CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: berun

[Tempatan] Ustaz Kazim: Kempen sentuh anjing agenda liberal

[Copy link]
Post time 20-10-2014 08:31 PM | Show all posts
d'zeck posted on 20-10-2014 04:22 PM
setuju dengan ustaz kazim

agenda halus liberal ada macam2

ko tunggu la..ramai la yg menghencap ostat kazim kejap lg.... biaq pi kat depa la nak pegang sgt... sebab rajin nak samak lepas pegang tu... biarkan biarkan... lepas ni jgn terkezut kalau ummah Melayu Isle bela bulldog dalam rumah... halal katanya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2014 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas ni akan ada program i want to touch pig ...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 08:42 PM | Show all posts
Bermain Dengan Anjing: Kerana samak atau mahu meniru budaya Barat?

Jika tujuannya untuk mempelajari 'cara samak', ia adalah cara belajar yang termasuk dlm 'bid'ah makruhah' (bid'ah yang makruh) sebab tiada dalam sunnah mempelajari bersuci mesti dengan cara menyentuh najis. Justeru, kita tidak dengar para sahabat, para salaful ummah menyentuh-nyentuh najis manusia, anjing dan sebagainya untuk menunjukkan cara bersuci daripada najis. Kalau betul kerana mahu belajar samak, mungkin boleh ditanya kenapa tidak diletakkan 'babi dan najis manusia untuk disentuh?

Maksud Syarak apabila menjadikan ianya bernajis, bukan tujuan untuk disentuh-sentuh atau dimanjai (namun bukan juga untuk dizalimi). Jadi, mempromosi sikap memanjai anjing sebegini, bertentangan dengan maksud Syariat Islam.

Jika tujuannya ialah untuk meniru budaya barat yang menjadikan 'anjing-anjing manjaan' maka ia adalah "bid'ah muharramah" (bid'ah yang haram), kerana tasyabbuh dengan cara hidup barat. Gambar-gambar yang dipaparkan lebih menunjukkan masing-masing lebih ke arah menjadikan anjing sebagai binatang manjaan sebagaimana masyarakat barat.

Jika hendak mendidik sayang pada binatang-bintang, banyak cara yang boleh dibuat, antaranya menjadikan kucing sebagai "model", dan ianya bukan untuk ditendang dan dibuang.

Wallahu ta'ala a'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
ajie2000 posted on 20-10-2014 08:08 PM
ada ke aku kata yang lain tak betul?..dalam disiplin ilmu fiqh..dia ada pendapat rajih, ada yang t ...

Thanks for info: aku carik dari mana hadith cakap haram sentuh anjing, jawapannya, xde.. hanya tarjihan ulama..

Soalan: adakah tarjih ni maksudnya absolute ke? Bukan niat nak lawan, tapi sebab ada perbezaan pendapat.. perlu ikut tarjih atau pilih mana yg bersesuaian or mcm mana?

Aku xberniat nak singgung ko, tapi google xjumpe..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 08:44 PM | Show all posts
Jangan salahkan orang awam terpengaruh dengan kempen "sentuh anjing". Yang duduk kempen jangan sensitif dengan anjing ini pun datangnya dari segelintir ustaz-ustaz kita juga yang tolak amalan bermazhab. Haru biru masyarakat dibuatnya oleh mereka yang kononnya menyeru jangan "taksub" mazhab.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Begitu sekali ummah suchi bayangan shorga salji embun pagi takutkan hanjeng....maybi kalo babi masuk rumah ummah2 ini bunuh diri ramai2..katanya xsanggup hidup dgn dosa dunia,walaupon anak dara duk mengangkang,anak lelaki duk hisap gajah merempit...tup2 sentuh hanjeng jugak jadi dosa utama dlm kepala ummah meleis seharian...saya senyum sinis tengok hanjeng yang comel dicipta Allah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2014 08:47 PM | Show all posts
Elok la liberal dr caprut cam ko tu setad kazim
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
ajie2000 posted on 20-10-2014 08:42 PM
Bermain Dengan Anjing: Kerana samak atau mahu meniru budaya Barat?

Jika tujuannya untuk mempelaja ...

Aku rasa program ni lebih kepada mengurangkan sifat kebencian pada anjing je..

