CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2430|Reply: 9

Papan luncur terapung

[Copy link]
Post time 23-10-2014 10:29 AM | Show all posts |Read mode

PAPAN luncur Hoverboard ini menggunakan daya magnet yang kuat bagi membolehkan ia terapung beberapa sentimeter dari permukaan logam.

LOS ANGELES – Sebuah syarikat berjaya menghasilkan sebuah papan luncur yang boleh terapung di udara dan bakal berada di pasaran tidak lama lagi, lapor Metro Online kelmarin.

Papan luncur tersebut yang dikenali sebagai Hoverboard direka oleh syarikat teknologi, Hendo yang dimiliki oleh sepasang suami isteri, Greg dan Jill Henderson.

Ketika ini syarikat tersebut sedang menjalankan kempen untuk mengutip derma daripada orang ramai melalui laman web Kickstarter bagi mencari dana untuk memasarkan papan luncur berkenaan.

Syarikat tersebut turut mengeluarkan satu klip video yang memaparkan seorang lelaki yang memakai baju putih sedang meluncur menggunakan papan luncur berkenaan.

Menurut syarikat itu, mereka menggunakan tindak balas magnet untuk menghasilkan satu daya yang membuatkan papan luncur tersebut terapung di udara.

Bagaimanapun, papan luncur yang mungkin berharga AS$10,000 (RM32,610) hanya berfungsi di permukaan logam dan tidak boleh digunakan di permukaan jalan raya bertar. – Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2014 10:30 AM | Show all posts
tunggu jalan raya berlogam baru beli la
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 11:02 AM | Show all posts
silversurfer ke ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2014 11:05 AM | Show all posts
Bila nak masuk pasaran malaysia?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 11:25 AM | Show all posts
ais_kosong posted on 23-10-2014 10:30 AM
tunggu jalan raya berlogam baru beli la

Main atas rel keretapi ke, LRT ke....ok hape?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 11:34 AM | Show all posts
sebijik mcm dlm citer 'back to the future II'... tp yg tu lg advance..bleh guna atas jln tar...hihi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2014 11:35 AM | Show all posts
alphawolf posted on 23-10-2014 11:25 AM
Main atas rel keretapi ke, LRT ke....ok hape?

kami masih sayang nyawa kami
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 11:48 AM | Show all posts
cmana fungsi dia?kan benda ni magnet...cmna nak gerak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-10-2014 12:45 PM | Show all posts
Kalau minyak naik harga pun tak ada hal....
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 08:08 PM | Show all posts
dondangdendang posted on 23-10-2014 11:48 AM
cmana fungsi dia?kan benda ni magnet...cmna nak gerak?

lebih kurang cam monorel dan ketapi bulet bergerak kekdahnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.070494 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list