CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4964|Reply: 55

[Tempatan] ‘Gaji RM4,000 baru cukup hidup di bandar’.Biar Betik Yam

[Copy link]
Post time 24-10-2014 11:06 PM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM - Baru-baru ini menerusi satu kenyataan daripada bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa data terbaru Bank Dunia, gaji di bawah RM3,600 dikira berada dalam kelompok miskin di Malaysia.

Tinjuan Sinar Harian Online mendapati, rata-rata orang ramai yang ditemui bersetuju dengan kenyataan itu kerana gaji yang mereka peroleh hanya ‘cukup-cukup makan’.

Menurut seorang pekerja grafik, Mohd Fazly Ruslim, 26, berkata, beliau sangat bersetuju dengan data tersebut kerana ia melambangkan kehidupannya sekarang yang bergaji di bawah RM3,600.

“Saya memang bersetuju, golongan penduduk bandar macam saya terkesan dengan kos hidup yang makin tinggi. Generasi sekarang hendak mulakan hidup memang susah berbanding generasi yang lepas.

“Bagi saya, kerajaan perlu fikir untuk tingkatkan lagi taraf kehidupan rakyat. Kos beli barang meningkat namun tiada sebarang peningkatan ekonomi kepada rakyat untuk itu paling molek saya rasa kenaikan kos hidup perlu seiring dengan kenaikan gaji .

“Sementara menyentuh soal gaji, pada pandangan sayalah kalau tinggal di bandar, macam boleh ‘rileks’ sikit dalam RM4,000 sebulan itu OKlah buat masa sekarang,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Pandangan ini turut dipersetujui oleh seorang pekerja swasta, Fathullah Asri, 24, yang mengatakan bahawa dirinya sekarang sememangnya berada dalam kelompok yang ‘miskin’.

“Saya fikir bahawa data yang dikeluarkan oleh bank dunia itu boleh jadi benar.

“…Jika diikutkan faktor zaman sekarang ini, yang mana nilai mata wang  yang semakin jatuh dan harga barang yang semakin tinggi seperti tanah, rumah,makan minum yang mana keperluan asas ini penting kepada setiap rakyat untuk hidup di Malaysia, namun disebabkan keperluan itu tinggi maka dapatan bulanan yang ditawarkan kepada pekerja-pekerja masih juga tidak mencukupi jadi itulah taraf kemiskinan di Malaysia di bawah gaji RM3,600 benarlah.

“Contohnya, saya mempunyai Ijazah Sarjana Muda jadi mungkin dalam RM2,000-RM3000 untuk gaji asas, itu untuk hidup di bandar satu cabaran yang sukar kerana bayangkan sekiranya gaji itu dibahagikan untuk rumah, kereta dengan minyak lagi ianya cukup-cukup makan sahaja,” katanya.

Sementara itu, menurut Sufian Razali, 28, data itu perlu kajian mendalam kerana kemiskinan itu berbentuk subjektif.

“Saya bersetuju kerana kalau kita lihat kos saraan hidup yang semakin meningkat sekarang, tetapi kajian mendalam tetap perlu dilakukan kerana jumlah gaji tersebut mungkin mencukupi untuk hidup di kampung.

“Barangkali kerajaan boleh menyediakan peluang untuk menambah pendapatan masyarakat dan individu. Sementara untuk gaji yang sesuai untuk hidup di bandar adalah dalam RM5,000,” katanya.

Sementara itu, bagi penuntut universiti tempatan, Norhayati Awang, 24, data itu perlu diklasifikasikan mengikut keadaan kerana wujudnya perbezaan antara cara kehidupan di luar bandar dan bandar.

“Kalau di bandar saya setuju tetapi di kampung saya rasa masyarakat yang bergaji sebanyak ini RM3,600 tidak miskin,” katanya.

Dalam pada itu, menurut Iera Yusoff,38, yang menjalankan perniagaan sendiri, berkata data gaji itu tidak digambarkan sebagai miskin tetapi tidak mencukupi.

“Pada pandangan saya miskin itu agak subjektif tetapi masih belum mencukupi, dalam keadaan semasa sekarang yang mana harga barangan mula naik, minyak sudah naik jadi dengan RM3,600 itu bagi yang berkeluarga sememangnya tidak cukup.

“Saya rasa dalam keadaan hari ini gaji antara RM4,000 sehingga RM5,000 barulah mencukupi bagi mewujudkan  sebuah senario keluarga yang harmoni,” katanya.

