Seni ilusi unik buat ‘bangunan terapung’
ALEX Chinneck bangga mempamerkan seni ilusi mata yang dihasilkannya, yang menunjukkan bangunan di belakangnya seolah-olah terbelah dua dan terapung. - AGENSI
LONDON 3 Okt. - Seorang penggiat seni dan pereka Britain mempamerkan kemahiran unik dalam seni ilusi apabila menjadikan sebuah bangunan di daerah pelancongan yang sibuk dekat ibu negara ini, kelihatan terapung di udara. Lebih mengagumkan, seni yang dihasilkan oleh Alex Chinneck, juga dikenali sebagai pakar ilusi mata, mengelirukan orang ramai yang seolah-olah melihat bangunan bersejarah berusia 184 tahun di Covent Garden itu, terbelah dua. Bahagian atas struktur bangunan itu seakan-akan terapung serta tidak bercantum dengan separuh lagi bahagian atas di bawah. Menurut laporan portal berita Mail Online, seni tersebut yang dinamakan sebagai Take my Lightning but Don’t steal my Thunder, mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan serta melibatkan teknik silap mata yang rumit. Jelas laporan berkenaan, bangunan sepanjang 12 meter itu diperbuat daripada rangka keluli dan sejenis polistirena yang dipanggil sebagai filcor, selain mengambil masa 500 jam untuk mengecat binaan tersebut menggunakan teknik digital khas bagi menampakkan pemandangan bangunan lain di sekelilingnya. Selain itu, pengimbang yang kuat iaitu keluli yang disembunyikan di bahagian tepi bangunan tersebut, dipasang untuk menyokong bahagian atas struktur itu sehingga kelihatan terapung tanpa bercantum dengan bahagian bawah. Chinneck berkata, orang ramai tidak dapat memastikan perkara yang palsu dan sebenar dengan menyentuh atau melihat bangunan tersebut yang terapung. "Seni ini sangat rumit dan selagi orang ramai gembira melihatnya, saya sudah cukup berpuas hati. "Ciptaan saya itu merupakan persoalan yang memerlukan pemikiran logik untuk mendapatkan penyelesaian," katanya. Seni Take my Lightning but Don’t Steal my Thunder akan dipamerkan di Covent Garden East Piazza sehingga 24 Oktober ini.
Before entering the market now Covent Garden is an old Victorian mansion, split in the middle and creating the effect of levitation, with whatever side you look. This installation conceived and implemented the British illusionist Alex Chinnek, also known work slips facade.
1. To create a 12-meter soaring ruins took almost 4 months.
2. The design is made of polystyrene using a CNC machine.
3. The lower part of the building is set on the ground, and the upper freely floating in the air. Design can be bypassed on all sides ...
4. The building itself has a very long title - Take my lightning but do not steal my thunder (Take my zipper, but do not touch my thunder).
5. According to the artist, his goal was to create an affordable, but breathtaking architectural works of art, which harmoniously fit into the historical environment of the park, Covent Garden, and make a lasting impression on his many visitors.
6. In the creation of the installation was attended by consultants, architects, civil engineers, manufacturers of metal constructions, skilled carpenters and other workers.
7. The building was delivered to the market in flat packed in trucks and were collected in four days.
8. Crack, tearing the house looks very realistic and feels like a stone. However, noticeable gap honey walls and ceiling.
9. Someone left unfinished juice, and maybe it's just part of the installation.
10. The boy inside the backlight set for tonight's show. Outsiders can not get in here.
11.
12. However, the physical support of the building still exists - in the form of multi-ton counterweight holder and which are hidden in the green cart, you will immediately notice the attentive viewer. It seemed to me at first is not the topic here, but then it became clear
13.
Source
Last edited by abgsedapmalam on 18-11-2014 02:30 PM
|