CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: Modngengade

[Tempatan] Syed 'jom belai hanjing' minta maaf kali kedua

[Copy link]
Post time 31-10-2014 10:00 PM | Show all posts
hi TT, ini yg DR Zaharuddin punya pernyataan


ZAKAT TAK IKUT SYAFIE KENAPA TAK MARAH ?": PENJELASAN SAYA.

Saya dilanda kesibukan seminggu dua ini maka tiada kesempatan untuk membaca komen-komen & perkembangan di facebook atau internet. Namun saya difahamkan dari beberapa kenalan bahawa terdapat orang yang keliru dengan laporan Sinar Harian yang menyiarkan kata-kata saya dalam satu artikel bertajuk “zakat tidak ikut mazhab Syafie kenapa tidak marah?”. Sedangkan konteks ayat saya ada jawapannya, iaitu “tidak perlu marah kerana ijtihad mazhab lain memang wujud, kita iktiraf dan kita boleh digunapakai di waktu wujud keperluan.”

Maka di kesempatan ini ingin saya jelaskan letak duduk pendirian dan kenyataan saya yang sebenar agar orang ramai yang bertanya akan respon saya, turut mendapat kejelasan berkenaan KONTEKS dan FOKUS kenyataan saya. Terima kasih bagi yang bertanya sebelum memberi komentar terhadap artikel terbabit kerana memang jelas bahawa tabayyun itu tuntutan Allah swt sebelum membuat bantahan, kritikan dan label.

Berikut adalah fokus kenyataan saya :-
1. Saya TIDAK SETUJU dengan kempen sentuh anjing dan TIDAK SETUJU JUGA DENGAN tajuk kempennya yang saya fikir sengaja dibuat sedemikian bagi kelihatan ‘Catchy’ & menarik peserta namun ia terlalu provokatif serta tidak wujud keperluan besar untuk penganjurannya dalam bentuk sedemikian. Selain itu, saya berpandangan lebih banyak isu lebih besar dan cara lebih SOPAN jika target menyedarkan berkenaan tatacara sertu dan seumpamanya ingin disampaikan kepada awam. Apapun, permohonan maaf dari Sdr Syed Azmi Al-Habshee wajar diterima dan patut meredakan keadaan.

2. Saya juga TIDAK MEMPERTAHANKAN program terbabit sebagaimana dilaporkan oleh akhbar The Star, tetapi apa yang saya cuba sampai dan pertahankan adalah WUJUDNYA IJTIHAD MAZHAB MALIKI & HANAFI dalam isu anjing yang perlu dihormati sebagai sebahagian dari keluasan I
slam.

>>>>siapa wartawan THE STAR ni - yg siarkan article yg tersasar dari maksud Dr Zaharuddin - siapa mereka?

3. Saya turut berpegang kepada dalil-dalil dan ijtihad mazhab Syafie & Hanbali yang mengganggap kenajisan anjing dan hanya diharuskan menyentuh di ketika perlu seperti menyelamatkannya dan lain-lain keadaan memerlukan. Saya sendiri tidak pernah memegang anjing dan tiada keperluan untuk saya berbuat demikian, malah berdasarkan pengalaman peribadi ketika di United Kingdom saya & keluarga banyak berhadapan dengan masalah anjing yang agak liar kerana tuannya kurang bertanggungjawab. Antara pengalaman pahit itu, najis anjing yang bersepah di halaman belakang rumah, peristiwa anak saya hampir digigit anjing dan salakan yang mengganggu di waktu malam.

4. Walaupun saya tidak bersetuju dgn program itu, khususnya pada acara berselfie dengan anjing yang kemudiannya diupload ke media sosial seolah terlalu bergembira dengannya yang akan mencipta kontroversi di kalangan penduduk Muslim tempatan yang rata-rata menggangap anjing sebagai najis. Ironinya, saya melihat masyarakat kita juga terlalu terbawa-bawa dan BERLEBIHAN dalam MENGECAM sehingga pada hemat saya, melepasi sempadan yang dituntut dalam Islam kerana isu keharaman dan kenajisan anjing masih termasuk dalam isu khilaf di kalangan ulama mazhab. Justeru, perlu difahami bahawa, SAYA TIDAK mempertahankan PROGRAM TERSEBUT atau INGIN MEMPOPULARKAN pandangan mazhab lain atau DEBAT isu anjing dalam hal ini, NAMUN saya hanya TIDAK SETUJU apabila ada yang secara agresif menolak mazhab ahli Sunnah wal jamaah selain Syafie dianggap seperti TIADA NILAI, TIDAK ISLAM, Islam liberal, PASTI DOSA BESAR dan seumpamanya. Bagi saya, keadaan ini jika dibiarkan bakal menjadikan kita masyarakat yang bermasalah jiwa, berpecah, punah ukhuwwah dan lemah intelektual. Tambahan pula, Nabi salla allahu ‘alaihi wasallam dalam hadisnya mengajar kita menta’wil yang baik terhadap saudara seislam kita terlebih dahulu sebelum tergesa-gesa menghukum dengan hukuman berat. Selain itu, penerimaan kepada wujudnya mazhab selain Syafie dan berbincang tentangnya BUKANLAH ciri label WAHABI sebagainya dimomokkan kepada masyarakat, malah di semua universiti seluruh dunia termasuk Malaysia, fakulti shariah dan fiqh akan membincangkan ijtihad pelbagai mazhab, adakah semua pensyarah dan mahasiswa yang membincangkannya tiba-tiba menjadi Wahabi kerana itu?. Sudah tentu tidak..Jika ada yang mengatakan ye, itu jelas, suatu kepincangan dalam kefahaman.