And aku rase even anjing dan kucing adalah haiwan yg sama tarafnya, tapi kalau suruh bagi pilihan sepak mana satu, aku rase maybe 70% pilih anjing dgn alasan ia haram (in which, aku rasa ia najis je)

jadik kesedaran mcm ni perlu, utk menukar dari pilih anjing ke pilih xnak tendang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2014 08:49 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 20-10-2014 08:20 PM
bukan saya kerek lah aji...saya kasi tahu pengalaman saya je....saya tak kata program tu 100% sala ...

anjing malah di guna sebagai modal makian..nate hanjenggg mung ni

pasai pa? depa melayu bukan ramai bela anjing, anjing bukan sebagian idup depa..malah jadi bahan makian..pasai pa AN?

cam depa guna istilah Babi uuntuk mencarut haa.. apa dosa babi kat depa? babi di mintak lahir sebagai babi ka

tu dah cukup BUKTI betapa 2 jenis haiwan ni jadi hinaan dan jijikan pada kaum melayu..tapi pasai pa? depa tak makan babi, hidup depa tak pelihara anjing pun  , pasai pa dua natang ni melekat kuat dalam sanubari depa?

tu aku lama dah kata, sentimen melayu very strong, oang melayu sentimen sangat tinggi, sensitiviti depa tuh

mende tu kalo molek pada tempat nya molek la hasil nya tapi kalo salah guna..ni la jadi nya

keterlaluan..pada aku ni seme salah oang agama gak..bab konon takmo syubah, nak tutup seme lobang yang bleh jatuhkan ko ke lembah kufur la konon..terlalu dok jaga sampai yang tak patut berlaku pun jadi berlaku..btui per

Allah pesannnnnnnnn jangan melampaui batas kerana Allah tak suka oang yang melampaui batas..depa lah pelampau2 batasan, depa so called oang agama

sepatutnya depa lebih tau dan membetulkan keadaan, babi dan anjing bukan haiwan hina, bukan haiwan jijik , bukan haiwan yang patut di buat bahan carut ..

takdak plak kita carut DADAH ko !! heroin ko !!!! ketummmmmm ko !! atau carlsberg btuiiiiiii la ko..tapi bila masuk bab babi, walo COKOLAT CADBURY pun jadi mangsa carut..CADBURY btui la AN nih  kalo cadbury tu ada wine or arak sure tak jadi bahan carut..pasal bukan babi

ko nampak tak camna karatttttttttt otak bangsa kita tu AN..sekian lama nya..nampak dak? kat dua haiwan ciptaan Allah tuh


Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 08:58 PM | Show all posts
ajinomotonosuga posted on 20-10-2014 08:49 PM
anjing malah di guna sebagai modal makian..nate hanjenggg mung ni

pasai pa? depa melayu b ...

aji aji..ramai je yg guna modal makian spt pale bapak mung...pu..i mak mung...takkan kita nak kata..yg maki tu tak ada bapak tak ada emaknya?.

org dah marah aji....apa pun dia akan cakap ikut sedap mulut dia..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 09:01 PM | Show all posts
kerana anjing habis havoc satu malaysia especially meleis....
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 09:01 PM | Show all posts
ni salah satu lagi contoh.

Belai Anjing Lepas Balik Kelas Agama
Posted by katak on September 23rd, 2014


Belai Anjing Lepas Balik Kelas Agama | Beberapa gambar yang menunjukkan aksi sekumpulan murid Sekolah Agama Bakar Batu, Johor Bahru meluangkan masa dengan membelai anjing selepas tamat waktu persekolahan telah mendapat reaksi dari Jabatan Agama Johor (JAJ)

Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut menyatakan kumpulan kanak-kanak berkenaan bertindak begitu selepas dipengaruhi seorang wanita beragama Islam.



Wanita berkenaan yang dikatakan berkahwin dengan warga asing tidak sepatutnya mempengaruhi kumpulan kanak-kanak itu untuk membelai anjing kerana ia bercanggah dengan hukum agama, syarak dan budaya.

“Saya berharap bahagian JAJ mengambil tindakan segera terhadap wanita berkenaan kerana perbuatannya menjejaskan sensitiviti umat Islam. Begitu juga dengan kanak-kanak terbabit seharusnya diberi penerangan berkaitan hukum agama supaya tidak mengulangi perbuatan berkenaan.

“Anjing tidak sesuai dijadikan sebagai binatang peliharaan sebaliknya bagi tujuan memburu dan mengawal keselamatan, ia dibenarkan,”  katanya.