Sumber:http://www.sinarharian.com.my/na ... -di-bandar-1.327327



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2014 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
bgik aku x ckup..aku rse rm15,000 bru cukup
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 11:15 PM | Show all posts
cer tanya...hat gaji rm3600 tu depa pakai keta apa? ni bagi hat bujangla...

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia cukup kalau pahang menang
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Diorg pernah dgr besar periuk..besar la keraknya....
Masa iols nk tolong ayah iols beli kereta..dia ckp bleh lepas sbb ayah iols xde ape2 komitmen...salesman tu tunjuk sorang exec company OnG..gaji rm15k..kad kredit saja rm20k hutang..blum yg lain
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 05:34 AM | Show all posts
noor2 posted on 24-10-2014 11:15 PM
cer tanya...hat gaji rm3600 tu depa pakai keta apa? ni bagi hat bujangla...

Pakai kelisa, tpi gie kerja naik motor
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2014 05:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau berkeluarga ya kot...kalau single ...well...agak boleh jugak le kot.apa apa pun syukur laa....dok tanya tanya ...yg penting kawal harga barang...kat UK inflasi mmg terasa jugak ...tapi depa boleh lagi kawal peraih....
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 07:40 AM | Show all posts
tengok jugak expediture mcmana.. haku rasa fresh grad yg masih single yg kata gaji 4 ribu baru cukup tu mcm over.. jenis nak beli mcm2 nak mkn tempat sedap2..semua nak ikut trend.. mmg la gaji kena 4 ribu baru cukup..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2014 07:43 AM | Show all posts
kalo single gaji 3600 kasar, mmg cukup. kalo kalo dah berkeluarga, mmg tak cukup. tapi yela, kalo kerja swasta, mane nk dapat gaji camtu kalo tak kerja oil n gas.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 07:57 AM | Show all posts
blackred99 posted on 25-10-2014 07:43 AM
kalo single gaji 3600 kasar, mmg cukup. kalo kalo dah berkeluarga, mmg tak cukup. tapi yela, kalo ke ...

kalau single dan anak yatim dan tempat kerja senang dekat dengan lrt dan sewa rumah ramai2, saya setuju rm3600 kasar cukup.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
blackred99 posted on 25-10-2014 07:43 AM
kalo single gaji 3600 kasar, mmg cukup. kalo kalo dah berkeluarga, mmg tak cukup. tapi yela, kalo ke ...

3.6k ni bdk2 supervisor blh dpt kt site campur ot.. xmasuk lg yg subcon bg bln2..mcm kt tempat wa depa blh dpt 7k sbulan campur2 sume
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 08:05 AM | Show all posts
Makin besar gaji, makin besar hawa nafsunya.
Kok bagi 15k sebulan pung blm tentu ckup
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 08:06 AM | Show all posts
kucingTomey posted on 24-10-2014 11:30 PM
Dia cukup kalau pahang menang

canggihnya hp nokia 3310 bam kucim...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 08:06 AM | Show all posts
otomen_taro posted on 25-10-2014 08:02 AM
3.6k ni bdk2 supervisor blh dpt kt site campur ot.. xmasuk lg yg subcon bg bln2..mcm kt tempat wa  ...

supervisor ni budak fresh grads ke bro?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 08:07 AM | Show all posts
fezy posted on 25-10-2014 07:57 AM
kalau single dan anak yatim dan tempat kerja senang dekat dengan lrt dan sewa rumah ramai2, saya s ...

kan, sebab pas tolak epf, aku kira ada la dlm 3k jugak lebih kurang. dgn syarat jgn berlebih la belanja tu, konfem leh survive, bukan nk kata selesa la, tapi cukup la sampai next gaji. ni bujang la yek.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nak hidup stylo puluh puluh riban pun tak cukup...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2014 08:07 AM | Show all posts
vespa_oren posted on 25-10-2014 05:34 AM
Pakai kelisa, tpi gie kerja naik motor

okla tu kak vespa...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
blackred99 posted on 25-10-2014 08:06 AM
supervisor ni budak fresh grads ke bro?

kije 3 4 tahun..cuma kena bijak ngn team yg sepakat.. haha
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 08:23 AM | Show all posts
ingat fresh grad td. lom lagi untung jual besi, tak gitu?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
tu dia kira dgn outing tiap minggu makan luar..byk yg dia nk dari yg dia perlu tu psal x ckup.  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:15 PM GMT+8 , Processed in 0.498164 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list