CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2164|Reply: 8

Umi Nazeera Bakal Terajui Program Agama

[Copy link]
Post time 19-11-2014 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Sesuai dengan
keinginannya untuk kembali ke dunia hiburan,
pelakon cantik yang kini sudah berhijab,
Ummi Nazeera bakal mengendalikan sebuah
program berbentuk agama terbitan TV3
berjudul Al Hidayah tidak lama lagi.

Bercakap kepada portal murai.com.my ketika
dihubungi baru-baru ini, Ummi Nazeera
berkata pihak rancangan berkenaan telah
melamarnya sejak dua bulan lalu dan sesi
penggambaran rancangan TV itu akan
bermula dalam minggu ini.

“Memang saya tak pernah berhenti berlakon
dan saya sedar ramai yang kurang jelas
dengan penghijrahan saya ini dan ramai pihak
menganggap saya berhenti berlakon.

“Sebenarnya tidak, saya masih ingin berlakon
dan tidak mengira apa juga bentuk watak
asalkan uanya sesuai dengan imej bertudung.
Malahan sekarang ini juga saya kerap
menghadiri majlis fesyen supaya orang tak
ingat saya sudah berhenti sepenuhnya.

“Bagaimanapun, Alhamdulillah bermula Isnin
ini, saya akan sibuk dengan penggambaran
program keagamaan popular di TV3 iaitu Al
Hidayah yang mana saya difahamkan
program itu nanti akan ditayangkan pada
tahun depan. InsyaAllah.

“Saya mengambil perkara ini sebagai peluang
positif apatah lagi saya sudah beberapa kali
berpengalaman menjadi hos untuk program
TV. Rasanya ini adalah sesuatu yang baik
buat saya,” katanya yang telah ditemui ketika
majlis pertunjukan fesyen Khoon Hooi di
Kuala Lumpyr Fesyen Weekend baru-baru ini.

Menurut Ummi Nazeera, dia sedar bidang
pengacaraan mungkin cukup asing buatnya
bagaimanapun sedikit pengetahuannya dalam
bidang berkenaan ketika menuntut di Australia
tidak lama dulu menjadi pemangkin untuk
dirinya merebut peluang keemasan berkenaan.
Dari sudut lain, pelakon filem Hikayat Merong
Mahawangsa itu sangat teruja untuk
mempelajari lebih banyak ilmu dan
pengalaman baru berkaitan agama apabila
berpeluang mengendalikan program yang
sebelum ini diacarakan oleh Wardina Safiyyah
itu.

“Apa yang pasti, menerusi program ini nanti
saya akan dapat mendalami ilmu agama
dengan peluang yang bakal saya alami dan
saya juga dapat berkongsi beberapa kebaikan
dengan penonton di luar sana. InsyaAllah.

“Bagi saya, adalah lebih baik saya
menggunakan pendekatan saya sendiri ketika
mengacarakan program itu tanpa merujuk
mana-mana pihak kerana kalau boleh saya
mahu mengacarakan mengikut gaya saya
tersendiri tanpa terikut-ikut dengan mana-
mana individu,” katanya penuh berkeyakinan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2014 01:10 PM | Show all posts
Suka tgk perubahan positif ummi nazeera. U go girl.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 01:14 PM | Show all posts
tudung sheols x selabuh dulu
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah..rezeki itu luas..klu kita kembali pd JalanNya
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 01:14 PM | Show all posts


Ummi ni i tengok tudung dia makin singkat, but still syariah compliance la tutup dada. But compare dgn masa dia dkt oz, ala2 tudung labuh gitu. Now dah berfesyen gak tudungnya
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 02:25 PM | Show all posts
alhamdulillah
moga baik2 aja ya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2014 02:33 PM | Show all posts
wajah melayu tulen sheols nih...memula dulu muka sheols biase2 je..skrg vogue de vass...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 02:48 PM | Show all posts
Bilamana Allah beri hidayah kepada hambaNya maka Allah memudahkan baginya jalan bagi agamaNya...alhamdulillah... teringat masa balik kampung..iolss pon terpegun dia ni cantek...sbb kalu kita rasa dia cantek di tv, di luar lagi cantek...sapa2 yg pnah tgk dia laa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2014 02:55 PM | Show all posts
cicicumel posted on 19-11-2014 01:14 PM
tudung sheols x selabuh dulu

khen..aku perasan time anugerah skrin..baju pon dah hampir2 ikut badan..x longgar sgt mcm dulu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.073699 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list