CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13283|Reply: 113

Bung Moktar Minta Astro Ditutup Kerana Siarkan Iklan Berlebihan

[Copy link]
Post time 20-11-2014 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Bukan perkara baru sebenarnya kami dengar
orang ramai merungut akan jumlah iklan yang
muncul di saluran televisyen Astro melebihi
dari yang sepatutnya. Perkara itu kini turut
mendapat perhatian ahli parlimen
Kinabatangan, Bung Moktar Radin.

Dalam sesi parlimen semalam, Bung Moktar
melontarkan hujah yang penyiaran Astro perlu
ditutup segera kerana melanggar perjanjian
dengan pihak kerajaan yang sebelum ini tidak
membenarkan penyiaran sebarang iklan
kerana ianya saluran berbayar.


Namun hujah Bung Moktar menerima soalan
maut dari Timbalan Speaker, Ismail Mohamad
Said yang bertanyakan sama ada ahli
parlimen itu tidak takut yang isterinya, Zizie
Ezette bakal dihalang keluar di saluran TV
Astro selepas ini. Ha, apa jawapan dia?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2014 09:20 AM | Show all posts
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen BN-Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin mendakwa saluran televisyen berbayar, Astro telah menipu kerajaan dan rakyat dengan menyiarkan iklan.

Sehubungan itu beliau menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap stesen televisyen berbayar itu.

“Berdasarkan perjanjian, Astro tidak boleh menyiarkan iklan sebab ianya TV berbayar. (Ini) kalah TV3 (banyak iklan), kita tak nampak mereka dibawa ke mahkamah,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 Peringkat Jawatankuasa Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Dewan Rakyat.

Memetik laporan BNBBC, Bung berkata, Astro mengutip iklan berbillion ringgit tetapi rakyat dan kerajaan ditipu dan menggesa, “Tutup sahaja Astro ini sebab tidak menguntungkan (rakyat dan kerajaan).”

Terdahulu, beliau mengecam tindakan syarikat tersebut menaikkan bayaran RM5 baru-baru ini namun mutu perkhidmatan masih tidak baik selain mengulang siar program sama dan lama.

Kecaman Bung Moktar terhadap Astro turut mengundang usikan daripada Timbalan Speaker Ismail Mohamad Said yang mengusik: “Kinabatangan (Bung Moktar) tak bimbang kalau ada pelakon yang tak dibenarkan masuk Astro.”

Usikan itu merujuk kepada isteri Bung Moktar, Zizie Ezette merupakan pelakon dan terdapat dramanya turut disiarkan di stesyen tersebut.

Usikan Ismail itu menyebabkan ahli-ahli parlimen turut gelak tetapi turut dijawab sambil gelak oleh Bung Moktar, katanya “rezeki ada di mana-mana”

Sementara itu, ketika menjawab persoalan berkaitan Astro, Timbalan Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata, iklan yang disiarkan hanya 10 minit untuk setiap sejam dan iklan merupakan satu yang universal bagi stesyen televisyen berbayar.
__________________
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 09:22 AM | Show all posts
kalau dia takut..sudah tentu dia tidak tanya kan??

btw betul ke ada perjanjian macam tu antara astro n kerajaan..kalau ada..memang patut pun kerajaan saman astro..suruh dia bayar ganti rugi pada semua rakyat yang melanggan astro..



Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 09:24 AM | Show all posts
aku menyampah betol dengan astro ni...
bila lambat bayar...kena potong...bila nak sambung balik...ko charge.

tapi...bila musim hujan..half of the time im watching "Service currently not available". time tuh ko x nak bagi discount lak kan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 09:26 AM | Show all posts
astro mmg mcm taik...dah buh iklan mcm2...skang ni naik harga lagi pulak...dasar taikkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 09:38 AM | Show all posts
naik rege.. tp cerita asyik berulangggggg jeee... nyampah tgk cerita yg sama memanjang...

Jom tuka ke HyppTV la plak.. bye astrooo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2014 09:48 AM | Show all posts
kali ni setuju dengan bung cikka bung
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 09:51 AM | Show all posts
good job bung...ada gak menteri yg nyampah dgn asteruk nih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2014 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols pakai mobile ni,x reti nk tepek gambo..cer uoks g IG zizie..pagi td br baca komen zizie psl ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 09:55 AM | Show all posts
bravo..kali ni akak sokong bung...astro memang cam haremm..tambah rege..pastu bagi percuma chanel free dua tiga bulan..chanel2 tu plak..chanel china ..kejadah apa akak nak tengok..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 10:06 AM | Show all posts
kalau ada pilihan

aku nak pilih pilih channel yang aku suka saja

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 10:07 AM | Show all posts
MistrezHermanaz posted on 20-11-2014 09:54 AM
Iols pakai mobile ni,x reti nk tepek gambo..cer uoks g IG zizie..pagi td br baca komen zizie psl ni

aku pon dah baca..kelako haha
tp nk tepek pon sama mcm uols..iols tak reti haha

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 10:10 AM | Show all posts
True.. Btw, abam bung tgh buat comeback ke..almaklumla, sekarang ni abam KJ femes mencanak-canak
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 10:19 AM | Show all posts
ResellerMaxis posted on 20-11-2014 09:22 AM
kalau dia takut..sudah tentu dia tidak tanya kan??

btw betul ke ada perjanjian macam tu antara as ...

