CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1174|Reply: 9

[Jenayah] Ada ahli politik dibiayai hasil judi haram

[Copy link]
Post time 21-10-2014 08:54 AM | Show all posts |Read mode
[url=][/url][url=][/url]




        PUTRAJAYA - Terdapat ahli politik dipercayai dibiayai dengan hasil pendapatan daripada pusat perjudian haram di tiga kawasan iaitu pekan Kuala Sepetang, Bagan Panchor dan Pulau Kuala Sangga di Perak.
          
        Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, meskipun tidak terlibat secara langsung tetapi ada ahli politik yang dikesan dibiayai dengan hasil pusat perjudian haram tersebut.
          
        "Tidak ada ahli politik yang terlibat secara langsung tetapi mungkin ada yang memperolehi wang daripada pendapatan hasil perjudian itu untuk melakukan kegiatan politik.
          
        "Berdasarkan laporan yang saya perolehi ada ahli politik yang terlibat...saya tidak mahu menuduh, tetapi jika mahu pembuktian pihak polis ada bukti," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
          
        Beliau berkata, dalam masalah perjudian atau kegiatan jenayah sepatutnya mana-mana ahli politik tidak bersekongkol dengan individu atau pertubuhan haram.

        Ahmad Zahid diminta mengulas laporan akhbar mengenai kegiatan perjudian di tiga kawasan berkenaan yang dikatakan kebal untuk ditembusi pihak berkuasa.  
          
        Sehubungan itu, beliau berharap pihak parti politik dapat mengambil tindakan terhadap ahli-ahlinya yang terlibat dibiayai dengan kegiatan perjudian haram.
          
        "Kami juga mohon kerjasama orang ramai, bukan sahaja melaporkan tetapi bersama-sama mengambil tindakan dengan pihak berkuasa, kerana apa yang berlaku sekarang bila ada permintaan maka adalah penawaran," katanya. - Bernama

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/semasa/ada-ahli-politik-dibiayai-hasil-judi-haram-1.326077

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2014 09:15 AM | Show all posts
ada bran nak habaq nama ahli politik tue?....ngan harep laa...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 09:49 AM | Show all posts
"Tidak ada ahli politik yang terlibat secara langsung tetapi mungkin ada yang memperolehi wang daripada pendapatan hasil perjudian itu untuk melakukan kegiatan politik.

ai da xde peruntukan dr parti ke sampai dibiaya duit judi
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 09:52 AM | Show all posts
oh..sudah diduga....

sama spt kemasukan rokok seludup dan ujudnye rokok murah buatan Malaysia rm 4.50 sekotak...

itu semua kerja org berpengaruh...gangster picisan tidak terdaya hendak bikin itu semua...

silap2 ahlong pn sama......
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 09:55 AM | Show all posts
kalau yg di sponsor tu dari parti sendiri confirm cakap polis kena siasat dulu..tapi kalau dari parti pembangkang..polis tak abis siasat lagi dah terus kasi statement
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 10:00 AM | Show all posts
aku dah cerita dulu pasal piramid ni

                                  college dropout (underworld mafia)

                                    3rd class degree holder (politician)

                MBA/business/administration degree holder (head of organization)

Doctor/engineer/accountant/lawyer/architect/scientist (outstanding student in the university)


jadi siapa yg menguasai sesebuah negara????
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2014 12:48 PM | Show all posts
apoh bondo punya cakap ni...atas awangan ....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 12:51 PM | Show all posts
Eleh macam ler jalanraya yang kita gunakan bukan dari hasil haram....taxes dari hasil perjudian.....kheen? Cuma yelah...hasil yang dah jadi halal.....

Kah3X
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2014 12:53 PM | Show all posts
Semua kerana nak kuasa dan pangkat....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
ni mesti ahli politik pr sebab ahli politik umno pasti akan dilindungi sebaik mungkin, jika tidak bocor rahsia satu parti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:11 AM GMT+8 , Processed in 0.090499 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list