CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22991|Reply: 147

DATUK PIAN CUCUKKK SAH DAPAT PENYAKIT MENTAL

[Copy link]
Post time 31-10-2014 01:05 PM | Show all posts |Read mode



Pelawak Pian (Cecupak) disahkan mengalami gangguan mental selepas menerima gelaran Datuk daripada kumpulan puak Naning negeri itu  pada pertengahan tahun ini.

Pian atau  Rafik Raman, 45, berkata, gelaran itu benar-benar menyumbang kepada tekanan jiwanya sehingga masalah berkenaan tidak dapat dikawal.

“Terlalu banyak tekanan yang saya terima akibat gelaran itu termasuklah hinaan serta kata-kata kesat orang terhadap saya selama ini,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online.

Pada Mei lalu, Pian bersama dua teman artis iaitu Boy Iman dan penyanyi Nash (Lefthanded) telah menerima Darjah Jaksa Naning Melaka yang membawa Datuk daripada kumpulan puak itu.

Majlis pengurniaan darjah kebesaran itu dilakukan semperna hari keputeraan Orang Kaya Seri Raja Merah Dato’ Undang Naning  Ke-21, Datuk Nordin Abd Jalil yang diadakan di A Famosa Resort, Melaka pada 4 Mei 2014.

Gelaran berkenaan tidak diiktiraf oleh mana-mana kerajaan negeri dan juga persekutuan.

Bagaimanapun Pian dalam kenayatannya sebelum ini memberitahu dia perlu menerima pengurniaan darjah itu sebagai menghormati pihak terbabit.




[size=0.75em]Dari kiri; Pian, Nash dan Boy Iman bergambar selepas menerima Darjah Jaksa Naning Melaka pada 4 Mei lalu.



Dalam pada itu Pian berkata, tuduhan dan kata-kata hinaan membuatkan dia menjadi murung dan selepas dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Ogos lalu, doktor mengesahkan dia menghidap masalah mental.

Kata Pian, disebabkan penyakit itu dia perlu mendapatkan rawatan selama lapan bulan selain dikehendaki menjalani rawatan kaunseling.

“Jadi saya terpaksa mendapatkan rawatan selama lapan bulan di HKL untuk ubat dan sesi kaunseling agar penyakit saya ini dapat dipulihkan," ujarnya.

Nafi Mengamuk Tidak Dipanggil Datuk

Sementara itu dalam perkembangan lain Pian menafikan dia mengamuk terhadap seorang jurufoto yang tidak memanggilnya Datuk dalam satu majlis di sebuah hotel di Ipoh minggu lalu.

Katanya, insiden itu berlaku disebabkan sikap kurang ajar jurufoto terbabit yang telah memarahinya kerana tidak berpuas hati terhadap perjalanan majlis yang dikendalikannya sebagai pengacara.

"Ya, memang ada perselisihan faham antara saya dengan seorang jurugambar sebuah organisasi namun ia bukan kerana disebabkan saya marah kerana saya tidak dipanggil Datuk.

"Ia adalah kerana tindakan jurugambar itu yang memarahi saya dahulu setelah dia tidak berpuas hati dengan pengurusan majlis. Walhal saya hanya mengacarakan majlis itu sahaja. Saya tiada kaitan dengan keseluruhan majlis itu.

"Itu fitnah kalau dia kata saya marah sebab tidak dipanggil Datuk. Saya langsung tidak kisah orang nak panggil saya apa pun.

"Yang penting ialah sikap hormat terutamanya oleh orang muda kepada orang yang lebih berumur daripada kita. Saya ni sudah umur 45 tahun dan dia orang muda, tidak bolehkah bercakap secara baik," soalnya.

Bagaimanapun, Pian berkata dia sudah menyelesaikan perkara tersebut dengan menghubungi ketua organisasi syarikat jurufoto berkenaan bertugas bagi menceritakan hal sebenar.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
kESIAN PLAK kat datuk cucuk sorang ni.....  



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2014 01:11 PM | Show all posts
boleh mental jugak budak2 porem neh kalau baca kisah kisah si nyah pian neh

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 01:13 PM | Show all posts
muka dia sangat ngeri....
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 01:17 PM | Show all posts
miawpink posted on 31-10-2014 01:13 PM
muka dia sangat ngeri....

dia ada wat surgery ke?
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Huk alah.... Teringat aku dia mengadu sakit cucuk apa tah dia samakan dgn sakit beranak...if only he can really feel the pain..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 01:19 PM | Show all posts
atok boy iman aman2 jah guna title tu..tak de sampai nak stres2 bagai..alahai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2014 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Dato boy bile plak nk dpt penyakit tu?
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 01:22 PM | Show all posts
bukan dia memang mental ke dari dulu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2014 01:23 PM | Show all posts
nourahfey posted on 31-10-2014 01:17 PM
dia ada wat surgery ke?

kan dia ada ngaku dia ada cucuk muka dia
mungkin dia ingat pas cucuk muka dia bertambah lawa n hensem.....


Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
spesis nazim othman ni. cucuk cucuk..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 01:26 PM | Show all posts
lorr puak naning yg bg rupanya....
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 01:27 PM | Show all posts

Sebelum selepas
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku plk rasa nak mental baca cerita dia ni :lol
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 01:29 PM | Show all posts

Gambar bonus @kakikuDibibirmu
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 01:32 PM | Show all posts
scaryy nya muka dia. cucuk kah?
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 01:34 PM | Show all posts
miawpink posted on 31-10-2014 01:23 PM
kan dia ada ngaku dia ada cucuk muka dia
mungkin dia ingat pas cucuk muka dia bertambah lawa n he ...

hahaha,lawa ke hensem
pastu nak panggil kaka ke abang nih?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2014 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
ape yg tk kene ngan wajah asal dia smpai nk brcucuk2 gitew..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 01:41 PM | Show all posts
NHolmes posted on 31-10-2014 01:29 PM
Gambar bonus @kakikuDibibirmu

terkeluar nasik aku tgh makan ni tgk gambo dia..

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 01:42 PM | Show all posts
anilzasor3323 posted on 31-10-2014 01:41 PM
terkeluar nasik aku tgh makan ni tgk gambo dia..

Sexy takkkk
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Boy iman and pian banyak bunyi. Yg nash tu tak de feedback apa2 ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.108711 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list