5. Atas keinginan memberi kefahaman kepada masyarakat khususnya orang awam yang kurang terdedah dengan isu khilafiyyah ini, maka saya secara spontan membawakan contoh ringkas menunjukkan wujudnya mazhab lain selain Syafie yang diterima pakai oleh ilmuwan & pihak berkuasa agama di dalam Negara dan negeri, maka contoh zakat menggunakan nilai menurut mazhab Hanafi dan bukan beras (iaitu mazhab Syafie). Saya turut menyebut contoh lain seperti ‘urbun (deposit boleh hangus), bai bi ta’ati (ijab qabul tanpa lafaz ketika beli barang mahal), Mudarib yudarib, Kafalah bil ujr (beri jaminan dengan upah), bernyanyi dengan alatan musik bertali dan banyak lagi (diharamkan oleh mazhab Syafie, termasuk Imam Nawawi kecuali Imam Ghazzali) dan beberapa lagi. (**Mungkin jika ada individu yang telah sudi masa mengulas isu kenapa zakat beralih ke mazhab Hanafi, juga boleh melanjutkan ulasan terhadap semua contoh yang saya sebut di atas dalam artikel mereka). Hakikatnya, ini semua hanyalah antara contoh Malaysia beralih ke mazhab lain, ye benar dengan wujud keperluan tapi fokus saya adalah WUJUD MAZHAB LAIN dalam Islam bukan bab keperluan kerana penganjur program terbabit mungkin boleh berhujjah (jika mereka ingin), pada hemat mereka telah wujud keperluan. Namun wartawan TIDAK DAPAT MENANGKAP contoh-contoh lain yang saya berikan lalu hanya disiar contoh zakat dan batal wudhu sewaktu haji.

6. Ingin diingatkan sekali lagi, saya tidak menjadikan isu zakat & semua yang saya sebutkan di atas sebagai ISU UTAMA tetapi FOKUSNYA ADALAH KEPADA WUJUD MAZHAB LAIN dalam dunia Islam DAN MEREKA JUGA adalah ahli Sunnah wal jamaah. Beralihnya seseorang ke ijtihad mazhab Syafie sama ada wujud keperluan dan hajat atau keyakinan individu berkelayakan terhadap dalil-dalil mazhab lain adalah perlu DIHORMATI, serta MESTI juga hormat kepada ijtihad ulama besar mazhab-mazhab lain selain MAZHAB Syafie di dunia Islam. Ini perlu dijelaskan kerana isu anjing tersebut mendapat perhatian ramai non-muslim (yang menjadi mad’u kita) dan muallaf yang sebahagian besar mereka kelihatan bimbang dan tidak tahu menahu tentang hal ini.

7. Saya juga SANGAT SETUJU dengan tindakan Majlis Fatwa yang mengambil mazhab Hanafi mengeluarkan zakat dalam nilai dan bukan beras dalam hal zakat fitrah. Malah saya turut bersetuju dengan wujudnya zakat pendapatan, zakat wang simpanan dan turut khilaf di kalangan ulama.

8. Saya suka mengingatkan sekali lagi bahawa contoh-contoh yang saya utarakan tersebut adalah supaya wartawan dan masyarakat awam yang tidak pernah atau kurang arif hal agama tetapi turut bersemangat memberi komentar dalam kes isu anjing agar berpada-pada dalam kritikan serta memahami WUJUDNYA mazhab lain dan adakalanya kita boleh berpindah ke mazhab tersebut dalam situasi tertentu. Dan apabila itu berlaku, mereka itu masih Islam dan tidak perlu dimarahi sebegitu teruk sehingga seolah sudah terkeluar Islam atau layak dibunuh dan disakiti.

