CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2273|Reply: 16

[Tempatan] Tambang Bas Sekolah Confirm Naik 30% Tahun Depan!

[Copy link]
Post time 21-10-2014 07:55 AM | Show all posts |Read mode
Seremban: Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia  (GPBSM) akan mengenakan kadar baru tambang bas sekolah pada sesi persekolahan tahun depan dengan kenaikan sebanyak 30 peratus. Presiden GPBSM Mohd Rofik Mohd Yusof berkata, kenaikan itu sudah dipersetujui semua 18,000 pengusaha bas sekolah yang bernaung di bawah gabungan itu di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Katanya, cadangan kenaikan kadar tambang bas sekolah itu terpaksa dilakukan mulai sesi persekolahan tahun depan selepas ia ditangguhkan tahun ini.


“Pada dasarnya kita bercadang untuk menaikkan kadar tambang bas sekolah  30 peratus selepas Tahun Baru Cina lalu, tetapi tidak mendapat persetujuan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

;“Bagaimanapun, agensi itu sudah memberi kebenaran kepada gabungan menetapkan kadar baru bagi sesi persekolahan tahun depan, namun perlu berunding dengan ibu bapa bagi mendapatkan persetujuan bersama.


“Kami akan memaklumkan  ibu bapa mengenai kadar baru itu dan berharap selepas ini tidak lagi timbul isu mengenai kadar baru,” katanya.

Menurut Mohd Rofik, kenaikan kadar tambang itu tidak boleh dielakkan  bertujuan menampung peningkatan kos operasi dan kenaikan harga alat ganti kenderaan ekoran pelarasan subsidi yang menyaksikan harga bahan api meningkat 20 sen, awal bulan ini.


Beliau berkata, kenaikan yang dicadangkan tidak akan membebankan ibu bapa kerana ia hanya membabitkan pertambahan kira-kira RM9 sebulan bagi seorang pelajar.


“Bagaimanapun, bagi ibu bapa yang mempunyai lebih tiga anak, pengusaha bas akan berbincang dan sedia bertolak-ansur dengan ibu bapa bagi pengurangan tambang.

“GPBSM menyedari beban yang perlu ditanggung ibu bapa, namun ia tidak boleh dielakkan berikutan pengurangan subsidi bahan api dan kenaikan harga alat ganti kenderaan kerana kos operasi bulanan pengusaha bas sekolah di seluruh negara kini meningkat mendadak antara RM700 hingga RM800,” katanya.

Menurutnya, GPBSM akan mengadakan perbincangan lanjut dengan ahli gabungannya mengenai pelaksanaan kadar tambang bas sekolah yang baru, Disember ini. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3249#sthash.ZPxyBDrH.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2014 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah....

Demi pendidikan anak2, aku redha. Tak nak berkira sgt dan ikhlas membiayai segala urusan persekolahan anak.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 09:42 AM | Show all posts
minyak naik 20sen, tp tambang naik smpai 30%!
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 09:43 AM | Show all posts
terima kasih...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 09:44 AM | Show all posts
terima kasih kerajaan!
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 09:46 AM | Show all posts
alhamdulliah..berita gembira untuk ibubapa sekalian...........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2014 10:29 AM | Show all posts
bayar jela.. kalau rasa mahal hanta la sendiri

pengusaha bas pon nak idup jugak

untung2 leh dapat bas sekolah baru
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 10:34 AM | Show all posts
bestnya duduk malaysia.. serba serbi naik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2014 10:52 AM | Show all posts
dr_stein posted on 21-10-2014 10:34 AM
bestnya duduk malaysia.. serba serbi naik...

betoi betoi.....yg turun harga kangkong aja
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 10:55 AM | Show all posts
makton posted on 21-10-2014 09:42 AM
minyak naik 20sen, tp tambang naik smpai 30%!

minyak naik 20sen so harga alat ganti naik, harga tayar naik, harga cuci bas naik, bla bla bla....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 11:19 AM | Show all posts
kumbang7 posted on 21-10-2014 10:55 AM
minyak naik 20sen so harga alat ganti naik, harga tayar naik, harga cuci bas naik, bla bla bla....

alat ganti bukan hari2 ganti..
tayar bukan hari2 tukar..
bas bukan hari2 cuci....

bla..bla..blaaaa.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 11:20 AM | Show all posts
Menurut Mohd Rofik, kenaikan kadar tambang itu tidak boleh dielakkan  bertujuan menampung peningkatan kos operasi dan kenaikan harga alat ganti kenderaan ekoran pelarasan subsidi yang menyaksikan harga bahan api meningkat 20 sen, awal bulan ini.

sib baik melayu yg cakap..kalo cina abih dituduhnya amik kesempatan
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 11:32 AM | Show all posts
tak per..asal anjing tak tumpang naik bas semua hokay -  Mufti

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 11:38 AM | Show all posts
minyak naik ..petrol kan...bukang diesel....????
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 11:41 AM | Show all posts
wooooooooooo....sudah nampak tanda2 smua nak naik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2014 11:43 AM | Show all posts
Al-Patih posted on 21-10-2014 03:38 AM
minyak naik ..petrol kan...bukang diesel....????

Amboi bangun awal harini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2014 11:48 AM | Show all posts
kejoraria posted on 21-10-2014 10:52 AM
betoi betoi.....yg turun harga kangkong aja

Yang turun K#TE Bijan je lepas puas bersenggama dgn big mama...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.142464 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list