yg sempurna, bukan "sebab allah marah" saje..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 04:26 AM | Show all posts
JokesCop posted on 21-10-2014 04:16 AM
A) imho (in my honest opinion), liberal ni bukan persoalan ttg al-haq tapi lebih kepada pemandanga ...

kan dah cakap Islam tak akan rendahkan logik akal dan u actually tahu ke elemen liberalism as in falsafah ? u know ini bukan soal remeh ya ini soal hukum ya - ini syarak...u know this so yes al HAQ amat berkait - penentuan hikmah dan kebenaran amat berkait
u cakap soal pemandangan islam tasawwur ( world view) u tak explore ke world view islam dari sudut theory of knowledge, hukum , the ay islam view

pengembangan syiar Islam - liberalism  u see...

so kalau ikut logik akal u

suhu yang tinggi yakni haba ,  bhn api  dan oksigen
3 bhn ni dah cukup untuk hasilkan pembakaran lengkap

so dalam quran nabi ibrahim tak terbakaq , kenapa?
but scientifically dah cukup elemen tu

org yg anti islam nauzbillah akan kata kaji balik ayat tu ...tapi kalau org yg ada tauhidk science dia akan cakap lain...dan ini jawapan yg pada saya logik.
kalau ade kesepaduan tauhid.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.075218 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list