CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2191|Reply: 12

[Tempatan] Komander ESSCOM sahkan berlaku kejadian tembak-menembak di Semporna pagi tadi

[Copy link]
Post time 26-10-2014 03:09 PM | Show all posts |Read mode
Komander ESSCOM sahkan berlaku kejadian tembak-menembak di Semporna pagi tadi
Azyyati Ahmad, Astro Awani | Kemas kini: Oktober 26, 2014
(Diterbitkan pada: Oktober 26, 2014 11:55 MYT)


KUALA LUMPUR: Komander Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah, (ESSCOM), DCP Datuk Abd Rashid Harun mengesahkan berlaku kejadian tembak menembak di Semporna, Sabah awal pagi tadi.

Menurut Abd Rashid, kejadian tersebut berlaku apabila suspek melepaskan tembakan awal kepada pasukan bertindak polis.

“Ya, ada insiden tembak-menembak berlaku. Ia bermula apabila ada tembakan dilepaskan kepada pasukan polis dan polis telah membalas dengan beberapa tembakan” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Menurut laporan akhbar The Star hari ini, pasukan polis telah menembak mati suspek yang merupakan seorang lelaki yang dikehendaki polis.

Bagaimanapun, Abd Rashid enggan mengulas mengenai berlaku kematian dari insiden tersebut dan memberitahu bahawa identiti suspek masih di bawah siasatan polis.

Abd Rashid dijangka mengumumkan butiran mengenai insiden itu pada sidang akhbar tergempar pukul 2 petang ini di Pengkalan Marin, Semporna.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/s ... -pagi-tadi-46998?cp
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2014 04:05 PM | Show all posts
Again? Hmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Lanun sabah ka?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 04:11 PM | Show all posts
Seorang suspek lelaki dipercayai penjenayah rentas sempadan ditembak mati dalam operasi oleh pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) di kawasan perairan Bangau Bangau, di Semporna awal hari ini.
   
Komander ESSCom Datuk Abdul Rashid Harun berkata suspek yang belum dikenal pasti identitinya itu ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di perairan berkenaan kira-kira pukul 2.15 pagi.
   
Beliau berkata ketika kejadian, pasukan peronda terserempak dengan sebuah bot berwarna biru dan mempunyai garisan merah di bahagian atas bot yang dikemudi seorang lelaki.
   
"Apabila cuba dihampiri, suspek terus melarikan diri dan setelah berjaya dikejar, suspek bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis," katanya dalam sidang media di Semporna, hari ini.
   
Beliau berkata selepas insiden berbalas tembakan, pihaknya terus menghampiri bot berkenaan dan mendapati suspek terbaring berlumurah darah serta dipercayai telah meninggal dunia.

Abdul Rashid berkata hasil pemeriksaan, sepucuk pistol bersama dua kelongsong peluru dan tiga butir peluru hidup di dalam silinder dijumpai di tempat kejadian.
   
"Tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai dan suspek dipercayai berusia 40-an," katanya.
   
Beliau berkata terdapat dua kesan tembakan di bahagian kiri bot yang dinaiki pasukan peronda, bagaimanapun pasukan peronda tidak mengalami sebarang kecederaan.
   
Mayat suspek dihantar ke Hospital Semporna dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat empat kesan tembakan di belakang kepala dan ada kesan luka di bahagian hadapan kepala, katanya.
   
Beliau berkata susulan kejadian itu, pihak ESSCom melakukan operasi di beberapa buah perkampungan air di sekitar Semporna kira-kira pukul 10 pagi ini.

"Hasil daripada operasi itu, kami menahan tujuh lelaki dan dua wanita berusia 30 hingga 40 tahun. Mereka yang ditahan dipercayai dapat membantu siasatan berhubung kes tembakan itu," kata Abdul Rashid.
   
Beliau berkata pada masa sama, pihaknya sedang mengesan enam lelaki berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun yang dipercayai dapat membantu siasatan berhubung kes jenayah rentas sempadan.
   
"Mereka dikenali sebagai Badong, Bocai, Wahab, Ali, Nilson dan Alex. Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi pihak ESSCom di talian 089-863181 atau balai polis berhampiran," katanya.
   
Sementara itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, yang ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Deepavali MIC Sabah di Kota Kinabalu, berkata beliau telahpun diberi taklimat tentang kejadian itu oleh ESSCom.
   
Beliau merakamkan penghargaan kepada pasukan keselamatan yang bertindak pantas dalam mengendalikan keadaan dan menasihati penduduk di Semporna supaya tidak panik memandangkan keadaan terkawal.
   
"Paling penting adalah perlu ada kerjasama dan sokongan (kepada pasukan keselamatan) daripada penduduk di kawasan berkenaan (Semporna)," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Penjenayah rentas sempadan...citizenship???
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 04:47 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 26-10-2014 04:13 PM
Penjenayah rentas sempadan...citizenship???

Al Fatihah kepada Pejuang Bangsa Sulu yang berani mengurbankan nyawanya demi berjuang mengembalikan tanah airnya yang dirampas .....  

Camkan ..... Satu MATI ....maka akan ada Seribupejuang penggantinya dari Republik Bangsamoro  ....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2014 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
adakah kejap lagi nak terjadi war???
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
janganlah panggil pengganas atau penjenayah
beliau saudara seagama sesunni syumul kita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2014 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
sunni shall prevail all over the world
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 06:11 PM | Show all posts
Habis pas nie saudara mara dia kat kmpg simunul mengamuk
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 08:04 PM | Show all posts
tumbang sorang pemegang IC biru....
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 08:08 PM | Show all posts
selayak nya la dik. say no to terrorist sunni
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 03:43 AM | Show all posts
itu montri pertahanan...sebuk pasai tiang seri...agaknya...dia punya tiang sri kot....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.081302 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list