|
Kuantan: Dua beradik yang juga peminat setia skuad Tok Gajah, Da Nieda dan Zue Sue Alias percaya skuad Tok Gajah mampu mempertahankan Piala Malaysia buat kali kedua berturut-turut.
Prestasi mantap dipamerkan skuad kendalian Zainal Abidin Hassan dengan menjulang dua piala musim ini iaitu Piala Sumbangsih dan Piala FA meningkatkan lagi moral dalam kalangan pemain untuk sekali lagi memenangi Piala Malaysia di pentas final pada 1 November ini.
Da Nieda, 33, berkata, sebagai penyokong fanatik skuad Tok Gajah, kelebihan dimiliki dengan barisan pemain terbaik akan membantu membenam cabaran skuad Harimau Selatan.
Katanya, semangat dan persefahaman tinggi dipamerkan Pahang akan membantu mempertahankan Piala Malaysia yang dimenangi musim lalu.
“Saya jangkakan Pahang akan mencatat kemenangan 3-1 ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT), masing-masing dua gol dijaringkan Matias Conti dan satu gol oleh R Gopinathan,” katanya, ketika ditemui, di sini, semalam.
Adiknya, Zue Sue, 26, berkata, Pahang perlu mempertahankan piala berprestij itu untuk membuktikan skuad Tok Gajah lebih berkaliber dan dinobatkan sebagai pasukan terbaik sepanjang musim ini.
Katanya, tiada yang mustahil bagi pasukan Pahang mencatat kejayaan manis selepas berjaya menjulang dua kejuaraan musim ini.
“Apa yang pasti, Pahang akan beroleh kemenangan 2-1 ke atas JDT biarpun bakal berdepan tentangan sengit daripada skuad Bojan Hodak di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini,” katanya. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|