CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1784|Reply: 3

[Tempatan] Denda RM10 jika buang puntung rokok

[Copy link]
Post time 30-10-2014 08:43 AM | Show all posts |Read mode
Jika anda merokok, berhati-hati jika ke bandar Klang kerana anda boleh didenda RM10 serta merta jika membuang puntung rokok sesuka hati di pusat bandar diraja Selangor itu.

Menurut Selangorkini, laman web rasmi kerajaan negeri Selangor, Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Klang (MPK), Datuk Mohammad Yacob berkata saman itu akan dikeluarkan serta merta kepada pesalah sebagai pengajaran tindakannya mencemari kawasan bandar.

“Sungguh pun puntung rokok itu kecil, tetapi kita mahu orang ramai maklum bahawa MPK serius dalam soal kebersihan. Sebab itu kita tegas menjalankan penguatkuasaan ke atas kutu-kutu sampah ini.

“Kita tidak mahu sikap sambil lewa ini terus menjadi budaya yang akhirnya orang ramai kembali menunding jari kepada MPK kononnya kami gagal menjaga kebersihan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam program turun padang bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Kerajaan Tempatan Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah, meninjau beberapa lokasi sampah haram di wilayah seliaannya kelmarin.

Mengulas lanjut, beliau berkata MPK telah memulakan aktiviti pembersihan bersama dengan penyewa gerai makan dan pasar di bawah kawalannya.

Katanya, MPK juga sedang mengkaji kewajaran mengenakan tindakan tegas dengan menamatkan kontrak sewaan kepada mana-mana penyewa gerai dan pasar yang pengotor.

“Tujuannya sudah tentu untuk memastikan semua penyewa patuh dengan arahan dan tiada kompromi dari MPK buat pesalah seperti itu.

“Jadi, untuk kepentingan semua, MPK harap penyewa terus displin menjaga kebersihan tempat mereka berniaga sekaligus menjadikan kawasan tumpuan orang ramai itu kekal bersih untuk dikunjungi,” katanya. – 30 Oktober, 2014.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2014 10:34 AM | Show all posts
Serious? Bandar Klang?? Bukan apa, tapi Klang memang antara bandaraya paling kotor di dunia, jalan berlubang, longkang tersumbat, ramai PATI, masalah burung gagak, vandalisme, gansterisme, bandar tak terurus dll....ada hati nak saman orang buang puntung rokok? What the ikan???

Pi lah saman burung gagak yang berak merata-rata ngok!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 12:27 PM | Show all posts
Saman. Jangan tak saman
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 04:54 AM | Show all posts
                                      
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.066677 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list