Memang betul. Asteruk dah deal dengan kerajaan sebagai satu2nya sole pay TV operator yang boleh beroperasi pakai satellite for 20 years. Asterok launch tahun 1996, so maksudnya perjanjian tu akan tamat pada tahun 2016 nanti. Sebab tu kalau korang perasan, takde pay tv lain kan kat Malaysia ni yang pakai medium satellite untuk broadcasting, semua via cable je macam Hypptv dan Abnxcess (both of these pay TV guna medium high speed broadband). Walhal, berkepuk je transponder (ruang) kosong kat sateliite measat tu, tambah2 plak skrg ada satellite baru measat 3b, lagilah byk ruang nak disewakan.

Ni tak, sibuk dok sewakan transponder tu kat pay tv dari luar macam aora tv (indon) dan big tv (india). Kelebihan bila broadcast pakai satellite ni sudah semestinya lebih marketable. Satu Malaysia tak kiralah ko duduk celah hulu banat hutan belum sekalipun asalkan ada kuali macam asterok pakai tu, boleh je dapat siaran tv dengan clear dan jelas seluruh malaysia. Cuba tengok hypptv dan abnxcess, berapa kerat jelah umat kat Malaysia ni dapat tengok, semua kawasan yang kononnya 'berpendapatan tinggi' je boleh pakai high speed broadband tu. That's why, usually pay tv lain sgt susah nak survive, contoh terbaik Mega TV suatu masa dulu yang pakai analog, lepas asterok muncul terus gulung tikar. Untuk orang duduk hulu banat dan kawasan 'berpendapatan rendah', ko hadap jelah asterok tu. Kat sini dah jelas nampak yang asterok akan makin bongkak sebab diaorg sikit pun tak terjejas bila hypptv dan abnxcess ni wujud. Bagi diaorg sebagai well-established sole satellite pay tv operator kat Malaysia ni, aku buat apa pun tak kisah since orang dah takde alternatif, so nak tak nak diaorg akan tetap bayar aku punya servis tambah-tambah fans EPL.

Tu belum lagi citer pasal exclusive rights yang asterok dah deal dengan provider besar kat dunia ni macam Star TV, HBO, Disney, even dengan FAM sendiri pun kalau tak salah aku asterok dah deal exclusive rights untuk penayangan piala malaysia kat platform diaorg je. Bila TV1 tayang piala malaysia, kat hypptv tak boleh tengok dengan alasan kami tiada hak penyiaran. Aku jamin, tahun 2016 nanti perjanjian ni mesti akan di extend balik.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 10:30 AM | Show all posts
pakis_hutan posted on 20-11-2014 10:10 AM
True.. Btw, abam bung tgh buat comeback ke..almaklumla, sekarang ni abam KJ femes mencanak-canak

tetap x boleh lawan kj
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
kjk_2006_256 posted on 20-11-2014 10:19 AM
Memang betul. Asteruk dah deal dengan kerajaan sebagai satu2nya sole pay TV operator yang boleh be ...

ooooooooooohhhh
patutlah..
jd tunggu 2016 nntlah yeaaa hrp2 ade pesaing lain baru tau nk turun rega
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2014 10:38 AM | Show all posts
x suka jangan langgan.....astro ada turun naiknya...zaman dulu masa sendu2 dulu2, ada govt amik kesah??
let the market force decides.

soon ada khidmat digital tv, set top box akan dipasarkn ...hopefully affordable.... so yg x mampu langgan or benci astro bole la dptkn set top box yg ni...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 10:41 AM | Show all posts
cakap MP bodo, mmg mcm ni.
Nak tutup astro tu dia igt mcm nak tutup tudung periuk ke?
ini syarikat swasta yg besar dan melibatkan ribu2 pekerja dan syarikat swasta yang untung besar.
nak tutup tu atas dasar apa? atas dasar budak2 tadika yg marah kedai aiskrim jual mahal, suruh mak dia tutup kedai aiskrim. mcm ni ke MP malaysia yang menggubal undang2?
aku cakap dia ni mmg bodo.

Soalan aku nak tutup syarikat swasta mcm mana? kalau agensi kerajaan, boleh la kau kata agensi kerajaan ini patut di tutup dan digantikan dengan jabatan baru. tapi bila si bebal ni bercakap, dah mcm budak2 dah aku tgk.

Sebagai penggubal undang2, keluarkanlah idea yang nampak kau tu cerdik sikit, contoh mcm, dia nak bawak ke parlimen untuk bentangkan undang2 supaya rakyat dibeli kelonggaran untuk menggunakan PARABOLA. itu salah satu cadangan lah.  biarlah nampak MP yang membela rakyat.

bila kau cakap benda yang merepek mcm tu, ditambah pulak Astro tu ada beribu2 pekerja yang bakal kehilangan kerja ( kalau idea merepek dia ni boleh jadi kenyataan walaupun mmg tak logik)
bukan ke yang pekerja2 ni pon pengundi jugak.

letihla aku ngan bung bebal ni. asal bercakap je, mesti nampak bodo
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 10:44 AM | Show all posts
Vellfire posted on 20-11-2014 10:30 AM
tetap x boleh lawan kj

Ko imejin bung pakai doc mart..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 10:45 AM | Show all posts
cikokui posted on 20-11-2014 10:41 AM
cakap MP bodo, mmg mcm ni.
Nak tutup astro tu dia igt mcm nak tutup tudung periuk ke?
ini syarikat ...

Tuah ayam nampak di kaki.. Bodo Bung nampak di....?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.066646 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list