CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7356|Reply: 77

[Tempatan] TIADA SUBSIDI - RON95 mengikut harga pasaran

[Copy link]
Post time 23-10-2014 04:47 PM | Show all posts |Read mode
GOLONGAN PENDAPATAN TINGGI BAYAR RON95 IKUT HARGA PASARAN MULAI JUN 2015



BANGI, 23 Okt (Bernama) -- Harga jualan petrol RON95 bagigolongan berpendapatan tinggi adalah mengikut harga pasaran mulai Jun tahunhadapan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

"Mereka akan membayar harga RON95 mengikut harga pasaran. Misalnya kalauharganya RM2.58 sen seperti sekarang, maka RM2.58 sen lah. Mungkin bila hargaminyak dunia turun, maka turunlah. Kalau naik terpaksalah (bayar lebih tinggi)," katanya.

Ahmad berkata golongan berpendapatan rendah dan sederhana pula akan terusmenikmati RON95 pada harga subsidi.
"Sistem ini lebih adil sebab hanya golongan yang layak sahaja akanmenerima subsidi," katanya dalam sidang media selepas menyampaikantaklimat berkenaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) untuk pegawai kananKementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) serta agensi-agensi dibawahnya disini hari ini.

Mekanisme subsidi bersasar yang akan dilaksanakan pada Jun2015 akan memberi faedah kepada isi rumah berpendapatan bawah RM4,000 sebulan,kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.
Hampir sah bahawa penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M),yang pendapatan isi rumah mereka sebegitu, boleh menerima subsidi. Sementara itu, golongan kelas pertengahan pula akan diberikan sebahagian subsidi manakalagolongan berpendapatan tinggi akan membayar harga petrol RON95 berdasar hargapasaran.

Harga RON95 ketika ini ialah RM2.30 seliter. Ahmad berkata mekanisme dan kaedah pelaksanaannya sedang diperhalusi Kementerian Kewangan dan KementerianPerdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sama ada menggunakan MyKad atau kad-kad lain.

Menurutnya sistem yang sama akan turut dilaksanakan kepada pengguna dieselmulai Januari tahun depan melalui menggunakan kad fleet. Dalam sidang mediayang sama, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata taklimat mengenai CBP itu amat penting supaya rakyat tidak mudahterpengaruh dengan perkara tidak benar yang disebarkan pihak
tidak bertanggungjawab.

Katanya penerangan kepada penduduk luar bandar juga akan diperhebatkan bukan sahaja menerusi taklimat ke seluruh negara oleh Kementerian Kewangan sendiri,malahan melibatkan agensi-agensi di bawah KKLW. Ia penting supaya kefahaman mengenai CBP itu dapat diperjelaskan hingga ke peringkat akar umbi, kata beliau.

UPDATE>>
Subsidi minyak hanya bagi yang berpendapatan RM10,000 ke bawah



Hanya rakyat Malaysia berpendapatan RM10,000 sebulan ke bawah akan menikmati sebahagian subsidi minyak bermula tahun depan, sementara mereka yang berpendapatan RM5,000 ke bawah akan menikmati subsidi penuh, kata Putrajaya hari ini.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, program rasionalisasi subsidi akan dipecahkan kepada tiga peringkat.
"Mereka yang berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan akan menerima subsidi penuh sementara mereka yang berpendapatan di antara RM5,000 dan RM10,000 akan mendapat sebahagian subsidi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan Antarabangsa Perbankan Islam anjuran Bank Rakyat di Kuala Lumpur hari ini.

Katanya, mekanisme penuh masih dikaji Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Putrajaya membelanjakan lebih kurang RM24 bilion setahun untuk subsidi minyak bagi pengguna kenderaan, tetapi hanya mendapat RM7 bilion daripada penjualan permit import (AP) untuk kenderaan import.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan pada Khamis mengumumkan sistem rasionalisasi subsidi minyak masih dalam kajian kerajaan dan akan melibatkan penggunaan Mykad.
Ahmad dilaporkan berkata, golongan berpendapatan tinggi perlu membayar RM2.58 untuk RON95 seliter sementara golongan berpendapatan rendah akan membayar RM2.30 seliter.

Ahmad berkata, golongan berpendapatan tinggi perlu membayar RON95 dengan harga pasaran bermula Jun 2015 sementara golongan berpendapatan rendah akan terus menikmati subsidi kerajaan. – 27 Oktober, 2014.

Last edited by hanie_z on 27-10-2014 05:23 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2014 04:56 PM | Show all posts
Sekarang harga minyak turun, ada ron97 turun tak...? Ron97 kan dah lama takder subsidi...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 04:57 PM | Show all posts
haizzzzzzzzzzz
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 04:58 PM | Show all posts
YEAY.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Huntung lah menteri ada kad minyak...naik turun ada subsidi ke tak diorg peduli apa....
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 04:58 PM | Show all posts
sangat setuju.. laksanakan jugak untuk para menteri..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2014 05:19 PM | Show all posts
rammad25 posted on 23-10-2014 04:58 PM
sangat setuju.. laksanakan jugak untuk para menteri..

menteri kereta rasmi...bukan dia keluar duit......tapi menteri bayar jugak cukai...

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 05:23 PM | Show all posts
Sokong je la dia....siann....kang nangis plak dia takde org sokong.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2014 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Konponm golongan rendah dan menengah buat MLM jual minyak dkt golongan kaya...lagi ramai downline lagi murah dapatttttt....
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeay....happynya aii
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena bagi pelepasan cukai yg tinggi jugak la. Lps ni GST dah jd sumber revenue negara. Tak perlu la income tax

Sekarang PR cuma kata bagi subsidi 10 sen pun dah boleh menang
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 06:04 PM | Show all posts
mrseller posted on 23-10-2014 05:34 PM
Konponm golongan rendah dan menengah buat MLM jual minyak dkt golongan kaya...lagi ramai downline la ...

Heheh jom kita rangka plan untuk projek ni.
Mcm menarik munyinyer

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 06:05 PM | Show all posts
dia datang lagi!! *suara ala2 iklan TORA*


Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Eric.n9 posted on 23-10-2014 06:04 PM
Heheh jom kita rangka plan untuk projek ni.
Mcm menarik munyinyer

Lu  kapitalis hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 08:01 PM | Show all posts
cemolot posted on 23-10-2014 06:05 PM
dia datang lagi!! *suara ala2 iklan TORA*


Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 08:04 PM | Show all posts
sape yg layak membeli minyak? pakai ic anak boleh x? mcm2 cara nanti org nak manipulasi utk beli minyak murah...silap2 kes mykad hilang akan naik nanti....tunggu dan lihatla wahai pak menteri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2014 08:05 PM | Show all posts
esok pada mykad akan di cetak
wargenegara islam ke tidak dan MISKIN dan KAYA
gamaknyaa
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 08:05 PM | Show all posts
boleh suruh gang2 yg berpendapatan rendah n sederhana utk tolong isikan minyak tak?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
jahanam malaysia....dikerjakan oleh umno
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
gaji 2000....ada kebun sawit 10 ekar...rumah..4 biji...ni kira pendapatan rendah ker...cam mana...brim layak....subsidi pun boleh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.389913 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list