CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2350|Reply: 11

[Dunia] Petaka kencing atas tilam

[Copy link]
Post time 21-10-2014 08:37 AM | Show all posts |Read mode
Kunming, China Polis wilayah Yunnan menangkap seorang lelaki kerana dipercayai membunuh anak lelakinya sebelum memotong kemaluan mangsa.


Berdasarkan laporan, tindakan tidak berperikemanusiaan berkenaan didorong rasa marah suspek terhadap anaknya yang suka kencing di atas tilam.

Jurucakap polis semalam berkata, Tang Minghua, 39, terpaksa bersendirian membesarkan anak lelakinya, Kao, 9, selepas ditinggalkan isteri.


“Pasangan berkenaan mengalami masalah rumah tangga.“Tang ditinggalkan kerana isterinya menjalin hubungan dengan lelaki lain,” katanya.


Namun kesalahan mungkin bukan terletak pada isteri Tang semata-mata. Berdasarkan kenyataan jiran, Tang tidak mempunyai pekerjaan sebaliknya sering menghabiskan masa mabuk di rumah.


Bosan dan kecewa dengan keadaan rumah tangga berantakan serta rindu kepada ibunya, Kao ‘memberontak’ dan mula kerap kencing di atas tilam.


Jurucakap polis berkata, Tang dipercayai hilang sabar kelmarin kerana Kao sekali lagi kencing di atas tilam walaupun sebelum itu disuruh ke tandas.“Kao enggan ke tandas kerana mendakwa dia tidak berasa mahu kencing,” katanya.


Berdasarkan siasatan awal, Tang dipercayai mengheret Kao keluar dari rumah mereka di Zhenxiong dan memaksanya kencing.


Apabila budak itu berdegil, Tang mula mencekik anaknya sehingga mati. Kemaluan Kao kemudian dipotong sebelum Tang kembali ke rumah untuk tidur.

Kejadian berkenaan hanya disedari selepas penduduk setempat ternampak mayat Kao terbaring di depan rumah. Jurucakap polis berkata, Tang menyalahkan isterinya atas kejadian itu.  - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3189#sthash.usU4ib5M.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2014 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
1001 kegilaan...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak pe lah....bior lah dia mati dari hidup siksa brpanjangan dg bapak yg ncm tu...

RIP BOY......


Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 08:49 AM | Show all posts
betul2 malapetaka ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 08:53 AM | Show all posts
ya allah

kesian kan

ayah dia pemabuk  teruk ni ...hilang pertimbangan
underlying depression

siannn...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Cina PRC dan kepelikan tahap pprt berpisah tiada. Kesian budak tu dpt bapak gila
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2014 09:37 AM | Show all posts
org lelaki ni pegang tgjwb sikit dah stress sampai bunuh2 anak....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 09:49 AM | Show all posts
tension sgt .........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2014 09:52 AM | Show all posts
Hanya terdapat di china mainland..macam2 ada
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 09:54 AM | Show all posts
Aduiiyaiii.....gila tul
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 10:00 AM | Show all posts
bunuh satu hal, yang nak potong anunye ngape..

memang gile
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
China Darul Pelik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.074813 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list