Apa yang sangat pasti, filem tahyul dan hantu di tv, berpeluk cium bukan mahram, tidak menutup aurat dan mengempen siaran hiburan, iklan kempen riba, konsert lagha, rasuah, kos hadiah pegawai penguatkuasa dari mangsa dan sebagainya..semuanya HARAM LEBIH BESAR DARI isu anjing dan TIADA MAZHAB menyebut kehalalannya. Lebih wajar mendapat kritikan berterusan dari semua kita.

Akhirnya saya memohon keampunan Allah swt sekiranya kupasan wartawan hasil kefahaman mereka terhadap penjelasan ringkas saya membawa kekeliruan kepada masyarakat. Ada benarnya mungkin saya tersilap memberi penjelasan. Apapun, artikel terbabit sudah dipadamkan. Bagi mereka yang berlebihan mengutuk pula, semoga dapat sama-sama diperingatkan diri kita agar tiada yang bakal menjadi muflis di akhirat kelak dari akibat kata-kata kita sendiri. Wallahu ‘alam.

Salam Jumaat buat semua...dan sama-sama berdoa sewaktu waktu paling mustajab iaitu imam duduk antara dua khutbah dan selepas asar.

Terima kasih kerana membaca dengan tenang dan sehingga habis..moga diberkati waktu kita semua dengan yang bermanfaat untuk iman dan Islam kita.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Jumaat 31 Oktober 2014 = 7 Muharram 1436 H

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2014 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf posted on 31-10-2014 10:00 PM
hi TT, ini yg DR Zaharuddin punya pernyataan



Pandangan Dan pegangan saya selari dgn Dr zaha ni...sebb tu saya kaitkan mufti kelantan yg suruh bertaubat tu sedang hanya perlu minta maaf saja...gitu gak bila nik Aziz kata penganjur tarak otak...mcm dia je yg ada otak.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Gosh.

Masih nk menang even organizer dah mintak maaf melutut hiba...

Ummah meleis sbenarna dont give a f pon..saja nk upkan holiness masing2,thats why gigeh join the bandwagon...kalo xperihatin katanya xholy ahlul an-narrr..nauzubillahiminzalik sis.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 10:42 PM | Show all posts
famri7 posted on 31-10-2014 10:27 PM
Gosh.

Masih nk menang even organizer dah mintak maaf melutut hiba...

you see bezanya dakwaan alihan focus THE STAR dengan kenyataannya.



Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 10:44 PM | Show all posts
famri7 posted on 31-10-2014 10:27 PM
Gosh.

Masih nk menang even organizer dah mintak maaf melutut hiba...

lu dah kalah pi nangis dalam bilik sorang2 la sambil belai2 anjing lu..











Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 10:52 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 31-10-2014 10:11 PM
Pandangan Dan pegangan saya selari dgn Dr zaha ni...sebb tu saya kaitkan mufti kelantan yg suruh b ...

saya tahu yg Dr Zaha bagi komen tang bab talfiq mazhab  hanafi tentang muamalah tu betul tapi ada di antara kita yg ingat Dr Zaha ni backing up pembelai anjing lantas dipetik lah berduyun duyun ...walhal you see Dr Zaharuddin sebagai yg arif dalam ilmu ni cakap ape sama je nada.

Cuma dia nak highlight kepelbagaian mazhab bukan sesenag nak talfiq , u see wartawan THE STAR alih atau tak faham cer kalih fokus kepada bab muamalat dan haji betapa teruknya kefahaman.

dan AN, actually kita pun tahu benda furuq dan usul pun dan mazhab, itu non issue.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2014 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
d'zeck posted on 31-10-2014 11:39 AM
elok la tu
yahudi wanabe pergi shopping


Hai ustaz Syafie wanabbe...tahajud dah buat??..malam Sabbath ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 01:17 AM From the mobile phone | Show all posts
So mereka2 yg pi pegang hanjing aritu dh sanggup pegang hanjing kurapkah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2014 01:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramainye Imam Syafie wannabe dalam ni...tahajjud dah buat ke?

Ke Yahudi je solat malam bengkak kaki?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2014 02:49 AM From the mobile phone | Show all posts
sabbath_shalom posted on 1-11-2014 01:19 AM
Ramainye Imam Syafie wannabe dalam ni...tahajjud dah buat ke?

Ke Yahudi je solat malam beng ...

Yahudi solat mcm mana sis..hantuk2 kepala kat dinding?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 03:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade posted on 1-11-2014 02:49 AM
Yahudi solat mcm mana sis..hantuk2 kepala kat dinding?

Macam Meleis mengaji.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 03:15 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2014 07:00 AM | Show all posts
blackred99 posted on 31-10-2014 09:08 AM
takpe la, mmg niat nak dpt publisiti pun kan. dari org tak berapa kenal, skang satu negara kenal.  ...

barangkali
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.059049 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list