CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2491|Reply: 9

[Tempatan] Tan Sri Ismail Hussein meninggal dunia

[Copy link]
Post time 21-10-2014 08:53 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Tan Sri Ismail Hussein meninggal dunia kira-kira jam 9.36 malam ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya, dipercayai akibat sakit tua.

        Ismail berusia 82 tahun, meninggalkan seorang isteri, Puan Sri Rugayah Abdul Rashid dan empat anak - dua lelaki dan dua perempuan.

        Ketua Satu Gapena, Prof Datuk Dr Abdul Latif Abu Bakar berkata, Ismail merupakan seorang tokoh di bidang kesusasteraan Melayu di negara ini.

        "Sepanjang mengenali Allahyarham, beliau merupakan seorang yang lemah lembut dan selalu menghulurkan pertolongan kepada orang lain.

        "Manakala dari sudut kepimpinan, beliau adalah seorang pemimpin yang berjaya membawa Gapena sehingga terkenal dalam memperjuangkan bidang kesusasteraan dan budaya Melayu di negara ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

        Allahyarham yang juga bekas Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya dilahirkan pada 30 Januari 1932 di Kampung Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah dan menerajui Gapena bermula 1971 hingga 2013.

        Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Seksyen 16, Petaling Jaya, 10 pagi ini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara kira-kira 11 pagi.        Al-Fatihah.
        - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2014 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah. Al-Fatihah.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 09:51 AM | Show all posts
takziah.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 11:56 AM | Show all posts
AlFatiha
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 01:56 PM | Show all posts
Konserto Terakhir ..???
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 02:18 PM | Show all posts
takziah pada keluarga.sapa ye?walau aku dulu arts stream aku tak amik  sastera melayu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2014 02:25 PM | Show all posts
Alfatihah.abang dia Abdullah Hussein masih sihat lagi kan?
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 12:04 PM | Show all posts
Innalillahi Wainnalillahi Rohjiun..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2014 12:10 PM | Show all posts
innalillahwainnailaihirojioun.....Takziah pd keluarga......
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 12:12 PM | Show all posts
takziah....
al-fatihah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.495256 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list