CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4696|Reply: 6

[Tempatan] Berita biasa di Malaysia: Sindiket kuasai pembalakan haram

[Copy link]
Post time 21-10-2014 07:25 AM | Show all posts |Read mode

Gambar dari ruang udara menunjukkan kegiatan pembalakan haram di salah sebuah kawasan hutan simpan yang berjaya dikesan. – IHSAN SPRM

Kegiatan pembalakan ha­ram di seluruh negara dilaporkan semakin serius ang­kara perbuatan rasuah yang berleluasa dan turut melibatkan penguat kuasa agensi kerajaan.

Kegiatan yang dinaungi sindiket serta kumpulan mafia bersenjata api telah mengakibatkan negara kerugian ratusan juta ringgit dengan Sarawak sahaja pada tahun lalu mencatatkan RM100 juta.

Menurut sumber, sindiket yang sebelum ini menyogok penguat kuasa dipercayai renjer dan pegawai Jabatan Perhutanan kini bertindak semakin berani apabila bersekongkol dengan syarikat pembalakan gergasi.

“Ini kerana syarikat pembalakan gergasi mempunyai kelengkapan dan jentera besar bagi memudahkan mereka menjalankan aktiviti haram ini. Balak ditebang tidak mengikut peraturan dan tidak mematuhi syarat-syarat penebangan termasuk menjalankan kegiatan di luar kawasan yang dilesenkan.

“Mereka malah semakin berani menebang spesies pokok terancam dan mempunyai nilai komersial yang tinggi. Aktiviti ini sememangnya diketahui oleh agensi kerajaan berkaitan tetapi sehingga kini tiada tindakan diambil,” katanya ketika dihubungidi sini hari ini.

Sumber itu menambah, aktiviti pembalakan haram itu juga menyebabkan kerugian kepada kerajaan Persekutuan dan negeri yang menjejaskan kutipan cukai eksport, cukai pendapatan syarikat balak, individu dan syarikat pengangkutan.

Sementara itu, Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd. Jamidan Abdullah ketika dihubungi mengesahkan pihaknya ada menerima maklumat mengenai aktiviti pembalakan haram tersebut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2014 09:49 AM | Show all posts
"menurut sumber" ?

Siapa sumber prkerja utusan dungu tuh ? Jiran flat pprt dia ka ?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 09:54 AM | Show all posts
open secret ... itu pasal la sprm dan agensi penguatkuasa di Muleysia ni jadi bahan gelak saja ...  
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 09:55 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 11:53 AM | Show all posts
Menurut sumber, sindiket yang sebelum ini menyogok penguat kuasa dipercayai renjer dan pegawai Jabatan Perhutanan kini bertindak semakin berani apabila bersekongkol dengan syarikat pembalakan gergasi.

kalu betui...biloh Allah SWT..nak bayaq cash
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2014 09:15 AM | Show all posts
30 peratus hutan diterokai secara haram


Hampir separuh daripada hutan simpan di Semenanjung negara ini dikesan telah diterokai secara haram oleh syarikat pembalakan.

Perkara itu didedahkan oleh Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) berdasarkan pemantauan mereka sejak beberapa tahun lalu.

Presidennya, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil mendakwa, pihaknya mendapati sebanyak 20 peratus daripada 50 peratus hutan yang digazet itu telah ditebang secara terang-terangan.

“Kegiatan ini dikesan berlaku di Pahang dan Kelantan diikuti negeri-negeri lain.

“Malah, perkara itu dilakukan berterusan dan dipercayai ‘dilindungi’ pihak-pihak tertentu,” dakwanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan kegiatan pembalakan haram di seluruh negara semakin serius angkara perbuatan rasuah.

Kegiatan yang dinaungi sindiket serta kumpulan mafia bersenjata api telah mengakibatkan negara kerugian ratusan juta ringgit dengan Sarawak sahaja telah mencatatkan kerugian RM100 juta pada tahun lalu.

Shariffa Sabrina seterusnya mendakwa, aktiviti tersebut berlaku apabila syarikat pembalakan yang memperoleh lesen secara sah tidak mematuhi syarat pembalakan yang ditetapkan.

“Misalnya, syarikat diberi kelulusan untuk menebang balak dengan keluasan sebanyak satu hektar tetapi mereka menebang melebihi had yang ditetapkan,” dakwanya.

Dakwa Shariffa Sabrina lagi, pihaknya mempunyai bukti-bukti seperti visual mengenai kegiatan tersebut hasil pemantauan di lokasi.

“Lebih malang, perkara ini dijalankan tanpa pemantauan daripada pihak berkuasa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku,” dakwanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2014 10:24 AM | Show all posts
siapa yang pula yang jaga sindiket balak haram ni semua tau nak untung je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:44 AM GMT+8 , Processed in 0.069209 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list