- See more at: http://katakcomel.my/belai-anjin ... thash.feao7ixQ.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 09:07 PM | Show all posts
tak yah tunggu balik sekolah agama AN.. masa blajo kelas agama bawak anjing dok sebelah sama blajo

itu lai afdal
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 09:12 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 20-10-2014 08:58 PM
aji aji..ramai je yg guna modal makian spt pale bapak mung...pu..i mak mung...takkan kita nak kata ...

yer lah mak ayah seme tu dalam idup depa.. malah carlsberg ketum dadah heroin ganja seme dalam idup melayu

tapi babi dan anjing mana ada dalam idup melayu..pasai depa guna? aku tanya pasai depa tak maki arak btui la ko nih or carlsberg laa ko..or marah ketum lah ko..or marah heroin laa ko..? seme ni dalam masarakat melayu macam cendawan dan makin meningkat..

pasai dok guna babi dan anjing yang bukan sebagian dari hidup melayu? itu soalan aku..pi la guna istilah Arak  ko !! Ketum ko ! Abah ko ! Mak ko!

pasai guna nate babi..nate hanjeng?

tu aku kata bukti..bukti masarakat melayu walo anjing dan babi ni bukan sebagian idup depa..so nak guard or kawal dari mende so called najis tu masuk dunia depa..depa melampau lampau benci dan hina sampai jadi bahan cacian walhal mende jelas haram cam arak judi rasuah seme tu, biasa2 je..tu aku kata melayu kita ni seme HIPOKRIT. terima aje laaaaaaa AN hakikat nih
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 09:14 PM | Show all posts
ajinomotonosuga posted on 20-10-2014 09:07 PM
tak yah tunggu balik sekolah agama AN.. masa blajo kelas agama bawak anjing dok sebelah sama blajo
...

tu yg saya duk cakap ulang2 tu aji...program mungkin baik...penerimaan tu takut tak baik..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 09:15 PM | Show all posts
Baca berita harini Jakim kata nak siasat, baguslah....

Jangan bagi muka sangat kat ummah-ummah bapok lorong.

Kebanyakan depa ni berfahaman libtard, murtad dan retard.

Motif utama rembesan kempen anjing kurap ni adalah untuk cabar hukum agama dan pada masa nak upkan ummah bapok supaya dapat diterima masyarakat marhaein.

Dari kaca mata aku, dua-dua tetap geli dan jijik...........anjing dan bapok.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2014 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
magnus posted on 20-10-2014 08:16 PM
Insaf baca your post ni..kesal jugak dgn sikap poremmer duk perlekeh imam shafiee...nauzubillahimi ...

Ada ke yang perlekeh imam shafi'e? Porumner just cadangkan utk tengok mazhab-mazhab yang lain juga. Susah betul nak berdebat secara intelek kalau asyik nak pandang negatif ja. Tak boleh nak terima pendapat lain langsung sampai fitnah orang poremer perlekeh imam shafi'e. Ni lah sikap umah melayu malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 09:22 PM | Show all posts
JokesCop posted on 20-10-2014 08:43 PM
Thanks for info: aku carik dari mana hadith cakap haram sentuh anjing, jawapannya, xde.. hanya tar ...

Mutlak (absolute) hanya al-Quran..

tapi kena ingat..bila tak der dalam al-quran..rujuk hadis..

walaupun hadis tak der lafaz 'sentuh'..

tapi kenyataan 'najis' dan 'samak' dalam hadis tu pun dah boleh faham..

tak kan lah tiba2 jer kena samak kalu tak didahulukan dengan perbuatan sentuh..

ulamak bila dia berbincang..dia akan tarjihkan pendapat satu sama lain..tapi bukan bergaduh..

cuma masing2 bawa hujjah agar perbincangan tu dapat menghasilkan suatu kesimpulan  yang paling hampir dengan maksud Nas (hadis)

Mana2 pendapat yang paling hampir itulah yang lebih selamat diamalkan..biasa disebut dalam istilah fiqh 'arjah al-qaul' maksudnya pendapat yang paling rajih (jelas)...maknanya hampir dengan kehendak Nas..tapi masih boleh dipertikai JIKA orang yang mempertikaikan tu boleh bawa nas yang lebiih kuat lagi daripada itu...setakat ni tak der..semua berkokok jer nyalahkan imam syafie..tapi nas?..dalil?...tarakkk..! yang disibukkannya tak perlu bermazhab katanya..habah dia ajar macam tu agaknya..!



Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
ikan_kaghing posted on 20-10-2014 09:15 PM
Baca berita harini Jakim kata nak siasat, baguslah....

Jangan bagi muka sangat kat ummah-ummah ba ...

Mohon jakim pi fokus dekat benda2 yang betul2 haram macam politik wang, hotel2 5 bintang serta video separuh bogel datin2 malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 09:29 PM | Show all posts
Bila nak keluar fatwa sesapa yang menhanjeng kena sertu ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.069653 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list