CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4096|Reply: 61

[Tempatan] Nafi dakwaan internet Malaysia antara perlahan di Asia Tenggara

[Copy link]
Post time 1-11-2014 03:29 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 31 Okt. – Kementerian Komunikasi dan Multimedia menafikan laporan Household Download Index yang mendakwa kelajuan internet di negara ini sebagai perlahan apabila berada di kedudukan kelima dalam kalangan negara Asia Tenggara selepas Singapura, Thailand, Vietnam dan Kemboja.

Timbalan Menterinya, Datuk Jailani Johari berkata, berdasarkan data daripada Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU), Malaysia menduduki tempat kedua di belakang Singapura dari segi kelajuan perkhidmatan internet.

Katanya, usaha untuk meningkatkan kelajuan dan kualiti internet di negara ini tetap diteruskan dengan melaksanakan pelbagai projek antaranya Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB), Jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB), pembinaan 1,000 menara telekomunikasi baharu, Evolusi Jangka Panjang (LTE) dan Sistem Kabel Rakyat 1Malaysia.

“Saya menafikan dakwaan tersebut kerana tahap kelajuan dan kualiti jalur lebar Malaysia sebenarnya boleh dikategorikan antara yang terlaju seiring dengan 46 negara membangun lain seperti China, Brazil serta Turki.

“Malah, kerajaan terus berusaha meningkatkan kelajuan internet di kawasan luar bandar seperti membina 203 menara di Sarawak dan 212 menara di Sabah,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan www.netindex.com yang memaparkan infografik kelajuan internet di beberapa negara dengan Singapura berada pada kedudukan pertama iaitu 61.0 megabit sesaat (Mbps) manakala Malaysia hanya 5.5 Mbps.

Jailani berkata, walaupun banyak inisiatif dijalankan oleh kerajaan, tanpa kerjasama dan sokongan kerajaan negeri, hasrat untuk menyediakan perkhidmatan telekomunikasi terbaik kepada rakyat sukar dicapai.

Katanya, syarikat telekomunikasi menghadapi cabaran besar terutamanya di peringkat perolehan tapak dan kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam melaksanakan projek pembinaan infrastruktur telekomunikasi seperti menara yang hampir kesemuanya terletak di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2014 03:32 PM | Show all posts
memangla internet kita terlaju..klu dibandingkn dgn zambia..


Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 03:34 PM | Show all posts
Katanya, syarikat telekomunikasi menghadapi cabaran besar terutamanya di peringkat perolehan tapak dan kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam melaksanakan projek pembinaan infrastruktur telekomunikasi seperti menara yang hampir kesemuanya terletak di kawasan luar bandar dan pedalaman.


Harap kata sepakat boleh dicapai bosan ler dgn internet Malaysia slow mcm siput khinzir! Buat facetime dgn family asyik terputus.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
50mb rm10..puiiiilol..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 04:08 PM | Show all posts
Biar lah pengguna yang menilaikannya..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana posted on 1-11-2014 03:32 PM
memangla internet kita terlaju..klu dibandingkn dgn zambia..

Lepasni boleh balik gi negara asal ko..China dan India.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2014 06:30 PM | Show all posts
ikut suka ko la...tp skrg ni ujan pun ada gangguan dah rupa astro plak...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 06:43 PM | Show all posts
Mcm haram



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2014 06:56 PM | Show all posts
lagi pelahan lagi untung meniaga
macai tak kisah internet pelahan

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 06:57 PM | Show all posts
pada yg tak pernah travel ke luar tu tak tau la....cth company tpt aku keje...ada cawangan kat bangkok....hanoi.....sydney dll......setakat ni aku penah travel kat sana la actually byk cawagan lain....bole rasa perbezaan speed dia.....malaysia ada satu jer masalah...nak tau apa ? masalah monopoli......persaingan tu tak open.....menang laa malaysia byk internet service provider tp......backbone dia tetap TM.....kalu ada multiple company mcm TM confem service yg ada skrang jauh lebih baik dr sekarang.....tgk dulu masa TM jer bg service phone.....tgk harga dia mcm mana ? service dia mcm mana ? skrang dah ada multiple choice...digi...celcom...maxis...tune talk dll...so dia org akan bersaing....yg dpt benefit ialah pengguna mcm kita
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Living in denial sangatttt...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 07:34 PM | Show all posts
dah la slow, mahal pulak lg..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 07:38 PM | Show all posts
memang slow pon...ngaku je la
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 07:38 PM | Show all posts
die menteri, ape die tau? ntah2 bil internet pun tak penah bayar sendiri kot
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanti lepas dikenakan GST laju la..sabar la sikit ---> @Anak_Nogori  
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 08:04 PM | Show all posts
ultra78 posted on 1-11-2014 06:43 PM
Mcm haram

dah habis quota?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2014 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Intenet celcom paling slow!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 08:07 PM | Show all posts
sabbath_shalom posted on 1-11-2014 06:24 PM
Lepasni boleh balik gi negara asal ko..China dan India.

perumpaan dgn zambia tu , datuk ko ahmad maslan buat la bahlol...

baru kuar dari gua ka?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 08:08 PM | Show all posts
namirulmukminin posted on 1-11-2014 08:07 PM
Intenet celcom paling slow!!!!

celcom pi booster ajala, jadi laju, mu pakai celcom prepaid aja, bulan2, boleh download 500gbyte

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana posted on 1-11-2014 08:07 PM
perumpaan dgn zambia tu , datuk ko ahmad maslan buat la bahlol...

baru kuar dari gua ka?

La ye ke..up to date nya...selayaknya kebangga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:07 PM GMT+8 , Processed in 0.124677 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list