CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1561|Reply: 11

[Jenayah] Kes bunuh Sosilawati: Mahkamah tetapkan rayuan 9 Februari 2015

[Copy link]
Post time 21-10-2014 09:55 PM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini menetapkan lima hari bermula 9 Februari 2015 untuk mendengar rayuan bekas peguam dan tiga pekerjanya yang disabit dan dijatuhi hukuman mati kerana membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain pada 2010.

Panel tiga anggota diketuai Hakim Datuk Aziah Ali juga memerintahkan pihak pembelaan dan pendakwaan memfailkan hujahan bertulis masing-masing pada 26 Januari tahun depan.

Aziah yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat juga menetapkan 13 November ini untuk mendengar permohonan N Pathmanabhan untuk meminda petisyen rayuannya.

Beliau juga mengarahkan peguamnya untuk memfailkan permohonan itu sebelum 6 November ini.

Terdahulu, panel itu membenarkan permohonan yang dikemukakan oleh T Thilaiyalagan dan R Kathavarayan untuk lanjutan masa bagi membolehkan mereka memfailkan petisyen rayuan pada atau sebelum 30 November tahun ini.

Pada 23 Mei 2013, Pathmanabhan, 44, dan tiga pekerja ladang iaitu Thilaiyalagan, 22, R Matan, 23, dan Kathavarayan, 34, didapati bersalah dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Mereka didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam melakukan perbuatan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.



TIGA tertuduh kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya, R Matan (kiri), T Thilaiyalagan (dua kiri) dan bekas peguam N Pathmanabhan (kanan) diiringi anggota polis selepas mahkamah memutuskan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati, bagi kesalahan melupuskan mayat jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Mei tahun lalu. - Foto Osman Adnan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2014 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak setel lg ke
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 10:50 PM | Show all posts
gantung je la par.yah2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 11:41 PM | Show all posts
Aku agak dah idup lagi macha paryas ni.... Lama lagi nak mapuih kat tali gantung. Bunuh orang senang, nak mati dan mampus kena hukum susah.

Pakai lawyer macha pasti lawyer burok. Gunakan tanpa was wash..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2014 11:46 PM | Show all posts
tak tau la ....apa jadi kalo kes ni di bebaskan begitu saja ....
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 12:52 AM | Show all posts
ala.....bapak jaws kompom lepas punya lah....
yg mampos....ikan2 belacak jer....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2014 12:55 AM | Show all posts
moga disegerakan hukuman kerana tiada maaf bagi mereka. cruel viscious heartless. stalker, stalker paham ke.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 02:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum ke tali gantung, mereka ni dibenarkan untuk membuat rayuan. Selalunya proses rayuan mengambil masa yang lama sampai bertahun-tahun. Aku harap la rayuan mereka ni ditolak. Ameen. Last edited by ice_sky92 on 21-10-2014 06:50 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2014 02:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Double post. Last edited by ice_sky92 on 21-10-2014 06:49 PM

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 08:17 AM | Show all posts
tak setel lagi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 08:54 AM | Show all posts
munchkin posted on 22-10-2014 12:55 AM
moga disegerakan hukuman kerana tiada maaf bagi mereka. cruel viscious heartless. stalker, stalker p ...

amiiinnnn!
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 09:12 AM | Show all posts
ice_sky92 posted on 22-10-2014 02:47 AM
Sebelum ke tali gantung, mereka ni dibenarkan untuk membuat rayuan. Selalunya proses rayuan mengambi ...

amiiin ya allahu ya adil.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.564225 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list